Monday, 24 June 2013

MASJID JUMA'AH (MADINAH)

Satu lagi tempat bersejarah yang boleh dikunjungi oleh para jemaah ialah Masjid Juma'ah. Alhamdulillah mutawwif Az-Zuha banyak menceritakan kisah-kisah sejarah sepanjang kami berziarah. Ketika dari perjalanan untuk solat Dhuha di Masjid Quba pada ziarah kedua di kota Madinah kami melalui Masjid Jum'ah.  Masjid Jum'ah terletak di Wadi Ranawna iaitu diperkampungan Bani Salim bin Auf kira-kira 500 meter dari Masjid Quba' dan lebih kurang 2.5 km dari Masjid Nabawi. Masjid ini juga dikenali dengan nama Masjid Bani Salim, Masjid al wadi, Masjid Ghubaib and Masjid Aatikah


Waktu melalui Masjid Juma'ah ini adalah waktu Dhuha pintu masjid ini tertutup rapat. Ustaz Hassan memaklumkan bahawa masjid ini hanya dibuka waktu solat fardhu sahaja. Pengenalan kepada masjid ini ialah ianya mempunyai 1 menara sahaja dan dibuka hanya waktu solat fadhu




Perkara penting berkaitan masjid ini: Satu lagi perkara yang perlu diketahui oleh jemaah yang ingin berkunjung ke situ masjid Juma'ah hanya akan dibuka pada setiap kali waktu solat sahaja dan akan ditutup apabila selesai solat berjemaah. Jika ingin masuk ke masjid ini maka hendaklah suaikan waktu lawatan supaya dapat bersolat di dalam masjid ini ketika masuknya waktu solat fardhu.

Menurut riwayat Rasulullah saw ketika berhijrah beliau tinggal di Quba selama 4 hari dan dalam tempoh itulah Rasulullah mendirikan Masjid Quba bersama para sahabat sementara menantikan ketibaan Saidina Ali yang semasa berhijrah telah menggantikan Rasulullah dengan tidur di tempat baginda.   Hari kelima merupakan hari Jumaat Rasulullah telah meneruskan perjalanan ke kota Madinah, Rasulullah SAW tiba di kampung Bani Salim Ibn 'Auf dan ketika itu masuk waktu untuk solat Jumaat. Terdapat riwayat mengatakan penduduk perkampungan itu telah memohon baginda untuk meninggalkan satu tanda penghormatan di kampung mereka.

Oleh kerana telah masuk waktu solat Jumaat maka baginda pun mengerjakan solat Jumaat di situ bersama dengan 40-100 orang jemaah dan di tapak itu di bina masjid yang dinamakan Masjid Juma'ah.  Ada di kalangan jemaah yang bersolat itu adalah saudara mara Rasulullah dari sebelah Bani an-Najjar yang datang bertemu Rasulullah dan dari Bani Amr yang mengiringi baginda dari Quba. Disitulah Rasulullah pertama kali mendirikan solat Jumaat berjemaah secara terbuka bersama penduduk Madinah dan Muhajirin yang bersama baginda kerana di Mekah mereka mendirikan solat Jumaat secara bersembunyi.  Setelah usai solat Jumaat di situ Rasulullah terus mengenderai Qaswa (unta beliau) berlepas ke Madinah.


Kubah dan menara masjid Juma'ah disebalik tembok. Apa yang Cik Noor perhatikan kebanyakan tembok-tembok tidak terpelihara dan vandalisme di mana-mana sahaja. Jika kawasan tumpuan pelancong ini dipelihara  oleh kerajaan Arab Saudi dengan elok lebih selesa untuk kita melawat.

No comments:

Post a Comment