
Sempena hari guru baru-baru ini handmade amigurumi item hasil tangan Cik Noor mendapat permintaan yang sangat tinggi.
Ini adalah di antara item yang memang digilai oleh ramai kawan-kawan cik Noor.
Cik Noor ni, tak reti duduk diam ada sahaja yang Cik Noor akan buat. kalau tak membaking Cik Noor akan menjahit atau berkebun. Jika dah bosan berkebun Cik Noor akan mengait. Tapi Cik Noor lebih gemar mengait amigurumi kerana hasilnya akan membawa senyuman kepada ramai kanak-kanak.

Ehhh... bukan oyen saja yer.. banyak lagi pilihan warna yang boleh ditempah. terpulang kepada kehendak pelanggan. Tapi jika bersaiz besar tempoh nak siapkan mengambil masa seminggu atau lebih tertakluk kepada kesukaran proses kait.



Didi and Friends antara yang paling tinggi permintaan. Set Didi Nana dan Jojo ni paling ramai peminat. memang unik sebab bukan anak-anak saja yang suka tapi mak dan bapa juga memang berebut2.
P/S: SELAMAT HARI GURU BUAT AYAH IBU, KAKAK, ADIK, SEMUA GURU CIK NOOR DARI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, SEKOLAH AL-IRSYAD DAN UKM. TAK LUPA SAHABAT KENALAN YANG BAGI APA SAHAJA ILMU BUAT CIK NOOR
SEMOGA ILMU YANG CIK NOOR MANFAATKAN INI MENJADI PAHALA BUAT SEMUA. AMINNNNNNN
No comments:
Post a Comment