Monday 25 March 2013

HANTARAN PERKAHWINAN : KERIS KAIN PELIKAT


Kain pelikat Cik Noor bentukkan menjadi keris. Sesuailah hantaran perempuan kepada lelaki. Ini juga hantaran Wanie kepada Fikrie.

Gubahan Tuala : Arnab

Cik Noor mendapat tempahan untuk 9 bekas hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki. Perkahwinan Wanie dan Fikrie. Semua barang telah dibeli cuma Cik Noor diminta menggubah hantaran tersebut. Bila Cik Noor lihat tuala berwarna "coklat gelap" Cik Noor jadi buntu........... selepas sekian lama berfikir Cik Nor beranikan jemari Cik Noor membentuk seekor arnab. Akhirnya Cik Noor dapat siapkan hantaran ini. Maaf gambar kurang jelas tetapi sebenarnya jika diangkat arnab coklat ini ia seperti seekor "patung mainan arnab"  yang lengkap dengan kaki dan ekor. Sampaikan si pengantin tidak sanggup merungkaikan ikatan arnab ini. Sangat gebu dan real.....

Terima kasih Wanie kerana sudi memberi peluang Cik Noor berkarya.

Hantaran perkahwinan Wanie dan Fikrie

CROCHET KOPIAH/KUFIAH ALFATH

Saiz : 21.5 inci
Harga :RM8.00
Jenis Benang Nona Putih dan coklat muda no.61
 Stock : SOLD (updated 25 March 12.30 am)


Nampak macam sedikit tidak rata disebabkan ganbar yanng diambil adalah produk yang betul-betul baru siap. Jika product yang dah pakai benangnya akan menjadi rata mengikut bentuk kepala.
Saiz kufiah ini besar sedikit dari yang sebelum ini dibuat atas permintaan pelanggan yang berbeza.

Friday 22 March 2013

Sajak: ANAK-ANAK KAMI (1989 Radzi Sulaiman) kebakaran SAR Taufiqiah al-Halimiah Padang Lumat 1989

Sajak dari keratan akhbar yang Cik Noor simpan sejak tahun 1989. Memperingati 27 syuhada yang dijemput menemui Rabbul Jalil pada malam 22 September 1989. Semasa Cik Noor mengikuti pengajian Matrikulasi Undang-undang UKM tahun 1. Kami juga telah membuat kutipan derma kilat untuk SAR Taufiqiah al-Halimiah (Pondok Pak Ya) Padang Lumat Kedah.  Setiap kali Cik Noor melalui jalan tersebut dari Butterworth ke Alor Setar hati Cik Noor akan menjadi sayu pilu...... AlFATIHAH buat 27 syuhada dalam tragedi kebakaran Pondok Pak Ya yang juga disambung cerita oleh adik iparku bekas pelajar yang turut sama berada dalam suasana kebakaran itu... menurut adik iparku.. selepas dia melepasi tangga kayu asrama pelajar di belakangnya sudah dimamah api yang marak kerana tangga telah roboh... Ya Allah.. sendu mengiringi pemergian para syuhada yang menuntut ilmu Fi Sabilillah...

ANAK-ANAK KAMI (Mangsa kebakaran SAR Taufiqiah Al-Halimiah)
Nukilan Radzi Sulaiman TTDI 1989.

Angin semilir 22 September resah membisikkan ke telinga malam
tentang khabar duka sebuah upacara ngeri bakal hadir
menagihi darah dan air mata
menghimpunkan mangsa di pusara panjang;

Anak-anak kami dalam lena mereka
mengungsi mimpi paling indah
tentang mentari esok yang pasti menyerlah
dan mekarlah kuntum-kuntum senyum
di bibir ayah bonda
sedang di tanah sawah Padang Lumat itu
adalah tempat anak-anak kami berlari
mendaki tangga Taufiqiah al-Halimiah
dan lumpur-lumpur pekatnya
sering mengotori sepatu mereka
yang usang dan robek

Anak-anak kami tersingkap tabir mimpinya
menghidu asap menyesak dada
sedang bahang api yang membakar
kian pantas meratah daging dan tulang mereka

anak-anak kami adalah anak-anak merdeka 32
yang tercicir dari gerabak pembangunan
tak pernah sekali pun berhimpun digerbang sekolah
membawa sepanduk-sepanduk demonstrasi
minta diganti sebuah alat pemadam api; atau bertempik dengan slogan
"...kami mahu itu dan ini.........."

Anak-anak kami
Jerit lolongnya kian sunyi;diganti dengan isak tangis kami
yang meratapi pemergian mereka

anak-anak kami kini berkumpul menjadi satu; di pusara panjang menyambung sendu
dan pena ini bisa menulis lagi; tentang anak-anak kalian pula
dalam tragedi yang hampir sama............

BASKETWEAVE DESIGN CROCHET HAT

Design ni belum begitu popular di Malaysia. Ada yang buat tapi tak banyak ditemui berbanding design popcorn dan shell.. bila dah siap baru nampak corak anyaman tu.


untuk barisan penamat Cik Noor siapkan dengan 5 baris single crochet.


Monday 18 March 2013

RESEPI KUAH LAKSA PENANG

KUAH LAKSA PENANG

Bahan-bahan

500 gram ikan kembung (org Penang panggil ikan temenung)/ikan sardin (ikan aye) -rebus sekejap. Asingkan isi dengan tulang. Yang isi tu blend la sampai hancur. Yang tulang belulang tu pulak blend kasar dan tapis ambik air. Pastikan tiada tulang yang bolos masuk dalam kuah yer...
(kuah ni lebih kurang 2 mangkuk nasi tambah yer) jangan terlalu pekat dan jangan pulak terlalu cair.

Kisar halus
50gram cili kering (boleh adjust ikut kepedasan yang dikehendaki)
2 labu sederhana besar bawang besar
6 ulas bawang putih
sedikit belacan ( boleh juga ganti dgn kiub ikan bilis jika alah pada belacan)

Pastu campur jer dalam kuah isi ikan kisar tadi............

Bahan penyedap rasa

5 keping (ikut kesesuaian rasa asam) asam gelugor/asam keping
garam secukup rasa
daun kesom (org Penang panggil daun cenehom)
Sekuntum bunga kantan di belah 4

Masukkan semua kedalam kuah dan rebus atas api sederhana sehingga mendidih. Kuah ni kena bagi ada rasa masam dan masin yang cukup. Untuk balance rasa masukkan sesudu kecil gula. Maaf yer Cik Noor tak guna msg tapi terpulang kepada korang yer...  Korang kena rasa setiap kali korang masak baru lah konfirm sedap ke tak.....

Laksa kering rendam sampai lembut. Panaskan air dalam kuali dan masukkan laksa sehingga betul2 lembut tapi jangan sampai hancur yer.. Bila dah lembut hati-hati angkat dan toskan dalam penapis. Bilaskan dengan air paipuntuk menanggalkan sisa kanji yang melekat pada laksa supaya laksa tahan lama(lambat basi).

Ulam-ulaman yang dihiris halus dan di tabur atas laksa
1. sedikit daun selom atau daun salat atau daun serai kayu (daun samak) atau daun gajus atau daun putat atau daun ulam raja (pilih jer yang mana korang suka... Cik Noor paling suka daun samak/ serai kayu). Paling popular daun selom atau daun salad (paling mudah dapat)
2. sedikit timun hiris memanjang halus
3. bawang besar
4. cili merah atau cili padi (ikut lah jika suka)
5. telur rebus (jika yang original tak ada telur)
6. limau nipis atau limau kasturi jika nak lebih rasa masam. (Cik Noor pula suka sgt kulit limau nipis yang dihiris halus makan dengan laksa... memang rasa pahit dan pelik tapi itulah favourite Cik Noor)

OKlah selamat mencuba........................

Thursday 14 March 2013

HOW TO CROCHET BASKETWEAVE DESIGN HAT (TOPI CORAK ANYAMAN BAKUL)

Cik Noor rasa kaedah ini agak keliru pada awalnya tetapi konsepnya sama saja dengan dc biasa. Cuma jarum disilang dari depan atau dari belakang sahaja .Tutorial ini Cik Noor tunjukkan anyaman yang mudah dihasilkan.

Selamat mencuba..

STEP 1 : MAGIC CIRCLE
chomel2u.blogspot.com

----- my own symbol for my own design...
(Note : symbol V means 2dc in 1 ch
            symbol I means 1dc in 1 ch

Start  : 6 chain (make it circle)
1. Row 1 :  16 dc
2. Row 2: 32dc (2dc in 1 ch) or symbol  V V V  ----> end
3. Row 3 : 48 dc (2dc in 1 ch; 1dc in next ch - repeat 16) or V I V I V I  ---->end
4. Row 4 :60 dc (2dc in 1ch ; 1dcin next 3 ch -repeat 12) or V I I I V I I I V I I I  ----> end
5. Row 5 : 70 dc (2dc in 1 ch; 1dc in nex 5ch- repeat) or V I I I I I  V I I I I I  VI I I I I    ---->  end
6. Row 6 : 77 dc (2dc in 1 ch; 1dc in next 9ch- repeat 7 ) or V I I I I I I I I I V I I I I I I I I I   ---->  end
7. Row 7 : 84dc (2dc in 1ch; 1dc in next 10 ch- repeat 7) or V I I I I I I I I I I V I I I I I I I I I I ----> end
8. Row 8: 96dc (2dc in 1ch; 1dc in next 6ch)- repeat 12) or V I I I I I I V I I I I I I--> end (Age 4-5)
9. Row 9: 112 dc (2dc in 1ch; 1dc in next 6 ch)- repeat 16) (age 7-9)

STEP 2- WEAVING / ANYAMAN
10. Row 10 : (i) start 1dc
(ii) FRONT WEAVE (FW)- cross yarn for crocheting dc push hook needle from font crossing back and hook the yarn from front (look photo) make it 4 - finish you will get 1dc and 4front weave dc
-silangkan benang untuk dc, tolak jarum dari depan ke belakang antara dc dan patah balik ke depan. Kait benang dari depan. Siapkan double crochet.
untuk anyam kait benang di lubang antara dc seperti ditunjukkan difoto kiri
(weave in between dc)
lihat gambar masukkan jarum dari depan silang dibelakang dan masuk ke depan semula. kait benang dari depan. siapakan dc anda.
push hook from front cross the back and hook the yarn from front and finish your double crochet

Make it 4

(iii) BACK WEAVE (BW)- cross yarn for dc and push hook from back cross the front and pull yarn from back, finish dc. (look photo) - untuk back silang benag untuk dc masuk darum dari belakang silang di depan dan kait semula benang dari belakang.

push from back (masuk dari belakang)

Cross front and pull yarn from back (silang depan dan tolak ke belakang kait benang)

Finish dc .. make it 4. Look.. 4 chains created in front.. (buat 4 kali hasilnya anda akan nampak 4 taliair/chain timbul didepan.  Inilah akan membentuk corak anyaman. buat sampai habis)
Repeat the front and back weave until finish first round for weave
The chain automaticly appear in front and at the back of each BW and FW

Row 11 : start new row with FW repeat same as row 10.( 4 FW dan 4 BW sehingga habis. Di ruang BW anda akan lihat 2 line chain terbentuk.)



Row 12 : start new row with FW, yellow point just to show the start.. (3 rows SAME weave) 3 lines of chain will appear. (Mula baris baru dgn jarum depan ke belakang dan kait semula dari depan (FW).. dah 3 baris yang sama.)


Row 13-15 : (Change weave alternate-) start with BACK WEAVE (BW); push hook from back cross front and pull yarn from back 4times)- the fifth crochet push hook from front (FW) (Baris baru tukar weave crochet (silih ganti) iaitu mula dgn BW 4 dc atas FW yang mula, yg ke5 FW atas BW buat secara silih ganti sehingga tamat) .



Harap tutorial ini dapat membantu. Cik Noor akan tunjukkan topi basketweave yang dah siap dalam post yang akan datang...................

SELAMAT MENCUBA.......
SAYANG ANDA SEMUA........

Sunday 10 March 2013

CROCHET HAT FOR GIRL

topi crochet untuk anak perempuan usia 6 tahun hingga 7 tahun ini masih mengekalkan corak yang mendapat permintaan ramai iaitu twin shell.  Cik Noor gunakan warna kuning terang dan pink terang untuk membangkitkan mood ceria anak-anak yang sedang lincah bermain berbanding warna-warna pastel dan lembut untuk baby.  Jom tengok.....


Saturday 9 March 2013

CROCHET BABY HAT (SYADA BABY HAT) AND BOOTIES



Crochet Baby Hat and Booties.  Crochet baby hat (beanie) ini bersaiz kecil untuk baby baru lahir. Crochet baby hat ini berukurlilit 14 inci (lihat bandingan saiz dgn blackberry. Amat comel sangat.  Pilihan warna crochet baby hat ini ialah benang Nona warna pink no.12 dan  benang Nona warna kuning cair (seperti warna pearl white).  Baby booties pula gabungan benang Nona Pink terang no. 12 dan pink lembut no.98.  Warna pink masih mengungguli pilihan pelanggan Cik Noor. Kelembutan warna pink memang sesuai dengan baby girl....

Untk baby boy pula Cik Noor akan gantikan bunga dengan corak yang sesuai seperti hiasan butang atau corak2 lain.  Jika berkesempatan Cik Noor akan upload corak untuk crochet baby hat dan crochet bootie untuk baby boy pula.....







Tuesday 5 March 2013

Dapur Chantek Online Shop Butterworth: Food Warmer- Cantik dan praktikal

Dapur Chantek Online Shop Butterworth: Food Warmer- Cantik dan praktikal: FOOD WARMER 4 PIECES HARGA : RM60.00 (TIDAK TERMASUK POS) 4 PILIHAN WARNA (WARNA MUNGKIN KURANG JELAS DALAM GAMBAR) FOOD WARMER INI B...

KUFIAH / KOPIAH CROCHET AL-FATH HITAM PUTIH

Kopiah Crochet ini adalah saiz dewasa ukurlilit 20 inci
Harga RM8.00
 

 
Kopiah crochet ini lebih selesa dan gebu.