Wednesday 4 December 2013

JALAN-JALAN CARI MAKAN @ SARAWAK




 Salam semua, nak up-date lagi cerita Kuching.  Sepanjang 4 hari di Kuching selain menu biasa yang Cik Noor makan di hotel Cik Noor juga explore makanan lain yang agak unik di Kuching. Hehehe bukan makanan kucing ea.. makanan manusia la.

Gambar kiri ialah laksa Sarawak dan kanan pulak Bandung Blended yang gelasnya sebesar balang blender. Cik Noor ni memang suka laksa Sarawak walaupun ramai yang tidak suka dengan bau rempah ratusnya yang sama macam aroma ubat akar kayu untuk lepas bersalin. Hmmmmmmph.. terbaek. Cik Noor makan laksa Sarawak di airport semasa ketibaan. Sedap. Kini rempah untuk laksa Sarawak juga telah dibuat dalam bentuk paste dan dipaketkan secara komersial dan diusahakan oleh pengusaha muslim. Mudah untuk dibeli. Kali ini Cik Noor tak beli la pulak sebab di rumah, hanya Cik Noor seorang sahaja yang suka makan laksa Sarawak ni.

Gambar kiri ialah Nasi Goreng Thailand Sarawak. Hehe makan kat gerai di tepi Waterfront. Rasanya sedap. Gambar kiri pulak adalah paparan menu di Restoran Attap. Cik Noor tertarik dengan menu no.3 dan no.4. Tapi tak sesuai nak di makan dengan mee kolok.

 
Hah.. kalau datang Sarawak tak kena mee kolok selain laksa Sarawak kira kurang manis la kenangan di sana. Gambar kiri menunjukkan mee kolok disajikan. Sup diasingkan dan mee nampak pucat/kosong.  Gambar kiri bila sup dituang ke dalam mee, barulah sos soya/kicap yang diletakkan di bahagian bawah akan timbul. Kacaulah hingga sekata sebelum disuap ke mulut. Mee kolok ni macam mee sup kat sini cuma bezanya sos kicap dan tiada rasa pedas. Hmmm.. Cik Noor tak lajak sangat dengan mee macam ni, so tambah kicap cilipadi barulah boleh habiskan.

Gambar kiri adalah terung Dayak yang dah Cik Noor ceritakan dalam entry yang lepas. Gambar kanan pulak ialah nasi lemak Ikan terubuk masin. Fuh.. memang best. Terubuk masin Sarawak digoreng dihidangkan dengan nasi lemak. Yang ni laju jer Cik Noor santap. Berselera sungguh.
 
Makanan lain Cik Noor makan di hotel jer. Sama jer dengan lain-lain hotel pun.  So, selain makanan yang Cik Noor tunjukkan Umai dan Midin juga makanan yang unik. Kedua-duanya telah Cik Noor nikmati di lawatan-lawatan yang lepas.


Sekian entry kali ni..
Ada masa Cik Noor share lagi!!!!!!