Sunday 28 July 2013

RESEPI CUCUR UDANG SAYUR-SAYURAN

Salam, semalam Cik Noor mencuba menu cucur udang untuk berbuka. Sebenarnya resepi ini tercipta kerana Cik Noor nak menghabiskan storage sayur-sayuran yang sudah seminggu terperuk dalam peti ais. So terciptalah menu "CUCUR UDANG SAYUR-SAYURAN" 

Sayugia diingatkan "bukan semua jenis sayur atau ulam yang boleh join, hanya yang terpilih saja ye."

Bahan:
500 gram tepung gandum
100 gram udang segar yang kecil dibuang kulit( Jika besar potong kecil-kecil supaya senang dibuat jemput-jemput)
sebatang lobak merah dihiris memanjang halus macam mancis
50 gram taugeh dibuang hitam dan akar
sedikit kucai/ atau daun bawang dipotong pendek-pendek
seulas bawang besar yang saiznya comel jer - hiris nipis
seketul ubi kentang dipotong dadu kecil 1/2 cm (melembutkan cucur)
3 cawan air ( masuk satu-satu sehingga tepung sesuai untuk menjemput)
sesudu kecil kunyit serbuk
garam secukup rasa (Cik Noor letakkan 2 sudu teh garam)

Minyak untuk menggoreng.

Campurkan tepung dengan semua bahan (yang telah dipotong dan dibersihkan) dan gaul hingga sebati. Jika air tak cukup korang tambahla sendiri. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana. Alih-alihkan cucur dalam minyak.. bila sudah masak angkat dan hidang dengan kuah kacang atau sos.
Masa menggoreng pun dah terlior.. almaklum.. puasa
 
SELAMAT MENCUBA

Monday 22 July 2013

RESEPI KARI DAGING DENGAN REBUNG MADU

Rebung Madu merupakan anak atau tunas buluh madu yang masih lembut. Rebung boleh dipungut ketika panjangnya mencecah lebih kurang 2 kaki (setengah meter). Jika ruasnya makin panjang ianya akan menjadi buluh yang keras.
 
Setelah dipotong dari pokoknya, rebung tersebut hendaklah dibuang lapisan luarnya dan dipotong nipis. Kemudiannya direbus sehingga lembut barulah dimasak atau dibuat kerabu. Jika ingin disimpan ianya direndam dalam air dan disimpan dalam peti ais supaya tidak rosak.
 
Hari ini Cik Noor nak kongsi resepi KARI DAGING DENGAN REBUNG MADU TRADISI. 
 




Bahan-bahannya dan caranya..... malas nak asingkan bahan dengan cara ........ jomlah Cik Noor ajar style nenek Cik Noor peturun ilmu memasak ni...

Semangkuk rebung madu
300 gram daging lembu potong kecil-kecil.
1 batang tulang rusuk (jika suka). Minta penjual daging potong kecik2. Kalau panjang sehasta camner korang nak masuk dalam periuk. Tulang akan membuatkan rasa daging manis dan sedap.

Bahan B (rempah ratus untuk perap dengan daging)
1 peket rempah daging Faiza/Adabi atau apa-apa jenama yang disukai- jika suka pedas dan rasa berempah bolehlah tambah rempah tu yer... ikut citarasa
3 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulang bawang putih ditumbuk
2 sudu kerisik (jika suka pekat lebihkan)
1 cawan air

Gaul bahan B dengan daging dan tulang sahaja........ ingat.. daging dan tulang saja yang digaul dengan rempah ratus dan diperap seketika. 

Next step.. kita buatler kerja lain pulak... hiris bahan tumisan pulak....  Bahan C
3 ulas bawang merah,
5 ulas bawang putih,
seinci halia dihiris halus,
3 kuntum bunga lawang,
sesudu kecil bunga cengkih,
3 batang kayu manis yang panjangnya lebih kurang 2 inci (ada jugak kedai yang jual panjang.. korang potonglah sendiri ye),
daun kari (jika ada.. tak ada pun ok jer)

Bahan D :
Santan asli semangkuk- kalau kotak kecil tu sekotak campur air secukupnya (boleh la ganti susu kalau yang tak guna santan),
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Tumis bahan C sehingga kekuningan dan wangi... masukkan daging yang diperap dengan rempahnya sekali. gunakan api sederhana, tutup periuk tetapi sesekali kacau daging supaya tidak berkerak @ hangit kata orang Penang.. Air daging akan keluar. didihkan sehingga air kering dan pekat. Pastikan rempah masak dengan sempurna hehehehe yang ni korang main agaklah ye sebab rempah yang masak baunya wangi dan pecah minyak.

Bila dah konfiden atau dah malas tunggu korang masukkan rebung dan juga santan.  Sayugia diingatkan pastikan daging masak dan lembut. Masak dengan api sederhana, bila mendidih masukkan garam secukup rasa. Sesudah masak bolehlah dihidangkan.

**petua
- jika masak daging jangan campur garam awal kerana ianya akan membuatkan daging menjadi liat. Pastikan daging sudah lembut baru masuk garam.
-tujuan daging Cik Noor perap supaya bau daging hilang dan ianya sebati dengan rempah. Rempah juga boleh menjadi agen melembutkan daging.

Maaf tak sempat Cik Noor nak ambil gambar yang lebih elok sebab semasa buka puasa semuanya licin dijamah. Nasib baik sempat ambil masa masih dalam periuk. Keh keh keh.. sooooriiiiii... tapi kalau nak try kari sempoi dari Butterworth ni jom.....

Selamat mencuba... insyaAllah..... dan kongsi-kongsilah ilmu yang ada.........

Sunday 21 July 2013

CROCHET IS FUN - "NEW" ALAS PIRING BEROPOL

HARGA : RM5 (Satu) - Tidak termasuk harga pos
HARGA BORONG 5 UNIT KE ATAS : RM3 (satu)- Termasuk harga pos

 
Yang ni sesuai sengatla kalau ada anak dara. Kalau bawa mangkuk celup ni tak adalah nak bunyi klink.. klink... klink.. mangkuk belaga dengan piring. Cik Noor jamin kalau bawak air depan bakal mertua pasti sunyi dan senyap kecuali air je yang berkocak... seperti jiwa yang bergelora... haaaa... gitu...


Wednesday 10 July 2013

ZIARAH DALAMAN SEKITAR MASJIDIL HARAM

Kali ini Cik Noor nak kongsi pengalaman sekitar Masjidil Haram.  Semasa slot Melihat Anak Bulan Di Mekah yang dihoskan oleh Fetri Yahaya TV3 lokasi-lokasi ini juga ditunjukkan. Rindu... sangat.

 Laluan yang Cik Noor gunakan setiap hari untuk ke Masjidil Haram. Nun di hujung sana nampak berbalam-balam di celahan bangunan sebelah kanan... itulah Masjidil Haram
Banyak burung-burung merpati di kawasan ini.

 Cik Noor ambil kesempatan meronda-ronda kawasan bersama ibu saudara lebih kurang pukul 7 pagi (macam pukul 10.00 kat Malaysia) di sini matahari terbit pukul 5.30 pagi.
  
Menara Jam. Keunikannya ialah menara jam ini akan bertukar kepada latar belakang warna hijau (macam jubah Cik Noor pakai kat atas tu).  Di setiap permukaan di bawah jam dituliskan dengan ayat-ayat yang berbeza. (Bismillahirrahmaniirahim/  Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil aaqirati hasanah, wa qina a'zabannar dan beberapa lagi)  Jam ini boleh dilihat sehingga 30 km.
 
Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan


Jam yang berada di setiap sudut menara berukuran 43mx43m dan merupakan jam yang terbesar di dunia. Muka jam ini berdiameter 6 kali lebih besar daripada Big Ben di London. Ianya dituliskan dengan nama Allah di atasnya dan diterangi dengan 2 juta lampu cahaya LEC. Menera itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 km sebagai pemberitahuan lima waktu solat fardu. Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi iaitu 3 jam mendahului waktu standard rasmi dunia iaitu Greenwich Mean Time.  Dalam persidangan Islam di Doha tahun 2008, ulama dan cendikiawan Islam berpendapat waktu di mekah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia dan berpendapat ianya bertepatan untuk menggantikan waktu standard dunia.

 Bangunan menara ini adalah hotel-hotel terletak betul-betul berhadapan pintu Malik Abdul Aziz.
Antara yang menarik mengenai kompleks yang menempatkan menara jam ini adalah ruang legarnya adalah sangat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi). Ketinggiannya melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia dan ianya  menempatkan hotel bertaraf 7 bintang. Ini menjadikan menara jam ini sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).
 
Selepas Asar. Ketika ini suhu mencecah 51 celcius.
 

 Kelihatan wakaf-wakaf ini adalah hajj information centre.  Di sini ada juga diletakkan beberapa kerusi untuk orang awam berehat sebentar kerana hotel-hotel terletak agak jauh. Di sini juga diletakkan tong air untuk minuman.
 
 Uncle ni jual gandum untuk orang ramai tabur sebagai mkanan kepada merpati. Mereka akan dihantar dengan van dan ditentukan lokasi untuk jualan masing-masing. Semuanya di bawah terik mentari (panas lit-lit kata orang utara) tapi mereka relax saja.
 
 
Ada cahaya di hujung lorong. Gambar ini diambil depan sikit dari lokasi merpati tadi.  Kelihatan Masjidil Haram di hadapan dan kelihatan juga kren-kren yang sedang berkerja (24 jam) menyiapkan kerja-kerja pembinaan dalam Masjidil Haram.
 
 
Pekerja perbandaran sedang membersihkan kakilima kedai dengan air (lebih kurang pukul 8.00 pagi).  Basuh pun sekejap je kering sebab panas.  Ketika Cik Noor lalu kawasan ini semasa nak menunaikan solat Asar semua jubin telah dibongkarkan dan diganti baru.  Persiapan untuk menyambut musim haji kot.  Kedai tepi tu adalah farmasi. Cik Noor sempat juga berbelanja kat farmasi tu.

 
Kata orang aiskrim kat Mekah sedap. Tengok... baru jer bertukar tangan dan mula cair.  Apa tunggu lagi. cepat-cepat lah masuk dalam mulut.  Disebabkan cuaca panas dan makan berebut-rebut agar tidak cair memanglah sedap. Hmm rasanya berbeza sikit sebab memang macam "pure fresh milk".  Cik Noor ni "kureng" sikit dengan susu sebab tu penilaian yang Cik Noor beri "... ok... sedap.."



 Cuba teka bangunan apa yang Cik Noor fokus tengah-tengah gambar tu?  Kalau yang dah biasa pergi mungkin tahu tetapi yang first time pergi terus terkeluar kata-kata ini "macam ni je ke?"....
Inilah ISTANA yang terletak di sebelah tempat sa'ie di atas Bukit Khubais.
 


Inilah escalator yang selalu Cik Noor dan rakan guna untuk ke ruang solat di atas.  Ruang di atas lebih selesa dan bersih dan boleh melihat dengan jelas Kaabah.


Lorong halaman Masjidil Haram sebelah tempat Sa'ie boleh kelihatan Istana di atas Bukit Khubais, Menara jam dan Masjidil Haram.  Semasa bergambar, seorang jemaah arah menunjukkan Cik Noor ke arah ini. Beliau membuat isyarat supaya Cik Noor rakamkan sudut ini. Memang satu gabungan yang menarik.

 Kren di luar tempat sa'ie.
 
Zam-zam untuk minuman di merata sudut. Pili ini disambungkan terus ke telaga zam-zam bawah tanah. Rasa air zam-zam di Mekah sangat sedap... segelas memang menyegarkan tekak yang kehausan... itulah dinamakan "ni'mat" Allah itu maha luas. 


TAPAK RUMAH KEDAH ATAS BUKIT KHUBAIS
 
Kelihatan di hadapan adalah bukit yang menempatkan Rumah Kedah. Nak tahu kenapa dinamakan RUMAH KEDAH? ringkasan cerita di bawah menceritakan sejarah yang akan luput tak lama lagi sebagaimana lenyapnya Rumah Kedah dibongkah oleh Kerajaan Arab untuk pembesaran Kota Mekah. 

Dipetik dari Minda Ahad. wordpress:
Kisah sejarah Raja Syarif Hussin yang diusir oleh kaum Arab Saudi dari Mekah pada tahun 1819 masihi adalah dirujuk.

Syarif Abu Bakar Syah Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah Kheag Tesh telah menghantar tentera Benua Siam Kedah untuk mencari Raja Syarif Mekah yang telah diusir oleh mereka dengan pertolongan Inggeris.

Arahan ini dibuat kerana tali kekeluargaan semenjak dari zaman baginda Rasulullah SAW dan dari keturunan yang sama iaitu Bani Hashim. Tentera baginda mendapati Raja Syarif Mekah selamat berada di sempadan di gelar dengan bahasa Siam, Jordan. Maksud jordan (jour-dan) ialah duduk di sempadan, iaitu sempadan negeri Mekah. Salasilah mereka inilah membawa kepada Raja Jordan hari ini, Almarhum Raja Hussain Jordan.
 
Pada tahun 1770 masihi Syarif Abu Bakar Syah (nama penuh), Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah telah membina tiga istana di Bukit Jabal Khubis Mekah di zaman Raja Mekah Syarif Hussin. Baginda Syarif Abu Bakar, Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia telah diberikan tapak tanah istana tersebut berikutan pembahagian harta pusaka keturunan Bani Hashim (dari Sharifah Mariam Syed Jamal Al Jeffri). Selain dari tapak istana, baginda juga diberikan hadiah-hadiah lain termasuklah sebilah pedang.
 
Dua buah istana digelar rumah Kedah,
 
1) Istana pertama, tempat bersemayam Syarif Abu Bakar Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia, Benua Siam Islam Kedah sewaktu megerjakan haji ke tanah suci Mekah.
 
2) Istana kedua, tempat bersemayam adik ipar Syarif Abu Bakar Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah iaitu Paduka Seri Bungsu Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin (Zainal Abidin), yang juga menjadi Perdana Menteri Benua Siam Kedah. Permaisuri baginda pernah menjadi Raja Perempuan Ayuthia bergelar Phunimtharaja.
Sebuah istana digelar Rumah Legeh
 
3) Istana ketiga tempat bersemayam anak saudara baginda, Laksamana Datu Sultan Tunku Long Putera, Raja Legeh sewaktu remajanya baginda menuntut agama Islam disana.
Ketiga-tiga Istana tersebut dan kawasannya di Bukit Jabal Khubis Mekah di ambil alih oleh Kerajaan Arab Saudi dan memberi pampasan kepada waris yang dikenalpasti.


 Lokasi untuk mengambil kerusi roda wakaf percuma di Masjidil Haram.  Kawasan yang terkepung itu.  Cik Noor sempat menjengah, terdapatbeberapa kerusi roda yang sepatutnya penuh. Mutawif memaklumkan bahawa untuk mengambil kerusi roda di situ jemaah boleh menunjukkan "kad jemaah" dan boleh menggunakannya selama mana selagi berada di tanah suci.  Kad akan di kembalikan apabila kerusi roda dikembalikan.
 
 Tapak rumah Abi Lahab di jadikan tandas.  Kelihatan di belakangnya kren-kren yang berkerja di dalam Masjidil Haram.  Gambar ini di ambil dari Maktabah/ Maulid Nabi iaitu tapak bekas rumah kelahiran Nabi SAW yang dijadikan perpustakaan/ maktabah. Walau bagaimana pun tiada bukti sahih berkaitan lokasi ini.  Cuma kita boleh mengenangkannya sebagai sejarah yang terakam dalam lipatan masa dan tidak luluh dek kemodenan di sini.
 



 Papan tanda menghalang dari perkara-perkara kurafat.
 
 
Di bawah ini yang paling kanan ialah pekerja maktabah dari Myanmar. Beliau sudah hampir 10 tahun disini dan di lantik sebagai jurucakap bahasa Melayu.  Semasa kami berlegar-legar di kawasan maktabah mendengar penerangan mutawif, beliau memanggil "Malaysia... Malaysia.. sini.. sini.." sambil menghulurkan satu buku kecil "Doa Menyeluruh" yang ada terjemahan bahasa Melayu. Buku kecil itu mengandungi petikan doa-doa dari al-Quranul Karim. Syukran... syukran...

 
Kawasan lapang di antara maktabah dengan tandas ini dulunya adalah Wadi Bani Hashim iaitu perkampungan keturunan Bani Hasyim iaitu keturunan Rasulullah yang kita sayangi dan rindui. Dimaklumkan bahawa lokasi rumah/bilik isteri Nabi, Saidatina Khadijah juga di kawasan tersebut tetapi kami tidak dapat melawat kerana kawasan tersebut sedang dalam pembinaan.  Suatu masa nanti akan lenyaplah tempat-tempat sejarah yang boleh kita lawati.
 
 
Pintu masuk ke tempat sa'ie dari Jabal Khubais



 Puncak bukit Safa.  Kini kita akan memanjat separuh bukit yang telah diliputi dengan jubin. Agak licin juga bagi yang hanya memakai stokin.  Jika berkesempatan bolehlah membeli stokin ala-ala ballerina (kasut ballet) yang ada dot-dot getah.  Lebih lekap bagi yang agak berusia.
 
 Masa'a tu maknanya tempat sa'ie
 
 Mataf pula maknanya tempat tawaf
 

Miqat umrah di Tana'im bagi penduduk Mekah.  Kami datang ke sini dengan teksi yang berhimpit macam sardin.  Agak-agak 30 minit jugak la nak ke sini.  Masjid di Tana-im dikenali sebagai Masjid Siti Aisyah.

Menara Masjid Siti Aisyah Tana'im. Indah tapi dalamnya agak tidak terjaga. Kotor dan berhabuk.
 

 
Information centre kat Masjid Siti Aisyah, Tana'im.

Wednesday 3 July 2013

ARAFAH, JABAL RAHMAH, MINA, LEMBAH URANAH, MASJID NAMIRAH

Dalam Perjalanan - Kawasan ini sedang dibangunkan. Kelihatan laluan jajaran jalan yang baru sedang dalam pembinaan.  Ini adalah termasuk juga dengan pembangunan Mekah secara besar-besaran.

Dalam perjalanan- Pohon tamar yang ditanam sebagai hiasan di tepian jalan juga galak berbuah dan kelihatan sedang kekuningan dan mula kemerahan.  Cik Noor tak pasti bangunan apakah di belakang tu tetapi kelihatan masih under construction.

Dalam Perjalanan - Geram tengok buah tamar bergayutan.. terasa manis-manis kelat buah yang belum masak betul tu masih kekal di mulut.  Rasa buah kurma fresh di mazra'ah/ ladang tamar Madinah.

Kelihatan gambar di atas adalah landasan Sistem monorel Al Mashaaer Al Muqaddassah Metro Southern Line atau Mekah Metro yang telah siap sepenuhnya untuk beroperasi. Perkhidmatan itu sekaligus dapat mengurangi kesesakan jalan raya untuk jemaah bergerak ke padang Arafah bagi melakukan wukuf.  Ia kini boleh digunakan sepenuhnya bagi membawa jemaah haji antara Arafah dan Mina.

Sistem monorel itu mempunyai sembilan stesen membabitkan tiga lokasi utama : Arafah, Muzdalifah dan Mina dengan jarak 20 kilometer. Ia mampu menampung maksimum sehingga 4000 penumpang bagi setiap perjalanan. Monorel dengan kelajuan 80 kilometer sejam ini juga dilengkapi pendingin hawa, peralatan keselamatan dan kecemasan serta pemantauan kamera litar tertutup, CCTV.

Cik Noor turut berbangga apabila diberitahu seramai 146 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad, KTMB turut di beri kepercayaan pihak berkuasa Arab Saudi untuk mengendalikan perkhidmatan Mekah Metro.


Landasan monorel bagi memudahkan perjalanan Padang Arafah dan Mina.

Sabda Rasulullah : Haji itu Arafah.
Tiada haji tanpa Arafah. Tidak boleh tidak,  bagi seorang jemaah haji untuk berkumpul di Arafah pada siang 9 Zulhijjah. Jika tidak wukuf di Arafah maka tiada haji baginya.

Hari ini 1 Syaaban 1434 bersamaan 10 Jun 2013. Hari ini pintu kaabah dibuka untuk pembersihan tetapi Cik Noor juga tidak mahu ketinggalan untuk ziarah luar.  Cik Noor memilih untuk berziarah kerana banyak lagi tempat yang Cik Noor ingin terokai malah Cik Noor akan bermiqat di Ja'ranah untuk umrah. Kami ke Arafah hari ini.

Inilah gambaran ketika di luar musim haji Padang Arafah kosong dan lengang. Manakala pada hari wuquf nanti setiap ruang kosong ini akan dipenuhi dengan para jemaah haji dari pelbagai pelosok negara seluruh dunia. Gambaran bagaimana manusia akan dibangkitan di Padang Mahsyar nanti sebagai iktibar kepada umat Islam keseluruhannya.

 Kawasan padang arafah ketika rombongan Cik Noor melewatinya pada 10 Jun 2013 (1 Syaaban 1434)

Arafah, sahah tempat jutaan manusia berkumpul. Memohon keampunan Ilahi, moga diberi kekuatan sejati menegak iman dalam diri, mujahadah melawan nafsu. Tempat sekalian umat bertemu, dari timurnya dunia hingga ke baratnya. Memijak buni yang satu pada hari yang satu. Niat mereka juga satu, mensuci diri kembali pada Allah. Moga memperoleh haji yang mabrur.
Masih sekitar Padang Arafah.

 Hospital Jabal Rahmah yang hanya beroperasi di musim haji.  Cik Noor ambil gambar ni sebab bas Cik Noor parking kat sini supaya senang Cik Noor ingat. Tetapi menarik juga untuk dikongsi. Mana la ada orang yang nak ambik gambar ni.

Berlatar belakangkan Jabal Rahmah. Menurut sejarah yang diceritakan oleh kebanyakan para pengkaji bahawa di sinilah tempatnya Nabi Adam dan Hawa bertemu selepas di turunkan Allah ke dunia disebabkan mengingkari perintah Allah supaya tidak memakan buah khuldi.

Nabi Adam diciptakan oleh Allah dari tanah dan diletakkan di dalam syurga. Kemudiannya dijadikan Hawa sebagai teman Nabi Adam dalam syurga dan kedua-duanya Allah larang menghampiri pohon khuldi apatah lagi untuk memakannya.  Namun iblis yang gagal menghasut Nabi Adam telah berusaha menghasut Hawa sehinggakan Hawa memujuk Nabi Adam untuk memakan buah tersebut. Lalu mereka diturunkan ke dunia oleh Allah sebagai hukuman kepada melanggar perintah Allah. Demikianlah sebenarnya pelbagai pengajaran yang terkandung di dalam kisah tersebut untuk dijadikan iktibar dan ambil ingatan oleh setiap hamba Allah.

Di atas apa yang diceriterakan itulah, Cik Noor dapat mengagak orang yang mengambil bulat-bulat kisah pertemuan Nabi Adam dan Hawa percaya bahawa keistimewaan bukit ini adalah untuk "mendapatkan jodoh."  Tetapi bagi Cik Noor pula, iktibar dari sejarah yang terpahat di sini ialah bagaimana manusia yang melakukan kesalahan dihukum dan Allah maha penyayang akhirnya mempertemukan jua mereka di sini untuk hidup bersama dan akhirnya bertambahlah umat manusia di muka bumi dan ada di kalangan mereka bersifat dengan sifat-sifat mahmudah (baik) dan ada yang bersifat dengan sifat mazmumah (jahat).
 Berbagai aktiviti jualan oleh penjaja kecil di dataran Jabal Rahmah.  Cik Noor sudah semestinya "meragas" ke puncak bukit kerana dan memang hobi aktiviti lasak. Dengan berjubah dan berjilbab Cik Noor naik mengikut laluan yang kelihatan dari depan. Laluan berbatu pejal yang ada disesetengah kawasan amat curam. Huhuhu macam nak menangis sebab kasut Cik Noor dah pecah menginjak batu-batu tajam. Tetapi malu kepada seorang jemaah wanita yang tua dan sudah bongkok yang juga melalui laluan tersebut yang termengah-mengah untuk sampai ke puncak. Jika nenek itu sanggup untuk merasai pengalaman ini apatah lagi Cik Noor. Cik Noor naik dengan Mak Cik Saripah. Wah... hebat mak cik Saripah ni.. dia sampai dulu kat atas.


Nah... ini dia Mak Cik Saripah dan Cik Noor di atas puncak Jabal Rahmah. Tak der nya kami nak doa bagai... kami cuma bergaya dan melihat gelagat manusia yang berhimpit-himpit di dataran yang sempit itu.  Kat atas tu pun ada orang berniaga.. Cik Noor sempat ler beli celak 3= 10 riyal. Tapi pastu bila beli kat kedai kat bawah 1=2 riyal. Hahahaha mana-mana pun sama kan... tempat pelancong memang mahal.

Ramai yang berpusus-pusu berdoa menghadap tiang yang dibina di atas puncak bukit. Ini adalah bid'ah. Kelihatan ada yang menggosok-gosok batu sambil maratap meraung. Di situ juga ditulis nama-nama yang berbagai.

 PERINGATAN MENGHINDARI PERKARA BID'AH DALAM PELBAGAI BAHASA. JIKA KITA HANYA MENAIKI JABAL RAHMAH UNTUK MERASAI PENGALAMAN MELANCONG SAHAJA TANPA SEBARANG NIAT LAIN TAK MENGAPA.
 ADA TANGGA YANG DIBINA DI RUSUK KANAN JABAL RAHMAH. CIK NOOR BARU PERASAN BILA DAH BERADA DI PUNCAK. MAKA BILA TURUN IKUT TANGGALAH YE! SEPANJANG ATAS ANAK TANGGA TU RAMAI PULAK PEMINTA SEDEKAH. ADA YANG LIPAT TANGAN MASUK KE DALAM BAJU PURA-PURA KUDUNG. ALAHAIIIIIIII MACAM-MACAM ADA. RAMAI PULA YANG KUDUNG SEPERTI DIKERAT, SENDIKET KOT SEBAB TREN DIA SAMA SAJA...
 PERINGATAN SUPAYA BERDOA MENGHADAP KIBLAT BUKANNYA MENGHADAP TIANG DI TENGAH BUKIT. BUKIT INI TIADA KEISTIMEWAAN DARI SEGI IBADAH CUMA KESAN SEJARAH SEBAGAI IKTIBAR SAHAJA. CIK NOOR HARAP RAKAN PEMBACA AMBIL PERHATIAN PERKARA INI YE.

 NUN DI LUAR TINGKAP BAS ADALAH STESEN MONOREL ARAFAH

 KAWASAN PADANG ARAFAH. SEMASA LUAR MUSIM HAJI JADI PADANG JARAK PADANG TEKUKUR TAPI BILA MUSIM HAJI PENUH DENGAN JUTAAN MANUSIA DARI SELURUH PELOSOK DUNIA.



 KERJA-KERJA PEMBAIKAN GIAT DILAKUKAN. DI SINI KERJA KONTRAK DIBUAT MALAM HARI. MAKA SIANG KAWASAN KERJA TERBIAR SEPERTI TERBENGKALAI. BILA MALAM SAJA SEMUA AKTIVITI BERJALAN RANCAK.


 Ini adalah Masjid Namirah. Keistimewaan masjid ini hanya dibuka dan digunakan setahun sekali iaitu pada 9 Zulhijjah 1430H. Kedudukannya adalah antara perjalanan Mina menuju Arafah merentasi Lembah Uranah. Dalam masjid sendiri ada sempadan Tanah Haram dan Tanah Halal. Jemaah perlu ke Tanah Halal untuk mendengar khutbah. Kemudian selepas gelincir matahari baru menuju Tanah Haram.
Pada 9 Zulhijjah sebelum solat Zohor khatib akan menyampaikan khutbah yang sama dengan khutbah terakhir Rasulullah saw sampaikan di lembah Uranah.

Wahai kaum manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta yang diamanahakan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan. Dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba'. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Sesungguhnya syaitan telah berputus asa menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar. Maka berhati-hatilah agar kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah kamu terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu keatas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan mereka dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari semalam, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara terhadap muslim yang lain. Kamu semua adalah sama. Tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan ke atas apa yang telah kamu kerjakan. Oelh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya aku telah menyampaikan!"


 Di kawasan inilah dikisahkan lokasinya tentera bergajah pimpinan Abrahah dihujani dengan batu-batu dari tanah hitam oleh burung-burung ababil sebagaimana di kisahkan di dalam surah Al-Fiil. Diriwayatkan juga Rasulullah ketika melalui kawasan ini akan mengenderai unta baginda dengan laju, demikian juga yang dilakukan oleh pemandu bas kami.. hehehe Cik Noor sempat snp sekeping tapi mungkin tersasar sikit bukannya untuk dimegahkan tapi sebagai mengambil iktibar dari kisah yang penuh maklumat dan pengajaran dari Allah swt.
 MINA

 PANDANGAN DARI FLYOVER


KAWASAN PENEMPATAN PENDUDUK DI SARIYEN. CIK NOOR TAK PASTI SEBAB DIMAKLUMKAN BAHAWA DALAM KAWASAN INI ADA PERKUBURAN BARU BAGI JEMAAH HAJI YANG MENGGANTIKAN KUBUR MA'LA. NANTI CIK NOOR CARI KEPASTIAN UNTUK UPDATE.