Wednesday, 3 July 2013

ARAFAH, JABAL RAHMAH, MINA, LEMBAH URANAH, MASJID NAMIRAH

Dalam Perjalanan - Kawasan ini sedang dibangunkan. Kelihatan laluan jajaran jalan yang baru sedang dalam pembinaan.  Ini adalah termasuk juga dengan pembangunan Mekah secara besar-besaran.

Dalam perjalanan- Pohon tamar yang ditanam sebagai hiasan di tepian jalan juga galak berbuah dan kelihatan sedang kekuningan dan mula kemerahan.  Cik Noor tak pasti bangunan apakah di belakang tu tetapi kelihatan masih under construction.

Dalam Perjalanan - Geram tengok buah tamar bergayutan.. terasa manis-manis kelat buah yang belum masak betul tu masih kekal di mulut.  Rasa buah kurma fresh di mazra'ah/ ladang tamar Madinah.

Kelihatan gambar di atas adalah landasan Sistem monorel Al Mashaaer Al Muqaddassah Metro Southern Line atau Mekah Metro yang telah siap sepenuhnya untuk beroperasi. Perkhidmatan itu sekaligus dapat mengurangi kesesakan jalan raya untuk jemaah bergerak ke padang Arafah bagi melakukan wukuf.  Ia kini boleh digunakan sepenuhnya bagi membawa jemaah haji antara Arafah dan Mina.

Sistem monorel itu mempunyai sembilan stesen membabitkan tiga lokasi utama : Arafah, Muzdalifah dan Mina dengan jarak 20 kilometer. Ia mampu menampung maksimum sehingga 4000 penumpang bagi setiap perjalanan. Monorel dengan kelajuan 80 kilometer sejam ini juga dilengkapi pendingin hawa, peralatan keselamatan dan kecemasan serta pemantauan kamera litar tertutup, CCTV.

Cik Noor turut berbangga apabila diberitahu seramai 146 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad, KTMB turut di beri kepercayaan pihak berkuasa Arab Saudi untuk mengendalikan perkhidmatan Mekah Metro.


Landasan monorel bagi memudahkan perjalanan Padang Arafah dan Mina.

Sabda Rasulullah : Haji itu Arafah.
Tiada haji tanpa Arafah. Tidak boleh tidak,  bagi seorang jemaah haji untuk berkumpul di Arafah pada siang 9 Zulhijjah. Jika tidak wukuf di Arafah maka tiada haji baginya.

Hari ini 1 Syaaban 1434 bersamaan 10 Jun 2013. Hari ini pintu kaabah dibuka untuk pembersihan tetapi Cik Noor juga tidak mahu ketinggalan untuk ziarah luar.  Cik Noor memilih untuk berziarah kerana banyak lagi tempat yang Cik Noor ingin terokai malah Cik Noor akan bermiqat di Ja'ranah untuk umrah. Kami ke Arafah hari ini.

Inilah gambaran ketika di luar musim haji Padang Arafah kosong dan lengang. Manakala pada hari wuquf nanti setiap ruang kosong ini akan dipenuhi dengan para jemaah haji dari pelbagai pelosok negara seluruh dunia. Gambaran bagaimana manusia akan dibangkitan di Padang Mahsyar nanti sebagai iktibar kepada umat Islam keseluruhannya.

 Kawasan padang arafah ketika rombongan Cik Noor melewatinya pada 10 Jun 2013 (1 Syaaban 1434)

Arafah, sahah tempat jutaan manusia berkumpul. Memohon keampunan Ilahi, moga diberi kekuatan sejati menegak iman dalam diri, mujahadah melawan nafsu. Tempat sekalian umat bertemu, dari timurnya dunia hingga ke baratnya. Memijak buni yang satu pada hari yang satu. Niat mereka juga satu, mensuci diri kembali pada Allah. Moga memperoleh haji yang mabrur.
Masih sekitar Padang Arafah.

 Hospital Jabal Rahmah yang hanya beroperasi di musim haji.  Cik Noor ambil gambar ni sebab bas Cik Noor parking kat sini supaya senang Cik Noor ingat. Tetapi menarik juga untuk dikongsi. Mana la ada orang yang nak ambik gambar ni.

Berlatar belakangkan Jabal Rahmah. Menurut sejarah yang diceritakan oleh kebanyakan para pengkaji bahawa di sinilah tempatnya Nabi Adam dan Hawa bertemu selepas di turunkan Allah ke dunia disebabkan mengingkari perintah Allah supaya tidak memakan buah khuldi.

Nabi Adam diciptakan oleh Allah dari tanah dan diletakkan di dalam syurga. Kemudiannya dijadikan Hawa sebagai teman Nabi Adam dalam syurga dan kedua-duanya Allah larang menghampiri pohon khuldi apatah lagi untuk memakannya.  Namun iblis yang gagal menghasut Nabi Adam telah berusaha menghasut Hawa sehinggakan Hawa memujuk Nabi Adam untuk memakan buah tersebut. Lalu mereka diturunkan ke dunia oleh Allah sebagai hukuman kepada melanggar perintah Allah. Demikianlah sebenarnya pelbagai pengajaran yang terkandung di dalam kisah tersebut untuk dijadikan iktibar dan ambil ingatan oleh setiap hamba Allah.

Di atas apa yang diceriterakan itulah, Cik Noor dapat mengagak orang yang mengambil bulat-bulat kisah pertemuan Nabi Adam dan Hawa percaya bahawa keistimewaan bukit ini adalah untuk "mendapatkan jodoh."  Tetapi bagi Cik Noor pula, iktibar dari sejarah yang terpahat di sini ialah bagaimana manusia yang melakukan kesalahan dihukum dan Allah maha penyayang akhirnya mempertemukan jua mereka di sini untuk hidup bersama dan akhirnya bertambahlah umat manusia di muka bumi dan ada di kalangan mereka bersifat dengan sifat-sifat mahmudah (baik) dan ada yang bersifat dengan sifat mazmumah (jahat).
 Berbagai aktiviti jualan oleh penjaja kecil di dataran Jabal Rahmah.  Cik Noor sudah semestinya "meragas" ke puncak bukit kerana dan memang hobi aktiviti lasak. Dengan berjubah dan berjilbab Cik Noor naik mengikut laluan yang kelihatan dari depan. Laluan berbatu pejal yang ada disesetengah kawasan amat curam. Huhuhu macam nak menangis sebab kasut Cik Noor dah pecah menginjak batu-batu tajam. Tetapi malu kepada seorang jemaah wanita yang tua dan sudah bongkok yang juga melalui laluan tersebut yang termengah-mengah untuk sampai ke puncak. Jika nenek itu sanggup untuk merasai pengalaman ini apatah lagi Cik Noor. Cik Noor naik dengan Mak Cik Saripah. Wah... hebat mak cik Saripah ni.. dia sampai dulu kat atas.


Nah... ini dia Mak Cik Saripah dan Cik Noor di atas puncak Jabal Rahmah. Tak der nya kami nak doa bagai... kami cuma bergaya dan melihat gelagat manusia yang berhimpit-himpit di dataran yang sempit itu.  Kat atas tu pun ada orang berniaga.. Cik Noor sempat ler beli celak 3= 10 riyal. Tapi pastu bila beli kat kedai kat bawah 1=2 riyal. Hahahaha mana-mana pun sama kan... tempat pelancong memang mahal.

Ramai yang berpusus-pusu berdoa menghadap tiang yang dibina di atas puncak bukit. Ini adalah bid'ah. Kelihatan ada yang menggosok-gosok batu sambil maratap meraung. Di situ juga ditulis nama-nama yang berbagai.

 PERINGATAN MENGHINDARI PERKARA BID'AH DALAM PELBAGAI BAHASA. JIKA KITA HANYA MENAIKI JABAL RAHMAH UNTUK MERASAI PENGALAMAN MELANCONG SAHAJA TANPA SEBARANG NIAT LAIN TAK MENGAPA.
 ADA TANGGA YANG DIBINA DI RUSUK KANAN JABAL RAHMAH. CIK NOOR BARU PERASAN BILA DAH BERADA DI PUNCAK. MAKA BILA TURUN IKUT TANGGALAH YE! SEPANJANG ATAS ANAK TANGGA TU RAMAI PULAK PEMINTA SEDEKAH. ADA YANG LIPAT TANGAN MASUK KE DALAM BAJU PURA-PURA KUDUNG. ALAHAIIIIIIII MACAM-MACAM ADA. RAMAI PULA YANG KUDUNG SEPERTI DIKERAT, SENDIKET KOT SEBAB TREN DIA SAMA SAJA...
 PERINGATAN SUPAYA BERDOA MENGHADAP KIBLAT BUKANNYA MENGHADAP TIANG DI TENGAH BUKIT. BUKIT INI TIADA KEISTIMEWAAN DARI SEGI IBADAH CUMA KESAN SEJARAH SEBAGAI IKTIBAR SAHAJA. CIK NOOR HARAP RAKAN PEMBACA AMBIL PERHATIAN PERKARA INI YE.

 NUN DI LUAR TINGKAP BAS ADALAH STESEN MONOREL ARAFAH

 KAWASAN PADANG ARAFAH. SEMASA LUAR MUSIM HAJI JADI PADANG JARAK PADANG TEKUKUR TAPI BILA MUSIM HAJI PENUH DENGAN JUTAAN MANUSIA DARI SELURUH PELOSOK DUNIA.



 KERJA-KERJA PEMBAIKAN GIAT DILAKUKAN. DI SINI KERJA KONTRAK DIBUAT MALAM HARI. MAKA SIANG KAWASAN KERJA TERBIAR SEPERTI TERBENGKALAI. BILA MALAM SAJA SEMUA AKTIVITI BERJALAN RANCAK.


 Ini adalah Masjid Namirah. Keistimewaan masjid ini hanya dibuka dan digunakan setahun sekali iaitu pada 9 Zulhijjah 1430H. Kedudukannya adalah antara perjalanan Mina menuju Arafah merentasi Lembah Uranah. Dalam masjid sendiri ada sempadan Tanah Haram dan Tanah Halal. Jemaah perlu ke Tanah Halal untuk mendengar khutbah. Kemudian selepas gelincir matahari baru menuju Tanah Haram.
Pada 9 Zulhijjah sebelum solat Zohor khatib akan menyampaikan khutbah yang sama dengan khutbah terakhir Rasulullah saw sampaikan di lembah Uranah.

Wahai kaum manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikanlah harta yang diamanahakan kepada kamu kepada pemilik yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu. Ingatlah sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan. Dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba'. Oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Sesungguhnya syaitan telah berputus asa menyesatkan kamu dalam perkara-perkara yang besar. Maka berhati-hatilah agar kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara yang kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah kamu terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu keatas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan mereka dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari semalam, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara terhadap muslim yang lain. Kamu semua adalah sama. Tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggungjawabkan ke atas apa yang telah kamu kerjakan. Oelh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnah. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain. Semoga yang terakir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya aku telah menyampaikan!"


 Di kawasan inilah dikisahkan lokasinya tentera bergajah pimpinan Abrahah dihujani dengan batu-batu dari tanah hitam oleh burung-burung ababil sebagaimana di kisahkan di dalam surah Al-Fiil. Diriwayatkan juga Rasulullah ketika melalui kawasan ini akan mengenderai unta baginda dengan laju, demikian juga yang dilakukan oleh pemandu bas kami.. hehehe Cik Noor sempat snp sekeping tapi mungkin tersasar sikit bukannya untuk dimegahkan tapi sebagai mengambil iktibar dari kisah yang penuh maklumat dan pengajaran dari Allah swt.
 MINA

 PANDANGAN DARI FLYOVER


KAWASAN PENEMPATAN PENDUDUK DI SARIYEN. CIK NOOR TAK PASTI SEBAB DIMAKLUMKAN BAHAWA DALAM KAWASAN INI ADA PERKUBURAN BARU BAGI JEMAAH HAJI YANG MENGGANTIKAN KUBUR MA'LA. NANTI CIK NOOR CARI KEPASTIAN UNTUK UPDATE.

No comments:

Post a Comment