Thursday 22 August 2013

RESEPI KUIH CARA MANIS

 


Mungkin ada juga yang menggunakan resepi bancuhan tepung dicampur telur tetapi Cik Noor tidak gemar rasa telur di dalam kuih-kuih manis kerana terasa agak hanyir. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang perlu..... cekidout.. lalalala

BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum diayak dulu supaya tiada bendasing dalam tepung tu.
4-5 cawan santan sederhana pekat.
sedikit perasa dan pewarna pandan. Jika Cik Noor masak Cik Noor akan guna daun pandan yang dikisar dan diperah air sebagai bancuhan dan titiskan sikit pewarna hijau.
secubit garam untuk membangkitkan rasa lemak

CARANYA
Campurkan semua, kacau sebati jika tepung berketul-ketul gunakan penapis untuk tapis.  Kalau nak mudah blend dalam blender dan tapis. Bancuhan jangan terlalu cair. Boleh try dulu dalam acuan panas yang telah disapukan minyak kerana jika terlalu cair kuih akan melekat dan jika terlalu pekat tepung tak masak.

Jika dah konfiden bolehlah terus memasak dalam acuan. Cik Noor guna acuan baulu yang memang Cik Noor guna khas untuk kuih cara saja. CARANYA: Panaskan acuan atas api sederhana. Sapukan minyak dalam setiap lubang acuan menggunakan bahan bukan plastik/yg tak cair.  Selalunya Cik Noor ambil 2-3 helai daun pandan, lipatkan menjadi sejengkal, ikat dan potong bahagian hujung dan cincang supaya jadi macam berus. Tuangkan tepung dalam setiap acuan hingga penuh. Cepat-cepat tuang sedikit gula atau jem @ filling sebelum tepung mengeras dan masak.  Apabila masak bolehlah dicungkil dengan garfu dan angkat. Biar sejuk dan bolehlah ditangkupkan untuk dihidangkan.

Proses yang sama untuk Kuih Cara Berlauk cuma sediakan inti lauk terlebih dahulu..  Selamat mencuba. :)


Tuesday 6 August 2013

HADIAH ISTIMEWA DARI SS

Hari ini 5 Ogos 2013 bersamaan 27 Ramadhan 1434.  Lagi beberapa hari sahaja nak menjelang Syawal.  Hari ini istimewa kerana Cik Noor mendapat hadiah hari raya dari rakan sepejabat Cik Noor.. Nama dia "SS".  Semua ni handmade tau.. "SS" memang pandai masak dan rajin.  Mulanya Cik Noor bergurau saja kot-kot "SS" nak buat kuih kat Cik Noor.  Wahhhh!!! hari ni dia hantar.

TERIMA KASIH "SS"... hehehe kalau ada nak lagi.. (huih melampau betul Cik Noor ye!)

Maruku ni paling Cik Noor tak sabar menikmati. Memang sedap.


Friday 2 August 2013