Monday, 18 March 2013

RESEPI KUAH LAKSA PENANG

KUAH LAKSA PENANG

Bahan-bahan

500 gram ikan kembung (org Penang panggil ikan temenung)/ikan sardin (ikan aye) -rebus sekejap. Asingkan isi dengan tulang. Yang isi tu blend la sampai hancur. Yang tulang belulang tu pulak blend kasar dan tapis ambik air. Pastikan tiada tulang yang bolos masuk dalam kuah yer...
(kuah ni lebih kurang 2 mangkuk nasi tambah yer) jangan terlalu pekat dan jangan pulak terlalu cair.

Kisar halus
50gram cili kering (boleh adjust ikut kepedasan yang dikehendaki)
2 labu sederhana besar bawang besar
6 ulas bawang putih
sedikit belacan ( boleh juga ganti dgn kiub ikan bilis jika alah pada belacan)

Pastu campur jer dalam kuah isi ikan kisar tadi............

Bahan penyedap rasa

5 keping (ikut kesesuaian rasa asam) asam gelugor/asam keping
garam secukup rasa
daun kesom (org Penang panggil daun cenehom)
Sekuntum bunga kantan di belah 4

Masukkan semua kedalam kuah dan rebus atas api sederhana sehingga mendidih. Kuah ni kena bagi ada rasa masam dan masin yang cukup. Untuk balance rasa masukkan sesudu kecil gula. Maaf yer Cik Noor tak guna msg tapi terpulang kepada korang yer...  Korang kena rasa setiap kali korang masak baru lah konfirm sedap ke tak.....

Laksa kering rendam sampai lembut. Panaskan air dalam kuali dan masukkan laksa sehingga betul2 lembut tapi jangan sampai hancur yer.. Bila dah lembut hati-hati angkat dan toskan dalam penapis. Bilaskan dengan air paipuntuk menanggalkan sisa kanji yang melekat pada laksa supaya laksa tahan lama(lambat basi).

Ulam-ulaman yang dihiris halus dan di tabur atas laksa
1. sedikit daun selom atau daun salat atau daun serai kayu (daun samak) atau daun gajus atau daun putat atau daun ulam raja (pilih jer yang mana korang suka... Cik Noor paling suka daun samak/ serai kayu). Paling popular daun selom atau daun salad (paling mudah dapat)
2. sedikit timun hiris memanjang halus
3. bawang besar
4. cili merah atau cili padi (ikut lah jika suka)
5. telur rebus (jika yang original tak ada telur)
6. limau nipis atau limau kasturi jika nak lebih rasa masam. (Cik Noor pula suka sgt kulit limau nipis yang dihiris halus makan dengan laksa... memang rasa pahit dan pelik tapi itulah favourite Cik Noor)

OKlah selamat mencuba........................

13 comments:

  1. Replies
    1. Sama-sama Nolizawati Mohd Saad. Alhamdulillah dah ramai cuba dan menjadi.

      Delete
  2. Assalamuallaikum....saya copy resepi ye....

    ReplyDelete
  3. Cik Noor memberi izin kepada semua yang nak copy apa-apa pun dari blog ini. Berkongsi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. feberet Cik Noor nih... laksa penang best

      Delete
  5. nak cubala esok..harini salin resepi n cari bahan..hehehe newey tenkiu cik noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila kan Adawiyah.. buat banyak-banyak bagi kat jiran sama tau.. hehehe. kalau nak sedap lagi dalam ulam tu letak juga nenas cincang. Kalau nak rasa chinese style masukkan daun pudina (rasa mcm ubat gigi). Pastikan belacan yang elok ya kalau yang x elok kuah jadi hitam dan tak sedap. Kalau x konfident bubuh jer kiub ikan bilis ok jugak.

      Delete
  6. terima kasih sudi share resepi..teringin nak buat sendiri sebab memang suka makan laksa..hehe

    Ibu Riana Onlineshop

    ReplyDelete
  7. sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
    nk kene try ni..

    jemput ke blog saye..

    http://norzuryati.blogspot.com

    ~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..

    Moga bermanfaat :)

    ReplyDelete