Tuesday 29 May 2018

RESEPI KETUPAT PULUT (JAGUNG DAN KACANG) UTARA

Orang Utara ni memang terkenal dengan makanan yang dibuat daripada beras pulut. Sempena sambutan hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi sudah menjadi menu wajib bagi setiap rumah menyediakan ketupat pulut atau lemang.

Jika ada yang teringin nak buat sendiri ketupat pulut di sini Cik Noor kongsi resepi ketupat sedap nyum-nyum.

KETUPAT JAGUNG

1 kg beras pulut
1/2 kg pati santan. (setengah kg santan bersamaan 2 cawan air)
2 cawan air
 (Jika kelapa yang diparut sendiri 1 1/2 biji kelapa dijadikan 4 cawan santan)

1 sudu teh garam halus
4 helai daun pandan
(2 tongkol jagung yang di ambil isinya sahaja atau 250 gram kacang ketupat jika suka)
**hanya untuk ketupat kacang sahaja tambahkan setengah cawan air lagi dalam santan)

1. Basuh beras pulut sehingga air basuhan menjadi jernih.
2. Campurkan santan, air, daun pandan dan garam dalam  periuk dan masak sehingga santan mendidih barulah masukkan beras pulut (bersama jagung atau kacang)
3. Kecilkan api biar sederhana sahaja dan kerap kacau pulut supaya tidak berkerak. Pulut akan mudah berkerak kerana ianya mendap ke dasar periuk.
4. Apabila pulut separuh masak. Angkat dan masukkan dalam besen plastik supaya ianya tidak melekat dan senang dicuci dan sejukkan. Pulut ini akan kelihatan berminyak.
5. gunakan sarung tangan plastik bagi mudah dan licin. Dibalut dengan daun pala.
** boleh disimpan sejuk beku jika masih belum nak makan.
6. Kukus selama 45 minit atau lebih atau boleh juga direbus sehingga air rebusan kering agar lemak santan diserap dalam pulut dengan sempurna.


Ketupat sedap dimakan dicicah kari atau rendang atau serunding atau susu pekat.



SEDAP BAQ HANG.... :-)
SELAMAT MENCUBA
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.


No comments:

Post a Comment