Laluan yang Cik Noor gunakan setiap hari untuk ke Masjidil Haram. Nun di hujung sana nampak berbalam-balam di celahan bangunan sebelah kanan... itulah Masjidil Haram
Banyak burung-burung merpati di kawasan ini.
Cik Noor ambil kesempatan meronda-ronda kawasan bersama ibu saudara lebih kurang pukul 7 pagi (macam pukul 10.00 kat Malaysia) di sini matahari terbit pukul 5.30 pagi.
Menara Jam. Keunikannya ialah menara jam ini akan bertukar kepada latar belakang warna hijau (macam jubah Cik Noor pakai kat atas tu). Di setiap permukaan di bawah jam dituliskan dengan ayat-ayat yang berbeza. (Bismillahirrahmaniirahim/ Rabbana atina fiddunya hasanah, wa fil aaqirati hasanah, wa qina a'zabannar dan beberapa lagi) Jam ini boleh dilihat sehingga 30 km.
Nama lengkap bagi menara jam ini adalah Menara Jam Diraja Mekah atau nama popularnya Menara Abraj Al-Bait. Menara jam ini dibina oleh syarikat pembinaan tersohor Arab Saudi iaitu, Saudi Binladin Group membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Ianya terletak bertentangan dengan Masjidil al Haram di atas tapak Kubu Pertahanan Ajyad di zaman Khalifah Uthmaniyah yang telah diruntuhkan
Jam yang berada di setiap sudut menara berukuran 43mx43m dan merupakan jam yang terbesar di dunia. Muka jam ini berdiameter 6 kali lebih besar daripada Big Ben di London. Ianya dituliskan dengan nama Allah di atasnya dan diterangi dengan 2 juta lampu cahaya LEC. Menera itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 km sebagai pemberitahuan lima waktu solat fardu. Jam ini mengguna pakai waktu standard Arab Saudi iaitu 3 jam mendahului waktu standard rasmi dunia iaitu Greenwich Mean Time. Dalam persidangan Islam di Doha tahun 2008, ulama dan cendikiawan Islam berpendapat waktu di mekah adalah waktu sebenar meridian dunia kerana kedudukan Mekah di tengah-tengah dunia dan berpendapat ianya bertepatan untuk menggantikan waktu standard dunia.
Bangunan menara ini adalah hotel-hotel terletak betul-betul berhadapan pintu Malik Abdul Aziz.
Antara yang menarik mengenai kompleks yang menempatkan menara jam ini adalah ruang legarnya adalah sangat besar, berukuran 1,500,000 m2 (16,150,000 kaki persegi). Ketinggiannya melebihi Emirates Park Towers di Dubai yang kini merupakan sebuah hotel tertinggi di dunia dan ianya menempatkan hotel bertaraf 7 bintang. Ini menjadikan menara jam ini sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian keseluruhan adalah 601 m, mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).
Selepas Asar. Ketika ini suhu mencecah 51 celcius.
Kelihatan wakaf-wakaf ini adalah hajj information centre. Di sini ada juga diletakkan beberapa kerusi untuk orang awam berehat sebentar kerana hotel-hotel terletak agak jauh. Di sini juga diletakkan tong air untuk minuman.
Uncle ni jual gandum untuk orang ramai tabur sebagai mkanan kepada merpati. Mereka akan dihantar dengan van dan ditentukan lokasi untuk jualan masing-masing. Semuanya di bawah terik mentari (panas lit-lit kata orang utara) tapi mereka relax saja.
Ada cahaya di hujung lorong. Gambar ini diambil depan sikit dari lokasi merpati tadi. Kelihatan Masjidil Haram di hadapan dan kelihatan juga kren-kren yang sedang berkerja (24 jam) menyiapkan kerja-kerja pembinaan dalam Masjidil Haram.
Pekerja perbandaran sedang membersihkan kakilima kedai dengan air (lebih kurang pukul 8.00 pagi). Basuh pun sekejap je kering sebab panas. Ketika Cik Noor lalu kawasan ini semasa nak menunaikan solat Asar semua jubin telah dibongkarkan dan diganti baru. Persiapan untuk menyambut musim haji kot. Kedai tepi tu adalah farmasi. Cik Noor sempat juga berbelanja kat farmasi tu.
Kata orang aiskrim kat Mekah sedap. Tengok... baru jer bertukar tangan dan mula cair. Apa tunggu lagi. cepat-cepat lah masuk dalam mulut. Disebabkan cuaca panas dan makan berebut-rebut agar tidak cair memanglah sedap. Hmm rasanya berbeza sikit sebab memang macam "pure fresh milk". Cik Noor ni "kureng" sikit dengan susu sebab tu penilaian yang Cik Noor beri "... ok... sedap.."
Cuba teka bangunan apa yang Cik Noor fokus tengah-tengah gambar tu? Kalau yang dah biasa pergi mungkin tahu tetapi yang first time pergi terus terkeluar kata-kata ini "macam ni je ke?"....
Inilah ISTANA yang terletak di sebelah tempat sa'ie di atas Bukit Khubais.
Inilah escalator yang selalu Cik Noor dan rakan guna untuk ke ruang solat di atas. Ruang di atas lebih selesa dan bersih dan boleh melihat dengan jelas Kaabah.
Lorong halaman Masjidil Haram sebelah tempat Sa'ie boleh kelihatan Istana di atas Bukit Khubais, Menara jam dan Masjidil Haram. Semasa bergambar, seorang jemaah arah menunjukkan Cik Noor ke arah ini. Beliau membuat isyarat supaya Cik Noor rakamkan sudut ini. Memang satu gabungan yang menarik.
Kren di luar tempat sa'ie.
Zam-zam untuk minuman di merata sudut. Pili ini disambungkan terus ke telaga zam-zam bawah tanah. Rasa air zam-zam di Mekah sangat sedap... segelas memang menyegarkan tekak yang kehausan... itulah dinamakan "ni'mat" Allah itu maha luas.
TAPAK RUMAH KEDAH ATAS BUKIT KHUBAIS
Kelihatan di hadapan adalah bukit yang menempatkan Rumah Kedah. Nak tahu kenapa dinamakan RUMAH KEDAH? ringkasan cerita di bawah menceritakan sejarah yang akan luput tak lama lagi sebagaimana lenyapnya Rumah Kedah dibongkah oleh Kerajaan Arab untuk pembesaran Kota Mekah.
Dipetik dari Minda Ahad. wordpress:
Kisah sejarah Raja Syarif Hussin yang diusir oleh kaum Arab Saudi dari Mekah pada tahun 1819 masihi adalah dirujuk.
Syarif Abu Bakar Syah Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah Kheag Tesh telah menghantar tentera Benua Siam Kedah untuk mencari Raja Syarif Mekah yang telah diusir oleh mereka dengan pertolongan Inggeris.
Arahan ini dibuat kerana tali kekeluargaan semenjak dari zaman baginda Rasulullah SAW dan dari keturunan yang sama iaitu Bani Hashim. Tentera baginda mendapati Raja Syarif Mekah selamat berada di sempadan di gelar dengan bahasa Siam, Jordan. Maksud jordan (jour-dan) ialah duduk di sempadan, iaitu sempadan negeri Mekah. Salasilah mereka inilah membawa kepada Raja Jordan hari ini, Almarhum Raja Hussain Jordan.
Syarif Abu Bakar Syah Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah Kheag Tesh telah menghantar tentera Benua Siam Kedah untuk mencari Raja Syarif Mekah yang telah diusir oleh mereka dengan pertolongan Inggeris.
Arahan ini dibuat kerana tali kekeluargaan semenjak dari zaman baginda Rasulullah SAW dan dari keturunan yang sama iaitu Bani Hashim. Tentera baginda mendapati Raja Syarif Mekah selamat berada di sempadan di gelar dengan bahasa Siam, Jordan. Maksud jordan (jour-dan) ialah duduk di sempadan, iaitu sempadan negeri Mekah. Salasilah mereka inilah membawa kepada Raja Jordan hari ini, Almarhum Raja Hussain Jordan.
Pada tahun 1770 masihi Syarif Abu Bakar Syah (nama penuh), Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah telah membina tiga istana di Bukit Jabal Khubis Mekah di zaman Raja Mekah Syarif Hussin. Baginda Syarif Abu Bakar, Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia telah diberikan tapak tanah istana tersebut berikutan pembahagian harta pusaka keturunan Bani Hashim (dari Sharifah Mariam Syed Jamal Al Jeffri). Selain dari tapak istana, baginda juga diberikan hadiah-hadiah lain termasuklah sebilah pedang.
Dua buah istana digelar rumah Kedah,
1) Istana pertama, tempat bersemayam Syarif Abu Bakar Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia, Benua Siam Islam Kedah sewaktu megerjakan haji ke tanah suci Mekah.
2) Istana kedua, tempat bersemayam adik ipar Syarif Abu Bakar Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah iaitu Paduka Seri Bungsu Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin (Zainal Abidin), yang juga menjadi Perdana Menteri Benua Siam Kedah. Permaisuri baginda pernah menjadi Raja Perempuan Ayuthia bergelar Phunimtharaja.
Sebuah istana digelar Rumah Legeh
3) Istana ketiga tempat bersemayam anak saudara baginda, Laksamana Datu Sultan Tunku Long Putera, Raja Legeh sewaktu remajanya baginda menuntut agama Islam disana.
Ketiga-tiga Istana tersebut dan kawasannya di Bukit Jabal Khubis Mekah di ambil alih oleh Kerajaan Arab Saudi dan memberi pampasan kepada waris yang dikenalpasti.
Lokasi untuk mengambil kerusi roda wakaf percuma di Masjidil Haram. Kawasan yang terkepung itu. Cik Noor sempat menjengah, terdapatbeberapa kerusi roda yang sepatutnya penuh. Mutawif memaklumkan bahawa untuk mengambil kerusi roda di situ jemaah boleh menunjukkan "kad jemaah" dan boleh menggunakannya selama mana selagi berada di tanah suci. Kad akan di kembalikan apabila kerusi roda dikembalikan.
Tapak rumah Abi Lahab di jadikan tandas. Kelihatan di belakangnya kren-kren yang berkerja di dalam Masjidil Haram. Gambar ini di ambil dari Maktabah/ Maulid Nabi iaitu tapak bekas rumah kelahiran Nabi SAW yang dijadikan perpustakaan/ maktabah. Walau bagaimana pun tiada bukti sahih berkaitan lokasi ini. Cuma kita boleh mengenangkannya sebagai sejarah yang terakam dalam lipatan masa dan tidak luluh dek kemodenan di sini.
Papan tanda menghalang dari perkara-perkara kurafat.
Di bawah ini yang paling kanan ialah pekerja maktabah dari Myanmar. Beliau sudah hampir 10 tahun disini dan di lantik sebagai jurucakap bahasa Melayu. Semasa kami berlegar-legar di kawasan maktabah mendengar penerangan mutawif, beliau memanggil "Malaysia... Malaysia.. sini.. sini.." sambil menghulurkan satu buku kecil "Doa Menyeluruh" yang ada terjemahan bahasa Melayu. Buku kecil itu mengandungi petikan doa-doa dari al-Quranul Karim. Syukran... syukran...
Kawasan lapang di antara maktabah dengan tandas ini dulunya adalah Wadi Bani Hashim iaitu perkampungan keturunan Bani Hasyim iaitu keturunan Rasulullah yang kita sayangi dan rindui. Dimaklumkan bahawa lokasi rumah/bilik isteri Nabi, Saidatina Khadijah juga di kawasan tersebut tetapi kami tidak dapat melawat kerana kawasan tersebut sedang dalam pembinaan. Suatu masa nanti akan lenyaplah tempat-tempat sejarah yang boleh kita lawati.
Pintu masuk ke tempat sa'ie dari Jabal Khubais
Puncak bukit Safa. Kini kita akan memanjat separuh bukit yang telah diliputi dengan jubin. Agak licin juga bagi yang hanya memakai stokin. Jika berkesempatan bolehlah membeli stokin ala-ala ballerina (kasut ballet) yang ada dot-dot getah. Lebih lekap bagi yang agak berusia.
Masa'a tu maknanya tempat sa'ie
Mataf pula maknanya tempat tawaf
Miqat umrah di Tana'im bagi penduduk Mekah. Kami datang ke sini dengan teksi yang berhimpit macam sardin. Agak-agak 30 minit jugak la nak ke sini. Masjid di Tana-im dikenali sebagai Masjid Siti Aisyah.
Menara Masjid Siti Aisyah Tana'im. Indah tapi dalamnya agak tidak terjaga. Kotor dan berhabuk.
Information centre kat Masjid Siti Aisyah, Tana'im.
No comments:
Post a Comment