Dari dalam perjalanan dengan bas Cik Noor sempat lagi merakamkan sedikit gambar sepanjang laluan. Cantik atau tak gambar tu bukannya Cik Noor peduli asalkan kenangan itu dapat terpahat kukuh dalam diri Cik Noor... sampai bila-bila..
Bangunan ini baru siap berdekatan dengan Masjidil Haram.
Gambaran bukit-bukit di Mekah
Kawasan ini seperti suatu kawasan yang baru dirobohkan bangunan. Sisa robohan konkrit dan tetulang besi masih tertinggal dan terdapat papan amaran dipacakkan.
Bangunan ini juga mungkin masih dalam pembinaan sebab masih ada hoarding yang menghadang.
Kami dimaklumkan bahawa salah satu bangunan yang tersergam disana adalah bangunan Pejabat Tabung Haji
Panorama bandar Mekah. Rakam saja apa yang sempat rakam.
Sekitar Kota Mekah....
Di puncak tertinggi itulah terletaknya Gua Tsur tempat Rasulullah bersembunyi dari kaum Quraisy yang ingin membunuh baginda.
Terpegun dan ternganga.. (agaknyalah) bila dimaklumkan bahawa dipuncak yang tinggi itulah Rasulullah dan Syaidina Abu Bakar Bersembunyi manakala anak Syaidina Abu Bakar bernama Asma' yang sarat mengandung akan mendaki menghantar makanan sepanjang persembunyian Rasulullah itu. Subhanallah yang menciptakan setiap sesuatu...
Ya Allah.... tingginya.
Berfikir dan bermuhasabah.. kegigihan Rasulullah menyebarkan agama Allah sehingga kita menjadi umatNya..
Ada juga kenangan Cik Noor bila ada yang sudi menghulurkan bantuan mengambil gambar.
Closed-up rumput yang tumbuh dicelah-celah batu ini keras seperti daun nanas. Berduri dan tajam-tajam. Cik Noor cuba merasa dengan jari.. memang sakit bila durinya mencucuk kulit.
No comments:
Post a Comment