Tuesday 19 November 2013

TERUNG DAYAK (TERUNG ASAM SARAWAK)


Kepada yang belum biasa jumpa... "termasuklah Cik Noor".. bila diceritakan tentang Terung Dayak, maka terloponglah mulut mendengarnya.
Semasa Cik Noor tanyakan sahabat Cik Noor yang bernama Indra tentang "apa yang menarik di Sarawak?" Indra menjawab "pernah dengar tentang terung dayak?........ hmm itu pun istimewa tu."

Maka Cik Noor pun berusaha menjelajah kedai-kedai sekitar Kuching yang menjual sayur-sayuran basah. Nak ke pasar tani Cik Noor kesempitan masa. Nak tengok rupa terung dayak. Sepanjang deretan kedai yang menjual barang-barang mentah Cik Noor masuk dan scanning.... tetapi tak ada. Bila tanya orang ramai pun semua jawapan sama jer.. kat pasar tani adalah.

Terung dayak.. terung dayak.. terung dayak.... nak tanya pun kena slow-slow sebab takut tersalah sebut... Dah hampir kecewa la jugak dan Cik Noor mengarahkan kaki melangkah balik ke hotel. Tapi mata tetap melilau menscanning gerai-gerai pasar basah yang ada... Jeng...jeng... jeng tetiba Cik Noor nampak sejenis buah bulat yang berwarna kuning dan ada yang berwarna sedikit kehijauan.. hijau kuning.. Bagai nak terjerit bila Cik Noor nampak. Yakin... itulah terung dayak.  Berlari-lari Cik Noor meluru ke gerai yang dijaga oleh seorang wanita Cina pertengahan umur. Dengan gelojohnya Cik Noor terus tanya ...... "ini terung Dayak ke?"  sambil hidung kembang kempis menarik nafas kerana agak kekurangan oksigen berlari tadi.


Wanita Cina tadi macam terperanjat juga melihat reaksi Cik Noor. "Maaf, saya dari Semenanjung. Ada kawan bagitau tentang terung Dayak. Betul tak ini terung Dayak?" dengan muka tak malu Cik Noor menjelaskan.. Beberapa orang di situ juga mula kerumun Cik Noor macam menarik dengan penjelasan Cik Noor.

"Ya ini terung Dayak. Sini orang jua panggil terung asam. Sedap dimasak asam pedas, mau juga dibuat sambal bilis tuk. Kamek dulu suka sangat terung ini. Tapi kamek sakit dah sik makan asam." Wanita Cina tersebut menjelaskan.  Huhuhuhu terharu...... terharu.... terharu, akhirnya Cik Noor jumpa juga terung Dayak atau terung asam Sarawak.

"Kitak (awak) selalu masak apa? Kamek (saya) sik (tak) tahu apa masakan terung ini." Cik Noor sengaja mengajuk cakap Sarawak. Bila Cik Noor tanya betul tak cara Cik Noor cakap wanita tu kata dia faham, Cik Noor sengih.

"Asam pedas dan goreng pedas macam midin juga sedap." Cik Noor mengangguk-angguk dan sebijik terung dayak sebesar besi lontar peluru menjadi pilihan Cik Noor. Harganya RM4.50 mahal juga, tapi mungkin sebab Cik Noor orang semenanjung kot atau dia harap Cik Noor menawar harga kot.  Dengan senang hati Cik Nor pun membawa terung dayak kesana sini dan rasanya kaum Dayak yang melihat kelibat Cik Noor berjalan sepanjang jalan dengan happy membawa terung mereka (Dayak) mesti rasa bangga.

Semasa Cik Noor melintas sebuah kedai pakaian ada 2 orang wanita yang berniaga di situ menegur dan kami bersembang sikit tentang terung Dayak ini. Memang ianya terkenal dan menjadi makanan tradisional yang istimewa di sana.

Sesampai di rumah terung ini telah berwarna kuning keseluruhan dan Cik Noor masak asam pedas utara masukkan terung ini. Isi dan bijinya sama je dengan terung biasa cuma rasanya masam.  Hmm memang sedap jika kena masakannya.  Sepatutnya Cik Noor masak asam pedas Melaka dengan terung Dayak Sarawak. Memang sedap. Tak menyesal beli.  Resepi lain bolehlah tanya Pak Cik Google.

Tips: Jika sesiapa ke Sarawak bolehlah beli terung Dayak buat buah tangan juga. Bijinya boleh di tanam sebagai kenangan mengunjungi Sarawak.

9 comments:

  1. Almk rugi pulak tak beli ritu time p miri.sy mmg berkenan btl tgk terung dayak tu tp sbb xtahu benda apa time tu so xbelilah..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. humm maisarah, rasanya masam dan boleh ganti asam dlm asam pedas.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Beli terong masam yang dah masak berwarna kuning,amik biji kemudian jemur sampai kering.apa lg tanamla,aku dh try tanam mase aku duduk kt semenyih,boleh bebuah dah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. saya tanam tapi tak hidup lama. Nanti ke sana saya nak beli lah lagi. Tq simp son

      Delete
    2. Ooo.. saya tanam tapi tak hidup lama. Nanti ke sana saya nak beli lah lagi. Tq simp son

      Delete
  4. terung asam ni mmg mahal harganya..kekadang mencecah rm2 sebiji...tp itula makanan org sarawak mmg terbaik

    ReplyDelete
  5. sapa ada benih bulih share

    ReplyDelete