Thursday, 7 November 2013

RESEPI KUAH PASEMBOR ALA-ALA MAMAK PULAU PINANG

BAHAN-BAHANNYA

Bahan kisar
5 ulas bawang putih dan 2 ulas bawang besar
20gram cili kering (jika nak wangi goreng dengan minyak sekejap) jika tak suka pedas boleh kurangkan cili
100 gram udang kecil rebus sekejap tanpa cabut kepala. Kupas blend isi dan kulit udang blend kasar dan tos ambil air (nak rasa manis)
20 gram sotong kering/ udang kering (nak bagi naik bau kalau tak nak pun tak apa)
2 ketul sederhana ubi keledek-rebus dan lenyek bagi hancur
100-200 gram kacang tanah disangai dan blend. Cik noor suka banyak kacang.. kekadang Cik Noor lebihkan kacang dan kurangkan ubi kerana ubi bertindak sebagai agen pemekat kuah.

Masukkan semua bahan yang dikisar ke dalam periuk dan pastikan tidak terlalu cair (kena bagi pekat sebab nak tuang atas cucur)

Bila dah mendidih dan bau harum semerbak dan masukkan air asam jawa dan garam mengikut cita rasa. Masukkan juga sidikit gula biar ada rasa manis baru Penang mai...
 
Bila dah masak kuah bolehlah dicampurkan dengan main dishes iaitu:
Cucur udang rangup (wajib)
Tauhu goreng (Taukua)
telur rebus yang digoreng
kentang rebus yang digoreng
Hirisan sengkuang, timun, lobak merah, taugeh,
Bawang goreng dan hirisan cili ditabur atas hidangan.

jom makan....... Eloklah terasa nak berbuka dengan pasembor la pulak..

No comments:

Post a Comment