Sunday 27 April 2014

DARI SUDUT HATI PALING DALAM (MH370 dlm doa)

Berpuputnya bayu pagi 8 Mac 2014;
Membawa khabar yang menggoncang dunia;
Sapaan dingin berselang sejuk bayu musim angin Timur yang kian berakhir;
Adalah bukti pada sebuah kehilangan yang tersangat hilang.

Musim angin Timur
Perjalanmu juga ke Timur
Dan penumpangmu juga ramai dari Timur
Seperti sebuah janji yang termatri sekian lama
Sebuah takdir yang telah tertulis
............... mempunyai takdir yang sama pada masa yang sama

Thursday 17 April 2014

KEMBARA DI BUMI VIETNAM-UMUM

11 April 2014 awal pagi lagi Cik Noor sudah bangun dan bergerak menuju ke Bagan seawal 4.30 a.m. Jam 5.00a.m bas yang Cik Noor naiki bergerak menuju KLIA untuk Cik Noor dan kawan-kawan berangkat ke Ho Chi Minh City, Vietnam untuk melancong.

 Ho Chi Minh City yag terletak di Vietnam Selatan atau nama asalnya Sai Gon adalah bandar terbesar di Republik Sosialis Vietnam. Dalam peta diatas menunjukkan negeri-negeri atau province di Vietnam. Vietnam adalah negara paling timur di Semenanjung Indochina yang bersempadan dengan China di utara, Cambodia di barat dan Laut China Selatan di timur. Bila Cik Noor meneliti peta Vietnam, rasa sebak kerana di Laut Cina Selatan sempadan Vietnam pesawat MH370 MAS diberitakan hilang dari radar pada 8 Mac 2014 iaitu 2 hari selepas Allahyarham ayahanda Cik Noor dijemput kembali ke rahmatullah.

Ibu negara Vietnam ialah Ha Noi yang terletak di Vietnam Utara. Vietnam merupakan negara 1 parti iaitu Komunis. Motto negara Vietnam ialah "Kemerdekaan, Kebebasan, Kebahagiaan." Iklim Vietnam ialah iklim tropika namun terdapat kepelbagaian iklim kerana topografi dan kedudukannya di latitut yang berbeza. Vietnam selatan lebih kepada iklim monsun sama seperti Malaysia tetapi bahagian utara adalah beriklim 4 musim.

Cik Noor akan tuliskan pengalaman Cik Noor disana dalam entry seterusnya... teruskan klik klik pada topik pilihan kawan-kawan ya untuk dapatkan tips melancong dan mebeli belah di Vietnam..