Sunday 28 October 2012

Handmade Brooches : Pilih Warna Kegemaran Anda

Terima kasih kepada pelanggan yang telah membeli dan membuat tempahan hand made brooch. Kepada keluarga
Boleh buat pesanan dalam jumlah minima 10 unit sahaja untuk menikmati tawaran harga lebih istimewa(tidak termasuk kos penghantaran).


Harga borong : RM1.00/unit
Harga biasa : RM2.00/unit @ RM3.00 sepasang
email :ciknoor71@yahoo.com /ciknoor71@gmail.com
sms 019-5717600


InsyaAllah harga masih boleh dirundingkan.








































Handmade Brooches: More Colour

For your choice............... choose your favourite colour :)

Iktikaf di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi)

Assalamualaikum.
Pada 24 Oktober 2012, Cik Noor berkesempatan untuk singgah solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali juga dengan nama Masjid Besi di Putrajaya.
Konsep senibina masjid ini adalah berbeza dengan masjid-masjid lain yang ada di Malaysia kerana ianya berkonsepkan terbuka.

Ianya dibina tanpa dinding konkrit di mana ruang solat utama dikelilingi dengam kolam buatan yang dipenuhi air yang berfungsi sebagai pemisah antara ruang solat dengan koridor bagi menggantikan dinding.  Selain itu juga air berfungsi sebagai agen penyejuk di mana masjid ini tidak dipasangkan pendingin hawa kecuali kipas angin dan penyejuk yang dipasang di tiang-tiang sahaja sahaja.

Di ruang solat utama pula, tiada dinding pemisah ruang solat wanita dengan lelaki.  Hanya ditandakan dengan tali pemisah. Tetapi jemaah wanita boleh memilih untuk solat diruang tambahan untuk wanita sahaja di aras atas. Cik Noor memilih untuk solat di ruang solat bahagian atas. Cik Noor terpegun dengan senibina dalaman siling masjid. Memandangkan waktu solat telah masuk dan Cik Noor tidak mempunyai masa yang banyak, Cik Noor hanya sempat snap 3 keping gambar ini. InsyaAllah Cik Noor akan datang lagi ke masjid ini kerana ianya lebih selesa daripada Masjid Putrajaya kerana bukan menjadi tumpuan pelancong. Lebih selesa untuk beriktikaf.


Tiang-tiang yang menyokong siling seperti bahagian dalam payung.

Di bahagian tengan siling kubah diukirkan nama ALLAH..

Saturday 20 October 2012

How To Make Wool Handmade Brooches


KNITTING YARN HANDMADE BROOCHES


BENANG -WOOL
JARUM KAIT- CROCHET HOOK (N0.1)
GUNTING -SCISSOR
BUTANG- CLOTHES BUTTON
BROOCH PIN
GLUE GUN & GLUE STICK

Step 1: kaitkan asas sebanyak 7 kait

Step 2 : bentukkan gelung dan mula bentukkan kelopak bunga untuk saiz kecil-3 kali dan untuk sais besar 5 kali

Step 3: bentukkan asas untuk kelopak luar yang lebih besar. bentukkan kelopak bunga lapisan kedua. Untuk saiz kecil -5 kali dan untuk saiz besar 7 kali.

Step 4: lekatkan butang mengikut pilihan warna yang sesuai menggunakan glue


Step 5 : lekatkan juga pin di bahagian belakang (maaf tidak dapat ditunjukkan kerana pin yang dibeli belum sampai)
Selamat mencuba...........
Muahhh... Cik Noor harap panduan ini berguna..