Thursday 4 October 2012

MAJLIS FATWA :SYARAT-SYARAT PELABURAN EMAS

ASSALAMUALAIKUM,

Cik Noor nak berkongsi apakah yang menyebabkan Cik Noor tidak berminat menyertai skim pelaburan emas online yang diterangkan kepada Cik Noor.

PERTAMA

Cik Noor bukannya banyak duit sangat. Apa yang ada sekadar untuk jaminan sekiranya apa-apa berlaku kat Cik Noor atau keluarga. Sekurang-kurangnya simpanan itu boleh dikeluarkan bila-bila masa jika perlu. Tak adalah nak tunggu masa yang lama nak dapatkan wang tunai.

KEDUA

Cik Noor selalu memohon supaya Allah mengurniakan rezeki yang halal dekat Cik Noor. Cik Noor menjadikan doa Dhuha sebagai panduan untuk Cik Noor dalam mencari rezeki yang di redhai dan berkat.

KETIGA

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13-15 Oktober 2011 berkaitan PARAMETER PELABURAN EMAS seperti berikut :

1. Harga belian yang jelas
2. Barang Belian hendaklah suatu yang wujud dan dimiliki oleh penjual ketika kontrak jual beli berlangsung.iaitu pembeli melihat sendiri barang tersebut atau melihat sample atau menentukan sifat-sifat terperinci.
3.Sighah iaitu keredhaan kedua-dua pihak (sama ada secara serah-hulur atau aqad secara lafaz jual-beli) dan tidak bertempoh.
4. Jual beli emas (item ribawi) kena mematuhi syarat berikut :
i)taqabudh (penyerahan) sebelum kedua-dua pihak meninggalkan majlis aqad
ii)jual beli emas tidak boleh berlaku sebarang penangguhan
(untuk penjelasan lanjut sila  rujuk http://www.e-fatwa.gov.my)

Dengan hujah yang kukuh ini Cik Noor tidak langsung berminat melabur dalam pelaburan yang shubhah ini. Syukurlah Cik Noor tidak perlu menanggung kerugian sebagaimana rakan-rakan lain.

Pesanan buat teman-teman, jika nak mencari rezeki maka selidikilah punca dan hukum rezeki tersebut. Wallahu a'lam...

No comments:

Post a Comment