Thursday, 4 October 2012

KHAZANAH ALAM- BAKTI DISEMAI BUDI DITUAI

Menjengah keluar ke belakang rumah yang telah lama tidak dilawati. Rupa-rupanya pokok buah naga /pitaya merah sedang lebat berbunga. Wah.. kudup-kudup bunga sebesar tapak tangan terayun-ayun dipuput angin pagi. Cepat-cepat Cik Noor dapatkan kamera untuk merakamkan gambar-gambar yang menggembirakan hati Cik Noor.  Tak lama lagi keluarga Cik Noor akan dapat menikmati buah pitaya merah yang manis ini lagi. Syukur, 2 rumpun pitaya yang ditanam tidak jemu-jemu berbuah.."ramah" mengikut istilah ibu Cik Noor. Sempat juga Cik Noor rakamkan suasana sekitar untuk tatapan Cik Noor sendiri bila merindui suasana damai ini. Ahhhh... segarnya udara pagi di kampung Cik Noor...
Satu dari 2 pokok pitaya yang ditanam

Pokok Pitaya (buah naga) lebat berbunga

Putik buah pitaya yang baru saja terbentuk

Pokok Jarak di mana buahnya boleh menghasilkan biodiesel

Suasana di belakang rumah Cik Noor yang mendamaikan

Pucuk Putat yang sesuai dibuat ulam atau kerabu

No comments:

Post a Comment