Friday 23 November 2012

RESEPI MASAK ASAM IKAN MASIN RINGKAS

Jika Cik Noor demam pastinya resepi ini akan Cik Noor sediakan untuk dimakan dengan nasi panas atau bubur.

Dari dapur Chomel Cik Noor ............ tadaaaaaa..........

MASAK ASAM IKAN MASIN

Bahan :

100 gram isi ikan talang masin dipotong dadu (Ikan duri masin pun boleh -dipotong-potong anggaran 1 inci)
2 biji bawang besar di hiris
4 ulas kecil bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris memanjang
3 biji cili kering dipotong-potong anggaran 1 cm (boleh juga guna cili padi jika suka pedas)
1 cawan air asam jawa
minyak untuk menggoreng ikan dan menumis

Cara-caranya:
1. Goreng ikan sehingga kekuningan. Jangan terlalu garing. Angkat dan dimasukkan ke dalam piring.
2. Gunakan kuali yang sama tetapi kurangkan minyak sebingga cukup untuk menumis.
3. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering. kacau hingga layu dan naik bau.
4. Masukkan ikan yang digoreng dan air asam jawa. Reneh sebentar dengan api yang sederhana. Apabila rasa ikan masin telah bercampur dengan air asam bolehlah dipadamkan api. Resepi ini tak perlu garam sebab air garam dari ikan masin mencukupi.
5. Hidangkan dengan kreativiti anda.
Selamat mencuba resepi yang ringkas dan sebagai pembangkit selera.  :-)

Tuesday 20 November 2012

RESEPI NASI GORENG SARDIN RINGKAS

Bagi Cik Noor masa adalah sesuatu yang paling berharga. Kekadang Cik Noor tak sempat nak memasak dengan sempurna tetapi Cik Noor lebih suka makan masakan sendiri. Ini antara resepi tangkap muat yang Cik Noor akan buat jika masa memang tinggal nyawa-nyawa ikan. Tempoh menyediakan masakan ini hanya 10 minit sahaja dengan syarat bila balik kerja singgah siap-siap beli barang dan pastikan nasi sejuk dah ready kat rumah.  Kalau tak de nasik sejuk huhuhu.... 30 minit lum tentu siap.

DARI DAPUR SI CHOMEL CIK NOOR...................... tadaaaaa...........

NASI GORENG SARDIN RINGKAS

Hidangan untuk 4 orang

2 mangkuk (sederhana) nasi
8 biji cili padi dihiris halus (lebihkan jika nak pedas)
1 ulas bawang merah dihiris untuk tumis
3 ulas bawang putih (ulas kecil)
1 biji limau kasturi/ 1 sudu besar air asam jawa yang cair - tujuan untuk hilangkan bau hanyir sardin dan menambah rasa
1 tin kecil sardin Adabi atau Pertima (biasanya ada 3 ketul ikan sardin)
2 batang kacang panjang dipotong kecil 1/2 cm (atau lain-lain sayuran yang digemari dan sesuai antaranya kacang buncin/kacang kelisa/sawi/mix vegi)
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1.Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu sedikit dan naik bau.
2. Masukkan hirisan cili padi kacau sebentar hingga layu sedikit dan masukkan isi ikan sardin ke dalam tumisan tadi dan hancurkan dengan sudip. Perah liamu kasturi/masukkan air asam.
3. masukkan nasi dan kacau hingga semuanya sebati.
4. Masukkan kacang panjang /sayur dan kacau lagi.
5. masukkan garam secukup rasa dan kacau.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan penuh kebanggaan.

SELAMAT MENCUBA.............. RINGKAS TETAPI ENAK.......

Monday 5 November 2012