Tuesday, 20 November 2012

RESEPI NASI GORENG SARDIN RINGKAS

Bagi Cik Noor masa adalah sesuatu yang paling berharga. Kekadang Cik Noor tak sempat nak memasak dengan sempurna tetapi Cik Noor lebih suka makan masakan sendiri. Ini antara resepi tangkap muat yang Cik Noor akan buat jika masa memang tinggal nyawa-nyawa ikan. Tempoh menyediakan masakan ini hanya 10 minit sahaja dengan syarat bila balik kerja singgah siap-siap beli barang dan pastikan nasi sejuk dah ready kat rumah.  Kalau tak de nasik sejuk huhuhu.... 30 minit lum tentu siap.

DARI DAPUR SI CHOMEL CIK NOOR...................... tadaaaaa...........

NASI GORENG SARDIN RINGKAS

Hidangan untuk 4 orang

2 mangkuk (sederhana) nasi
8 biji cili padi dihiris halus (lebihkan jika nak pedas)
1 ulas bawang merah dihiris untuk tumis
3 ulas bawang putih (ulas kecil)
1 biji limau kasturi/ 1 sudu besar air asam jawa yang cair - tujuan untuk hilangkan bau hanyir sardin dan menambah rasa
1 tin kecil sardin Adabi atau Pertima (biasanya ada 3 ketul ikan sardin)
2 batang kacang panjang dipotong kecil 1/2 cm (atau lain-lain sayuran yang digemari dan sesuai antaranya kacang buncin/kacang kelisa/sawi/mix vegi)
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1.Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu sedikit dan naik bau.
2. Masukkan hirisan cili padi kacau sebentar hingga layu sedikit dan masukkan isi ikan sardin ke dalam tumisan tadi dan hancurkan dengan sudip. Perah liamu kasturi/masukkan air asam.
3. masukkan nasi dan kacau hingga semuanya sebati.
4. Masukkan kacang panjang /sayur dan kacau lagi.
5. masukkan garam secukup rasa dan kacau.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan penuh kebanggaan.

SELAMAT MENCUBA.............. RINGKAS TETAPI ENAK.......

No comments:

Post a Comment