Bismillahirrahmanirrahim. Marilah sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada penghuni Jannatul Baqi' sempena anda membaca kisah yang Cik Noor akan lakarkan ini.
Alhamdulillah dapat juga Cik Noor snapkan gambar perkuburan Baqi' yang berhampiran Masjid Nabawi Madinah. Actually, jemaah wanita tidak dibenarkan masuk ke kawasan perkuburan tetapi boleh berada di luar pagar perkuburan Baqi' untuk menjengah dari luar pagar. Cik Noor amat faham dan tidaklah terburu-buru menggesa jemaah untuk mengunjungi perkuburan Baqi' walau pun dalam hati bagai meronta-ronta untuk menjejakkan ke tanah perkuburan yang mulia iaitu yang mana penghuninya adalah antara yang awal akan dibangkitkan di hari Qiamat. Di sinilah dikebumikan para isteri Rasulullah (Kecuali ummul mukminin Saidatina Khadijah yang dikebumikan di perkuburan Ma'la Mekah), putera-puteri serta cucu Rasulullah saw, para sahabat dan muslimin muslimat yang meninggal dunia di Madinah. Sepanjang berada di Madinah dan Mekah setiap kali selepas solat fardhu akan disusuli dengan solat jenazah. Kemudian jenazah itu akan dibawa dan disemadikan di perkuburan Baqi' yang bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Majlis pengkebumiannya cukup ringkas dan pantas. Tidaklah disulami talkin mahupun acara renjis air mawar dan bunga-bungaan seperti di Malaysia.
Cik Noor mengambil kesempatan merakamkan beberapa keping gambar kenangan untuk memahatkan ingatan Cik Noor ke tempat yang Cik Noor impikan selama ini.
|
Ini adalah dikawasan paling hujung. Lazimnya pengunjung akan berada di kawasn bertentangan Masjid iaitu di sebelah sana. Nun dihujung pagar kelihatan Masjid Nabawi |
|
Cik Noor tak pasti binaan yang dibuat ditepi pagar perkuburan ini mungkin untuk jemaah menziarahi kuburan dan membacakan doa. |
|
Rakaman gambar dari atas bas ketika dalam perjalanan ke Masjid Quba'. Ketika ini jam 7 pagi. |
|
Al-Fatihah dan salam buat insan-insan yang disemadikan di perkuburan mulia ini. |
|
Cemburunya Cik Noor kepada penghuni kuburan mulia ini. Jannatul Baqi' kuburan mulia. Cemburu kerana jenazah mereka disolatkan oleh jutaan jemaah di masjid yang mulia dan dikuburkan dikuburan mulia. Namun InsyaAllah iman dan taqwa akan tetap menjadi perthitungan kemuliaan hamba di hadapan Allah. |
|
Gambar di share dari blog lain gmbaran bahagian dalam kuburan Baqi' |
|
Hanya batu pejal sebagai nisan. Tiada hiasan indah di atas kuburan yang mulia ini. Kekal begini selamanya. |
No comments:
Post a Comment