Jalan raya dalam bandar Madinah tidak dicat tetapi digantikan dengan penanda berbentuk bulat yang ditanam di atas jalan. Lihat bulatan-bulatan kecil kuning di atas jalan yang menggantikan cat jika di Malaysia. Mungkin kerana ianya tahan dan tidak terkambus dek pasir kerana bentukknya yang melengkung seperti "button".
Sebelah kiri ialah kawasan lapang dijadikan padang bola. Di sini penduduk akan ber"rehlah" pada waktu malam atau musim dingin. Dalam musim panas penduduk di sini akan tidur selepas subuh kerana waktu malam yang pendek dan sejuk mereka akan beraktiviti.
Bangunan-bangunan moden dan komersial banyak terdapat di sepanjang jalan bandar Madinah
Beberapa lokasi riadah yang dijaga dengan baik
Masih pesat dibangunkan dengan bangunan-bangunan menjulang tinggi.
Mazra'ah atau ladang kurma. Madinah terkenal dengan kurma bermutu tinggi terutamanya kurma ajwa (dikenali sebagai kurma nabi oleh orang Malaysia). Kurma di tanam di kawasan wadi/lembah berair/aosis kerana ia memerlukan tanah yang sentiasa lembab. Ketika bulan Jun dan Julai merupakan waktu kurma sedang masak yang mana cuacanya amat panas sekali. Semasa Cik Noor berada di sana suhu tertinggi yang dapat Cik Noor catatkan ialah 54 celcius.
Gambar atas menunjukkan garisan tunjuk arah dan garisan parking yang ditanda dengan "button".
BUKIT MAGNET
(atau mungkin Optical Illusion di atas kekuasaan Allah jua)
Bila diumumkan bahawa ziarah kedua akan membawa kami ke Bukit Magnet Cik Noor sudah makin teruja. Tidak ramai rakan-rakan Cik Noor yang datang ke sini tidak dibawa ke kawasan ini kerana ianya terletak agak jauh dari Madinah. Cik Noor ingin sangat merungkaikan misteri yang bersarang di dalam pemikiran Cik Noor ini. Walau pun jika ianya adalah suatu optical Illusion tetapi ianya memang menakjubkan.
Bukit Magnet terletak di luar Tanah Haram iaitu lebih kurang 30km ke arah kota Tabuk. Jika dari Madinah kedudukan Bukit tersebut akan berada di belakang dan bas terpaksa melawan tarikan graviti Buki Magnet menyebabkan bas tersebut terasa amat berat hanya mampu bergerak pada kelajuan maksimum 60-70 km/jam walau pedal minyak ditekan sehingga maksimum. Manakala jika ingin kembali ke Madinah kedudukan pusat daya tarikah graviti bukit Magnet berada di hadapan dan bas yang Cik Noor naiki bergerak pada kelajuan 110km/jam pada kedudukan "free gear". Kawasan yang diliputi oleh kuasa tarikan graviti bukit magnet adalah lebih kurang 2 km atau lebih. Sempat juga Cik Noor menjeling meter dan pedal minyak bagi memastikan pemandu itu bercakap benar. Ya memang benar, MasyaAllah.. Subhanallah.
Teringat Cik Noor tentang kisah bukit Magnet di Sarawak iaitu ianya adalah disebabkan ilusi mata kita akan nampak bukit itu menurun tetapi sebenarnya dalam kedudukan menaik. Hanya ilusi kita akan melihat seperti kawasan rendah sebenarnya tinggi tetapi kedudukan asalnya adalah sebaliknya. Dari pancaindera kasar Cik Noor, kawasan tersebut adalah kawasan yang landai tetapi kemungkinan juga ia sebenarnya adalah kawasan menaik bukit dan menurun bukit. Kalaulah ada sesiapa yang pergi kesana lagi Cik Noor berharap sangat dapat menrungkaikan misteri nusantara yang mengelabui kepala Cik Noor ni. Bawa penyukat air/ sebotol air mineral yang telah diminum airnya separuh untuk dibuat alat penyukat.
Cik Noor seperti ingin merungkaikan sesuatu yang berselirat dalam fikiran Cik Noor sendiri. Ketika berada di sana tak ler pulak bawak botol air mineral yang selalu ada dalam beg... alahaiiii.. balik Malaysia rasa nak pi la pulak sukat air kat bukit magnet. Kena la pulak Cik Noor kumpul duit untuk ke sana InsyaAllah untuk buat Haji la pulak nanti.
Pokok-pokok yang di tanam di kawasan perkelahan Bukit Magnet kini kawasan ini mula popular di kalangan penduduk Madinah dan kawasan ini dijadikan kawasan perkelahan mereka dan ditanam dengan pohon-pohon rendang yang diselia dengan baik.
Tiang tanda sempadan kawasan tarikan graviti bukit Magnet
Sepanjang perjalanan ke bukit Magnet ini para jemaah dihidangkan dengan jajaran bukit-bukit batu yang terdapat dicelah-celahnya sedikit tumbuhan rumput-rumput yang kering kerana ketika Cik Noor berada di sana adalah musim panas. Walau pun begitu kegaringan panas tidak menghadkan aktiviti luar jemaah Az-Zuha yang masing-masing begitu bersemangat menjelajah seluruh pelosok muka bumi Haramain ini.
Bukit-bukit bongkah batu yang mengepung kawasan bukit Magnet adalah terdiri dari mendapan larva gunung berapi. Jika lihat secara biasa gambar yang Cik Noor Ambil ini adalah pada kedudukan Cik Noor berdiri di atas tanah dan camera yang Cik Noor pegang adalah pada posisi paling rata/sama dengan mengukur kedudukan pokok yang tegak tetapi kedudukan yang menarik pergerakan objek bergolek adalah ke arah bahagian yang kelihatan tinggi. Mungkin inilah yang dinamakan optikal illusion yang belum dapat Cik Noor jelaskan di sini kerana Cik Noor tidak membawa sebarang alat pengukur.
Inilah kawasan perkelahan penduduk di sini. Jika kita berkelah di kawasan air terjun tetapi penduduk Madinah akan berkelah di kawasan ini pada waktu malam hari. Mereka akan berBBQ, berkhemah dan membuat aktiviti-aktiviti riadah di kawasan ini.
Dikawasan ini enjin bas dimatikan di kawasan menurun bukit tetapi bas yang Cik Noor naiki setelah di matikan enjin ditarik dari belakang mendaki semula bukit kecil/gon seperti pemandu bas sedang reverse. Cik Noor menjeling juga lihat kepada gear yang berkedudukan neutral dan enjin dimatikan. Memang sah bukan reverse. Tetapi kami tidak dibenarkan turun kerana sudah ada kemalangan maut yang mana pelawat turun dari bas dan berdiri di belakang bas untuk mengambi gambar tidak menyedari bas bergerak sendiri. Dari atas Bas Cik Noor dapat juga saksikan beberapa orang Arab menuangkan air di atas jalan dan air tidak mengalir menuruni gon sebaliknya ditarik naik ke atas gon.
Subhanallah, mungkinkah ini suatu ilusi optik yang disebut-sebut di mana secara optikalnya kita akan melihat kawasan yang tinggi seperti rendah tetapi kawasan yang rendah seperti tinggi. Sementelah pula kawasan ini landai kemungkinan pada kedududukan sebenarnya ianya kawasan menurun dan menaik bukit yang tinggi. Walaupun ianya sekadar ilusi optik tetapi Cik Noor tetap ta'ajub kerana Allah berkuasa di atas penciptaan yang secara kasarnya menipu otak kita untuk mentafsirkan maklumat yang dihantar oleh pancaindera mata ke otak. Jika kita berziarah dengan niat melihat kebesaran Allah maka kita akan dapat suatu "feel" yang tiada suatu ayat yang dapat menceritakannya. Maha suci Allah yang mengetahui setiap sesuatu yang diluar kemampuan manusia. Allah menjadikan setiap sesuatu supaya manusia berfikir dan bukan hanya menerima sesuatu itu dengan tanpa ususl periksa.
No comments:
Post a Comment