Dari lensa kamera kecil Cik Noor yang dapat Cik Noor rakam sebagai catatan travelog Umrah Az-Zuha 4-14 Jun 2013. Suatu pengalaman yang sukar Cik Noor lupakan sepanjang hayat Cik Noor dalam menyelusuri sirah Rasulullah yang kita kasihi. Cik Noor catatkan setiap butir bicara mutawwif dan kisah-kisah yang dikhabarkan sebagai suatu iktibar dan keinsafan dalam diri Cik Noor yang tak punya apa-apa ini.
Masjid Uhud tempat dimana Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib gugur syahid dan jasad beliau dibelah oleh Hindun lalu diambil hati beliau lalu dimamah oleh Hindun. Gambar ini diambil dari kawasan parking bas-bas jemaah yang melawat medan Uhud. Kawasan ini juga sedang dibuat pembinaan dan pengubahsuaian. Kelihatan bangunan yang sedang dalam pembinaan. Banjaran gunung ganang batu di keliling medan ini ialah Banjaran Uhud nama peperangan ini diambil dari nama banjaran perbukitan Uhud tersebut.
Bangunan-bangunan kecil ini baru siap dibina kelihatan seperti gerai/kiosk kecil masih belum digunakan.
LANTAI......... Keseluruhan kawasan ini telah jadikan dataran kejat. Inilah keterujaan Cik Noor dan bukti tapak kaki Cik Noor telah sampai memijak tanah yang dipijak oleh para pejuang Muslimin dan bertempur dengan kafir Quraisy. Mungkinkah jua di tempat Cik Noor berpijak ini tempat Rasulullah atau para sahabat berpijak atau mungkin di sini ada yang syahid (siapa tahu). Ini adalah kawasan medan peperangan yang dulunya di tanah inilah Rasulullah memerangi kaum kafir. kawasan tersebut telah disimen dgn batu-batu. Walau bagaimana pun inilah sebenar-benarnya medan Peperangan Uhud yang telah Cik Noor berpijak di atasnya. Macam tak percaya.......... malah macam terbayang bala tentera yang sedang beradu senjata perang....
SEJARAH PEPERANGAN UHUD
dipetik dari wikipedia
Perang Uhud ( غزوة أحد Ġazwat ‘Uḥud) berlaku pada 3 Syawal tahun ketiga hijrah (19 Mac 625 M) antara tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy. Perang Uhud adalah pelantar untuk orang Quraisy membalas dendam terhadap kekalahan mereka ketika Perang Badar. Dinamakan Perang Uhud kerana ia berlaku di sebuah tempat yang dikelilingi Banjaran perbukitan Uhud.
Pertempuran ini awalnya disertai 1000 orang tentera Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad saw menuju ke Uhud tetapi hanya 700 orang sahaja yang berjaya sampai ke
medan Uhud. Hal ini kerana di pertengahan jalan seramai 300 orang telah
berpatah balik ke Madinah setelah dihasut oleh Abdullah bin Ubai ketua kaum munafik Madinah manakala tentera kafir Quraisy yang diketuai oleh Abu Sufian bin Harb adalah seramai 3000 orang.
Strategi Nabi Muhammad
Nabi Muhammad saw telah menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan
iaitu pasukan kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan
pemanah seramai 50 orang telah ditempatkan di atas bukit pemanah/ Jabal Rumah. Semua
tentera pemanah tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing
kecuali dengan arahan baginda sama ada kalah atau menang.
Peta Peperangan
Peta di atas menunjukkan kedudukan tentera Muslim dan Quraisy serta pergerakan Quraisy menyerang hendap tentera Muslim.
Pertempuran bermula dengan perang satu lawan satu antara kedua pihak yang
dimenangi pihak Muslim. Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula
bertempur, dengan tentera Muslim berjaya menggoyahkan tentera musyrikin Quraisy. Pasukan pemanah Muslim lalu turun dari Bukit Uhud apabila melihat
tentera Quraisy lari meninggalkan medan perang. Mereka leka berebut-rebut
mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan sehingga mereka lupa
larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan kubu mereka di atas bukit walau apapun yang berlaku.
Apabila melihat tentera Islam turun dari Bukit Uhud, Khalid bin Al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy bertindak balas mengelilingi bukit dan
melakukan serang hendap dari arah belakang. Dalam serangan tersebut,
tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad saw telah terbunuh. Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir.
Walau bagaimanapun, Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan
dilindungi beberapa orang sahabat. Dalam keadaan yang sangat genting
itu, Ubai bin Khalaf menghampiri Nabi Muhammad untuk membunuh baginda.
Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang tombak dan terus merejam leher
Ubai bin Khalaf lalu membunuhnya. Beliau adalah satu-satunya orang yang
dibunuh oleh Nabi Muhammad saw sepanjang hayatnya. Beberapa orang sahabat telah terbunuh ketika bertindak melindungi Rasulullah dengan membuat perisai, namun baginda mengalami luka pada muka, bibir ,
kedua-dua lutut , pipi dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam
perangkap yang digali oleh Abu Amar Al Rahab.
Selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya berundur
ke Uhud di mana mereka berkumpul semula. Menaiki kuda, pasukan Quraisy
gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut
mereka. Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak
terus mengejar tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan di pihak Quraisy.
Ketika ini jam lebih kurang 9.30 pagi tetapi matahari telah tegak di atas kepala. Lihat kedudukan bayang-bayang Adik Aliff dan uminya. |
Puncak berbatu yang agak landai kemungkinan disebabkan sering didaki menyebabkan keadaan batunya agak semakin rata. |
Jabal Rumah/Bukit Pemanah dari jauh berada ditengah-tengah medan dan bersambung di bahagian belakangnya dengan banjaran. Kini banyak banjaran telah diratakan dan dibina jalan raya. |
Dari kaki bukit sebelum mendaki. |
Cik Noor bersama ibu saudara dan adik lelaki Cik Noor. Kepanasan menyebabkan mata tidak dapat dibuka kerana silau. Semua mata yang bulat dah jadi sepet. |
Lokasi tentera pemanah yang strategik kerana dari atas bukit dapat diperhatikan sekeliling kawasan medan pertempuran. |
Dari atas bukit kelihatan sebelah kiri dalam pagar merupakan kuburan syuhada yang juga merupakan medan uama pertempuran Uhud. Terdapat sebuah bangunan yang besar sedang dalam pembinaan. |
Tentera yang terbunuh
Jabal Uhud menjadi saksi gugurnya 70 syuhada iaitu 64 al-Ansar dan enam al-Muhajirin, berbanding 22/23 kematian tentera musyrikin Quraisy dalam peperangan itu. Antara para sahabat yang gugur syahid ialah bapa saudara nabi Sayyidul Syuhada Hamzah ibn Abdul Muttalib, Abdullah ibn Jahsy al-Asadiy, Mus'ab ibn 'Umair al-'Abdariy serta saudara susuan nabi Othman bin Mas'ud.
Mus'ab ibn 'Umair al-'Abdariy merupakan antara kaum Muhajirin Mekah yang berhijrah ke Madinah. Beliau adalah seorang yang kaya raya sebelum berhijrah sehingga diriwayatkan bahawa sekiranya Mus'ab berjalan di jalanan dan setelah sekian lama beliau melalui jalan tersebut bau minyak wanginya akan kekal dapat dihidu kerana minyak wanginya adalah yang terbaik dan mahal. Tetapi setelah berhijrah beliau meninggalkan semua kekayaan dan memilih beriman kepada Allah dan hidup dalam keadaan yang tidak mempunyai harta dunia.
Abdullah ibn Jahsy al-Asadiy pula tubuh badannya dikelar-kelar sehingga tiada siapa yang mengenalinya kecuali anak beliau Jabir ibn Abdullah hanya mengecam jenazah beliau melalui cincin yang dipakai oleh beliau. Sewaktu operasi memindahkan jenazah para syuahada Uhud dari maqam asal ke maqam yang sekarang ini Jabir telah melihat sendiri jasad Abdullah tidak berubah seperti ketika beliau dimaqamkan kecuali kuku dan rambut beliau menjadi panjang. (Wallahu a'lam)
Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib telah mati terbunuh oleh seorang hamba bernama Wahsyi. Wahsyi telah membaling lembing lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah. Selepas peperangan, Hindun telah merentap hati Saidina Hamzah lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya. Lokasi gugurnya Saidina Hamzah dibinakan masjid. tetapi semasa ziarah Az-Zuha Travel tapak masjid tersebut sedang dalam proses pengubahsuaian.
Nabi Muhammad berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang. Sesungguhnya para syuhada itu tidak mati.
Nabi Muhammad berasa amat sedih dan memerintahkan agar semua yang syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika berperang. Sesungguhnya para syuhada itu tidak mati.
Jabal Uhud berserta kesan sejarahnya, mempunyai kelebihan dan keistimewaan seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Uhud adalah bukit yang mencintai kami dan kami mencintainya" (Hadis riwayat al-Bukhariy)
Umat Islam juga disunatkan menziarahi makam syuhada Uhud untuk memberi salam dan berdoa kesejahteraan syuhada. Dalam hadis diriwayatkan 'Ubadah ibn al-Somit, beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW sering menziarahi makam syuhada Uhud dan mengucapkan salam dengan ucapan, "Selamat sejahtera buat kamu di atas kesabaran kamu, dan nikmatilah sebaik-baik tempat tinggal (syurga)."
Umat Islam juga disunatkan menziarahi makam syuhada Uhud untuk memberi salam dan berdoa kesejahteraan syuhada. Dalam hadis diriwayatkan 'Ubadah ibn al-Somit, beliau berkata, bahawa Rasulullah SAW sering menziarahi makam syuhada Uhud dan mengucapkan salam dengan ucapan, "Selamat sejahtera buat kamu di atas kesabaran kamu, dan nikmatilah sebaik-baik tempat tinggal (syurga)."
Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang
hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan
yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini
memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya
kepentingan taat kepada Allah dan Rasul-Nya, selain ketua yang dilantik.
Bahagian dalam perkuburan Syuhada Uhud. Tiada sebarang batu tanda atau binaan di atas kuburan besar ini. |
Papan tanda peringatan dalam pelbagai bahasa bagi melarang perbuatan kurafat. Bahasa Melayu pun ada. |
Peringatan dalam bahasa Melayu tentang tatacara dan amalan mengunjungi Kuburan Syuhada ini. |
Mutawif memberikan penjelasan kepada jemaah. |
Bahang panas yang membakar kulit ini jugalah yang dirasai oleh Rasulullah dan para syuhada serta sahabat. Jika kita tidak mampu melaluinya amat lemahlah kita sebenarnya. |
Inilah puncak tertinggi Bukit Pemanah di medan Uhud. Tiada sebarang tumbuhan malah semuanya batu-batu pejal yang tajam dan keras. |
Maqam Syuhada Uhud kelihatan keseluruhan kawasan ini terkepung oleh bajaran perbukitan Uhud. |
No comments:
Post a Comment