Saturday 1 February 2014

PERIHAL ISTANA NEGARA MALAYSIA



Entry kali ini Cik Noor nak ceritakan sikit kekaguman Cik Noor berkenaan Kompleks Istana Negara Jalan Duta yang  merupakan sebuah kompleks yang menempatkan Istana Negara yang terletak di Jalan Duta Kuala Lumpur. Istana Negara ini digunakan secara rasminya sebagai tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong dan Raja Permaisuri Agong mulai 15 November 2011 menggantikan Istana Negara Jalan Syed Putra. 

Sebuah sejarah tercipta dalam sistem beraja di Malaysia dan Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan Yang Dipertuan Agong pertama bersemayam di Istana ini dan Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Agong ke 14 akan diadakan di Istana baru ini.

Istana Negara Jalan Duta ini mempunya tiga komponen utama iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja dan Komponen Pentadbiran.

Istana Negara ini mempunyai 3 jalan masuk utama terdiri daripada pintu gerbang Masuk Utama yang menggunakan jalan masuk bertingkat dari Jalan Duta. Jalan ini merupakan jalan yang digunakan oleh Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan Permaisuri-permaisuri, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan juga Ketua Kerajaan.


Pintu 2 yang terletak di Jalan Semantan -Dungun merupakan jalan kegunaan tetamu-tetamu Diraja.


Pintu 2 pada 2 Disember 2013.

Pintu 3 yang terletak di Jalan Sri Hartamas Mont Kiara adalah untuk kegunaan rakyat yang ingin berurusan dengan Yang Dipertuan Agong, Raja Permaisuri Agong dan Pentadbiran Istana Negara.  Pembinaan istana yang baru ini adalah bagi menggantikan Istana Negara Lama yang telah digunakan sejak tahun 1928. Kompleks Istana Negara Baru ini dibina di atas tanah seluas 241.3 ekar yang dibahagi kepada 4 sayap termasuk kawasan meletak kenderaan. Keluasan lantai Istana Negara dan bangunan di dalamnya ialah 90,082 meter persegi. Istana ini menelan belanja sebanyak RM 812 juta. Kontrakor utama pembinaan istana ini adalah Maya Maju Sdn Bhd dengan kontrak bernilat RM650 juta. Manakala pembinaan lebuh raya bertingkat menuju Pintu Gerbang Utama Istana pula dilakukan oleh Ahmad Zaki Sdn Bhd dengan kontrak bernilai RM 130 juta. Tanggal 15 November 2011 secara rasminya berpindahlah Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dari Istana Negara Lama ke Istana Negara Baru Jalan Duta. Perpindahan tersebut dilakukan dengan simbolik perpindahan Bendera peribadi Yang Dipertuan Agong. Upacara menurunkan bendera peribadi baginda di Istana Negara Lama dilakukan pada jam 9 pagi. Manakala upacara menaikkan bendera peribadi baginda di Istana Negara Baru disempurnakan pada pukul 10.25 pagi.
 Acara berlangsung di Dataran Istana Negara. Upacara bermula dengan perarisan 52 anggota Rejimen Askar Melayu Diraja serta 12 skuadron Istiadat Berkuda diiringi tiupan fajar. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Tengku Farok Hussien Tengku Jalil kemudiannya menyerahkan bendera kepada Pemangku Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Mejar Mohd Kadri Abu Bakar. Upacara diakhiri dengan bacaan doa.

Cik Noor juga ingin mengisahkan sedikit berkaitan dengan Istana Negara Lama yang asalnya dibeli dari seorang jutawan Cina bernama Chan Wing. Beliau membina bangunan ini untuk kediaman sendiri. 

Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945) bangunan ini dijadikan mes Pegawai Tentera Jepun. Setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 tentera British mengambil alih bangunan ini. Seterusnya sekitar 1950 Kerajaan Selangor mengambil alih bangunan  ini sebagai istana Sultan Selangor.  Seterusnya Kerajaan Tanah Melayu yang baru dibentuk pada tahun 1957 telah membeli bangunan ini dan diubahsuai sebagai Istana Negara. Seri Paduka Baginda yang pertama bersemanyam di istana ini ialah DYMM Tuanku Abdul Rahman sebagai Yang Dipertuan Agong Pertama Tanah Melayu yang ditabalkan pada 3 Ogos 1957.

Sekian. Entry ringkas berkaitan Istana Negara Jalan Duta yang telah Cik Noor berkesempatan menjadi tetamu diRaja pada 2 Disember 2013 yang lalu. Alhamdulillah kesyukuran buat Allah swt dan terima kasih kepada semua yang bertanggungjawab memberi peluang untuk Cik Noor menjadi tetamu di Istana Negara ini.

No comments:

Post a Comment