Lama Cik Noor tak bercuti... walau pun dah berpuluh kali Cik Noor ke Pulau Langkawi tapi Cik Noor tetap nak ke Langkawi sebab keterasingannya dan produk pelancongan yang semuanya setempat. Tak jauh dari satu tempat ke tempat yang lain dan tidak sibuk seperti di tanah besar.
Cik Noor menaiki feri dari Kuala Perlis. Di Kuala Perlis masuk jer kawasan ke arah jeti akan ada motor-motor mengekori kereta Cik Noor, geng parking la tu. Cik Noor memang dah ada tempat yang sejak dulu Cik Noor parking dan yakin. Disebabkan Cik Noor datang bukan musim cuti maka agak mudah untuk mendapatkan tiket. Selesai membeli tiket seperti biasa melepak menunggu feri yang sangat membosankan. Kali ini perjalanan feri kami agak lama, memakan masa hampir 1jam 30 minit (bertolak dari jeti 11.45 sampai jam 1.15) semasa lalu kat masjid al Hana khatib sedang membacakan khutbah Jumaat kerana Cik Noor datang hari Jumaat.
Tempat pertama Cik Noor tujui ialah Gunung Mat Cincang. Memang ini jer tempat yang belum Cik Noor sampai nak naik kereta kabel/ skycab. Beratur panjang juga sebab orang Kedah cuti kan... Memang teruja tapi sangat gayat terutama bila kat point tukar kabel macam nak terlepas ja.
Sayupppp jer mata memandang.......
Kat point ni jangan terlalu fokus semasa proses pertukaran kabel.. pikir jer benda lain supaya tak lemah jantung heeee...
Tudiaaaa jauh lagi la.. tak nampak lagi walau dah tukar point kabel
Sky walk. Masa ni ditutup sebab penyelenggaraan..
700 meter dari aras laut. tak rasa pun sejuk...kabus pun tak ada pun..
Sapa punya idea la.. engrave atas benda berkilau-kilau manalah boleh nak baca tulisan apa yang ditulis atas ni. (yang ni la di katakan kreatif cara tak cerdik aka bo**h)
Pandangan dari point tertinggi
Pantai Cenang. Air memang sangat jernih dan tenang.
Pantai Cenang
Penguin kat Underwater World
OK Cik Noor nak kira dulu kos list di bawah
Minyak kereta dari Butterworth RM70
Parking berbumbung Kuala Perlis RM25
Tambang feri RM18x2=RM36 (kira pergi balik).
Sewa kereta Viva jer RM60 (tapi kena deposit lagi RM20)
Minyak kereta sewa RM20
Sewa motel kat Pantai Cenang RM85 (yang tak selesa)
Tambang naik Skycab Gunung Mat Chincang RM15
Masuk Underwater world RM30
Shopping sikit jer RM200 max.(dah bajet dah ni)
Semua sekali = RM561
........... owh Langkawi........
........... owh Langkawi........
Tak setuju dengan pendapat pada perenggan terakhir, Pantai cenang tempat yang mendamaikan, maksiat mana ada...pelacur pun takde...apalagi maknyah dan sebagainya. Seharusnya sebagai rakyat Malaysia kita sahut sloga cuti2 Malaysia.Negara lain baru ada tempat maksiat sebab pusat pelacuran ada lesen.
ReplyDeleteterbaik. terima kasih teguran.
ReplyDelete