Sunday 16 June 2013

TRAVELOG UMRAH BERSAMA AZ-ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS

Syukur Alhamdulillah. Cik Noor dapat mengumpulkan beberapa kronologi berguna berkaitan ujian demi ujian dan semakin lama ianya makin meningkatkan keyakinan Cik Noor tentang janji Allah itu pasti.

Bermula pada bulan Februari 2013 Kak Cik Norizah mengajak Cik Noor untuk mengerjakan umrah bersama-sama. Memandangkan posedur umrah yang ditetapkan oleh Arab Saudi agak ketat dan wanita di bawah usia 45 tahun perlu pergi bersama dengan mahram maka Cik Noor pun bertanya adik Cik Noor dan dia bersetuju untuk mendaftarkan diri dengan syarikat Az-Zuha group Travels & Tours. Alhamdulillah dia kebetulan dijadualkan membawa jemaah umrah sempena cuti sekolah pada 23 Mei - 3 Jun 2013. Cik Noor pun mendaftarkan diri bersama Az-Zuha Group Travels & Tours. Cik Noor mula belajar berkaitan umrah kerana umrah pertama adalah umrah wajib maka Cik Noor banyak belajar.

Cuti sekolah kali ini ramai pulak kenalan Cik Noor akan mengerjakan umrah kebetulan tarikh yang sama. Cik Noor buat persiapan sedikit sebanyak. Kali ini Cik Noor akan bersama mak saudara, Mak Dak Jamnah Ab Rahman iaitu adik kepada ibu Cik Noor. Syukur dan Cik Noor amat berharap kami berdua akan dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Cik Noor mula bercuti pada 22 Mei 2013. Ramai rakan-rakan yang datang mengucapkan selamat dan berpesan-pesan. Pada malam 22 Mei 2013 (Isyak) Cik Noor mendapat berita bahawa visa jemaah kami ditangguhkan. Cik Noor mula menyiasat kenapa ianya berlaku.

Inilah maklumat yang Cik Noor dapat kumpulkan,
i) 23 Mei 2013- agen visa & ticketing (Syarikat J********) yang telah dibayar sepenuhnya oleh Az-Zuha memaklumkan bahawa permit MOFA (Kementerian Haji Arab Saudi) untuk jemaah telah expired kerana permohonan dibuat terlalu awal.  Agen memberi jaminan bahawa ianya akan selesai dalam 2 hari. Agen juga memberi jaminan bahawa kumpulan 24 Mei dan 26 mei akan dapat berlepas. Pada masa ini Cik Noor mula mendapat maklumat sedikit demi sedikit kenalan dan beberapa sahabat yang pergi dengan syarikat lain juga mengalami nasib yang sama;

ii) 24 Mei Cik Noor mendapatkan maklumat bahawa syarikat memaklumkan bahawa kedutaan Arab menetapkan kuota jemaah kepada 200 sahaja setiap syarikat. Pada masa ini Cik Noor cuba mendapatkan bantuan rakan Cik Noor.  Rakan Cik Noor memaklumkan kedutaan Arab Saudi di Malaysia sebelum ini tidak menetapkan syarat kuota tetapi yang menetapkan syarat ialah Kementerian Haji Umrah Arab Saudi.

iii) Cik Noor mendapat maklumat bahawa jemaah 24 dan 26 Mei juga mengalami nasib yang sama. Dan pada masa yang sama Cik Noor dapat maklumat setakat ini lebih kurang 2000 jemaah mengalami nasib yang sama .

iv) 24 Mei Cik Noor mendapat panggilan dari seorang sahabat baru , Cikgu Zaidah dari sarawak yang mengambil no telefon Cik Noor melalui blog ini,

v) Rakan Cik Noor cuba membantu tetapi semuanya tertakluk kepada kerjasama agen J********. Oleh kerana agen enggan memberikan kerjasama dan memberikan harapan bahawa beliau dapat selesaikan isu ini maka Cik Noor hanya memberikan sokongan kepada Az-Zuha. Cik Noor terlalu simpati kepada semua syarikat yang mengalami nasib yang sama;

vi) Para kakitangan Az-Zuha bertukus lumus keKL dan semua tempat, membuat perbincangan strategi dan cara meyelesaikan masalah. Cuba menjelaskan kepada jemaah. Alhamdulillah jemaah semua faham. Az-Zuha telah berusaha sejak bulan Februari untuk mendapatkan visa cuma Cik Noor nampak isu yang timbul ialah agen kurang mengambil perhatian kepada syarat-syarat terkini Arab Saudi;

vii) 27 Mei agen masih lagi memberikan jaminan boleh selesai sedangkan pada masa itu telah terdapat isu penetapan kuota. Akhirnya syarikat memaklumkan bahawa 200 pasport telah diserahkan kepada J******* dengan visa tetapi bukan jemaah Az-Zuha dan pihak kedutaan memaklumkan bahawa hanya kuota sebanyak 200 sahaja untuk satu syarikat berdaftar (iaitu pendaftaran sebagai agent visa Arab Saudi).

viii) 28 Mei Az-Zuha berusaha mendapatkan beberapa agen lain dan kebanyakannya mengalami isu yang sama iaitu kuota mereka telah penuh (200). Ada yang ura-ura untuk membuat laporan polis tetapi Az-Zuha masih kompromi dan mendapatkan agen lain yang biasa berkerjasama dengan Az-Zuha. Alhamdulillah syarikat C******* bersetuju kerana meraka masih mempunyai kuota jemaah umrah.

ix) 29 Mei Cik Noor mendapat maklumat 4 lagi syarikat yang mengalami masalah seperti ini. Dan ada beberapa rakan Cik Noor ingin menarik diri kerana kekangan cuti (Cik Noor faham situasi ini kerana adik Cik Noor juga seorang guru) tetapi Cik Noor akan tetap berjuang tidak akan mengalah.  Sebanyak 150 nama telah didaftarkan semula oleh Az-Zuha dan dikemukakan untuk mendapatkan visa oleh agen baru. Alhamdulillahirabbila'lamin.. Allah sahaja yang mengetahui rahsia setiap sesuatu yang terjadi. Dan di kala ini Cik Noor terapkan dalam diri "tawakkal" iaitu usaha dan doa. Ya Az-Zuha telah berusaha dan terus berusaha kerana untuk membawa jemaah membuat ibadah bukan maksiat sebab itu diuji dengan semua ini dan seterusnya berdoa.  Hanya penyerahan kepada Allah sahaja. Cik Noor lihat bagaimana kakitangan Az-Zuha berusaha siang malam dan menggunakan semua cara yang ada tetapi mereka tidak pernah lupa untuk membuat penyerahan kepada Allah. Hanya Allah sahaja yang mengetahui setiap rahsia.

x) 30 mei hingga 1 Jun keduataan masih memberikan respons sedang dalam proses. Apa nak buat ini diluar bidangkuasa Az-Zuha. Pada 1 Jun Az-Zuha memaklumkan bahawa 20 passport telah keluar bersama dengan visa. Cik Noor tak pasti siapa yang dapat dulu. Cik Noor mencadangkan supaya syarikat uruskan dulu yang ini supaya dapat pergi. Booking tiket dan penginapan. Cik Noor juga mencadangkan supaya tempoh disesuaikan dengan cuti sekolah supaya kerjaya guru tidak terjejas. Cik Noor tidak mahu supaya kesan daripada penetapan syarat baru visa menyebabkan reputasi Az-Zuha terjejas.

xi) 2 Jun Cik Noor masih tidak mendapat apa-apa maklumat berkaitan cadangan pengurusan pekej umrah ini. Jika ikut jadual asal esok Cik Noor sepatutnya dah balik. Cik Noor tidak putus harapan dan berharap sangat supaya Allah mengizinkan Cik Noor menjejaki Tanah Haram.

xii) 3 Jun, Ust Hasan sempat singgah di rumah Cik Noor dalam perjalanan untuk menguruskan tiket flight dari Bayan Lepas. Ust. Hasan memaklumkan bahawa penetapan syarat baru ini telah menyebabkan banyak perjalanan umrah tergendala dan penerbangan dari KLIA menjadi sesak. Untuk memudah urusan bagi kawasan utara perjalanan adalah dari Penang terus ke Madinah/Jeddah. Pada sebelah petang Cik Noor dapat makluman penerbangan Cik Noor dijadualkan esok (4 Jun 2013). Alhamdulillah. Cik Noor amat bersyukur dan mendoakan agar urusan ini dipermudahkan.

xiii) Penerbangan SV2153 JAM 16.55PM PEN-MED/ BALIK  14/6 JED-PEN SAMPAI 14.50PM ini merupakan penerbangan tambahan yang jarang-jarang berlaku iaitu penerbangan terus dari Penang ke Madinah dan Jeddah ke Penang tanpa transit.

x) Sesungguhnya setiap sesuatu yang tertulis di Luh Mahfuz adalah pasti.

No comments:

Post a Comment