Friday 21 June 2013

1 Syaaban 1434 h (10 Jun 2013) PINTU KAABAH DIBUKA UNTUK PEMBERSIHAN

Pada hari pintu Kaabah dibuka untuk pembersihan 2013 Cik Noor berada di Mekah. Tetapi pada hari tersebut jemaah kami akan dibawa melawat beberapa tempat termasuk Bukit Tsur tempat Rasulullah bersembunyi bersama Saidina Abu Bakar ketika mula berhijrah yang mana gua Tsur terletak dipuncak bukit yang tinggi, Padang Arafah, Mina, Jabal Rahmah tempat Nabi Adam dan Hawa dipertemukan serta berihram di miqat Ja'ranah.  Walau bagaimana pun Cik Noor sempat mengambil beberapa rakaman daripada sahabat siber untuk dikongsikan bersama-sama. Pintu Kaabah akan dibuka pada setiap 1 Syaaban setiap tahun untuk dibersihkan bahagian dalamnya dengan air zam-zam dan air mawar.
Walau pun Cik Noor merasa agak kerugian namun Cik noor mendapat ilmu daripada lawatan yang diatur oleh pihak muasasah. InsyaAllah Cik Noor akan menjejakkan kaki lagi ke sini.
 
Gambar dari rakaman siaran langsung. Kelihatan tangga kayu yang diangkat dan diletakkan dipintu Kaabah dan pemegang kunci pintu Kaabah berserta para pembesar dan kenamaan tertentu sahaja dibenarkan masuk ke dalam.





Kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pegawai yang tertentu sahaja.
 
Rakaman gambar-gambar ini diambil dari sumber Sheikh Sudais Kaba Wash 2013
 
 
 

No comments:

Post a Comment