Tuesday, 18 June 2013

TRAVELOG UMRAH BERSAMA AZZUHA TRAVEL II

"DI KALA KITA BERSEDIH PABILA ALLAH TURUNKAN HUJAN KETIKA PANAS TETAPI SEBENARNYA ALLAH INGIN MEMBERIKAN PELANGI YANG INDAH"......... Sselepas dugaan mendapatkan visa tertangguh selama 13 hari Cik Noor dapat merasakan pengalaman ini amat berharga.  Syukur Ya Allah.. ianya mengukuhkan keimanan dan keyakinan Cik Noor pada janji Allah... Cik Noor tiba di Madinah pada 4 Jun 2013 Jam 11.30 waktu madinah (4.30 pagi 5 Jun 2013 waktu Malaysia)
 
Bermula 5 Jun 2013  sekitar 6 pagi waktu Madinah mentari telah terang menyululuh seluruh pelusuk bumi Madinah. Suhu waktu ini ialah sekitar 40 celcius menggigit kulit pipi Cik Noor- acara bebas di Madinah Al-Munawwarah. Cik Noor ambil peluang berjalan2 sekitar Masjid Nabawi dan sekitar hotel bersama kamera kecil Cik Noor. Ikutilah rakaman pengalaman Cik Noor..
Hotel penginapan Cik Noor hanya dipisahkan oleh blok Hotel Al-Ansar Golden ke Masjid Nabawi dan berbetulan dengan pintu ruang solat wanita. Rakaman ini adalah pada waktu dhuha iaitu lebih kurang jam 6.30 pagi. Subuh(Fajar) lebih kurang jam 4.00 pagi. Syuruk adalah pada jam 5.30 pagi. Pukul 6.00 pagi mentari sudah tidak segan silu memancarkan sinar yang terang benderang.

Kebanyakan wanita timur tengah berpakaian serba hitam. Mudah mengenali jemaah dari Malaysia dan nusantara kerana kita memakai telekung berwarna putih bersih. Manakala jemaah Indomesi pula dengan perlbagai gaya telekung yang berwarna warni dan agak berhias-hias..

Pintu 25 paling mudah diingat kerana terus menuju pintu Uthman bin Affan iaitu pintu ruang solat wanita masjid Nabawi. Masjid Nabawi amat bersih dan mengasingkan ruang solat wanita yang membawa anak kecil dengan yang tidak membawa anak-anak. Agak tersusun dan pekerjanya pula amat tegas. Mereka juga dapat bertutur dalam bahasa Indonesia.

Hiasan pintu-pintu masjid Nabawi yang indah. Rak-rak kasut diletakkan di setiap pintu. Tetapi awas.. jika anda memakai kasut yang saiz mudah disesuaikan dengan mana-mana kaki terutamanya "sandal" kemungkinan akan diambil oleh jemaah yang kasut mereka hilang akibat disapu oleh pekerja pembersihan kerana mereka tidak menyimpan kasut di tempat yang sesuai. Alhamdulillah Cik Noor memakai kasut bertutup yang sukar untuk dicuba makanya kasut Cik Noor agak selamat berada di rak ini. Tetapi ada kalanya bimbang juga bila melihat karenah jemaah yang kehilangan kasut akan mengambil kasut2 di rak untuk di cuba dan dibiarkan dilantai yang kemudiannya disapu oleh pekerja pembersihan. Inilah sebabnya kasut di rak juga hilang iaitu sama ada diambil oleh orang yang hilang kasut atau dibiarkan dilantai yg kemudiannya disapu oleh pekerja. Nasihat Cik Noor " bawa beg untuk kasut,(beg plastik pun tak apa)"
Payung yang dibuka di siang hari dan ditutup di malam hari di laman Masjid Nabawi. Di bawahnya diletakkan wakaf zamzam untuk minuman jemaah.

Pintu masuk masjid Nabawi. Trademark masjid ini ialah "curve" /lengkungnya dihias berbelang kelabu dan putih. Bahagian putih diukir awan larat yang cantik. Setiap atas pangkal tiang yang bersambung lengkung diseluti emas yang sentiasa digilap oleh pekerja. Cik Noor sempat menyaksikan kerja-kerja menggilap emas di tiang pada malam hari ketika pulang dari raudhah. Di hadapan setiap pintu 2 pekerja akan memeriksa beg dan pakaian jemaah bagi memastikan tidak membawa kamera, marker dan lain-lain barang yang dilarang. Cik Noor pernah diambil marker yang ada dalam beg yang Cik Noor gunakan untuk tulis di beg barang yang cik Noor beli. Nasib baik bawa 2.

Pintu Ali bin Abi Talib juga pintu untuk wanita. Ia terletak di rusuk sebelah kiri atau bahagian timur.

Wakaf zam-zam untuk minuman diluar masjid. Air zam-zam di sini kebanyakknya disejukkan tetapi meminum air sejuk di sini di bawah cuaca mencecah 50 celcius tidak memudaratkan.

Cik Noor sempat merakam aktiviti mencuba kasut di rak oleh jemaah yang kehilangan kasut.

Sekumpulan pemuda Arab menjual naskah cetakan al-Quran untuk wakaf di masjid Nabawi. Cik Noor tak sempat untu mewakafkan di sini. InsyaAllah Cik Noor lain kali Cik Noor dah tahu caranya.

Berdepan dengan pintu 25 ada kedai Pizza Mona. Terus jer Cik Noor teringat kawan Cik Noor yang bernama Mona.

Ruang solat wanita. Kaum lelaki hanya dibenarkan berada di belakang tali yang diregangkan di kawasan ini. Security guard di sini amat tegas.

Haaaa tu dia Pak Arab yang jadi security. Pernah Cik Noor lihat mereka menegur jemaah lelaki yang memasuki ruang wanita. Cik Noor memang suka ketegasan dan pengurusan masjid Nabawi yang bersih dan teratur.

Hotel Cik Noor berbetulan di sebelah kanan. Dari ruang tepi hotel sudah nampak masjid Nabawi.  Ketika ini Cik Noor jalan-jalan di lorong belakang sambil membeli roti arab yang masih panas untuk dirasa.

Bahagian bawah payung kanvas. Bila ditutup ianya seperti payung lipat yang akan dilipatkan hingga ke bahagian lampu tersebut.

Dari pintu Ali bin Abi Talib boleh kelihatan bahagian dalam masjid Nabawi. kelihatan lengkungan berbelang kelabu putih dari luar. Yang duduk di hadapan pinti ialah penjaga pintu yang akan memeriksa setiap jemaah.


Baru Cik Noor tahu kenapa tasbih akan di bawa pulang oleh jemaah kita, rupa-rupanya ianya paling banyak dijual sementelah pula mudah di bawa balik. Tapi Cik Noor tidak membeli tasbih kerana ramai yang hanya menggantungnya di cermin kereta sahaja.

Gambar ini antara gambar yang paling Cik Noor suka yang dapat dirakam dengan kemera cinoni Cik Noor. Menara sebelah barat ke arah pintu lelaki. Cik Noor tidak sempat merakamkan gambar pintu utama sebelah pusat membelibelah Bin Dawood kerana ketika berada di sebelah sana Cik Noor terlupa membawa kamera.

No comments:

Post a Comment