Thursday, 4 October 2012

BERHATI-HATI DENGAN PELABURAN EMAS

Salam pagi Jumaat semua,

Awal pagi lagi Cik Noor termenung memikirkan nasib kawan-kawan Cik Noor yang telah terlibat dengan pelaburan emas.  Berita syarikat pelaburan emas diserbu pihak berkuasa juga mengejutkan banyak pihak.  Cik Noor juga hampir-hampir termakan dengan ganjaran lumayan daripada pelaburan emas on line iaitu (Virgin Gold) yang memerlukan pelabur membeli saham emas. Semasa mendengar penerangan bahawa perniagaan ini dibuka secara penjualan saham (lot) di mana dividen bulanan secara tetap akan diperolehi selepas genap sebulan nama didaftarkan.

Memandangkan Cik Noor seakan-akan dirasuk dengan $$$$$ maka Cik Noor telah mengeluarkan simpanan Cik Noor untuk dilaburkan. Apatah lagi bila mendengar nama-nama rakan Cik Noor yang bergelar "ustaz" dan "ustazah" juga menyertai pelaburan ini.

Walau bagaimana pun, sifat berhati-hati Cik Noor masih tinggi menyebabkan Cik Noor membuat kajian lebih teliti berkaitan dengan hukum syariah dalam urus niaga sedemikian.

Apa yang merunsingkan Cik Noor adalah rezeki yang akan menjadi darah daging Cik Noor kelak adakah dari sumber yang halal atau haram. Cik Noor kaji betul-betul kenyataan di bawah :

VGMC (Virgin Gold Mining Corporation) adalah syarikat yang terlibat dalam urusniaga emas yang diwujudkan semenjak tahun 1999, kini telah berkembang begitu pantas menjadi salah satu syarikat emas terkemuka di dunia dalam penjelajahan, penerokaan, perlombongan dan perdagangan emas. Melalui usahasama dengan pelombong (joint ventures), pengambil-alihan dan pembangunan besar-besaran projek emas di jangka matlamat VG untuk melancarkan IPO (Initial Public Offering) pada tahun 2015 akan tercapai.

VG telah melancarkan penjualan lot CPS (Convertible Preferred Shares) kepada orang awam bermula pada 1 January 2010 di seluruh dunia.  Setiap lot syer yang dimiliki orangramai akan mendapat 3 faedah daripada VG pada setiap bulan seperti berikut :-

1)    Dividen emas bulanan dalam nilai ounz (lihat VG prices)
2)    Peluang tambah pendapatan melalui ‘trading gold online’
3)    Bonus 10% daripada penajaan dan rangkaian organisasi

Cik Noor agak ragu-ragu sebab keuntungannya seperti perniagaan forex/mata wang cuma diterjemahkan dalam bentuk nilai emas. Pelaburan forex adalah tidak mengikut syariah maka Cik Noor berpendapat pelaburan emas ini juga meragukan. Manakala pemberian bonus apabila kita menaja orang lain seolah-olah sistem piramid juga membuatkan Cik Noor resah. Kalau dulu ramai yang gempar dengan Swiss Cash, Up Trend dan pelbagai skim cepat kaya, maka ini juga satu skim cepat kaya mengikut kata hati Cik Noor. Cik Noor tak jadi menyertai pelaburan tersebut.  Syukur.. Alhamdulillah.. Allah memelihara Cik Noor dari perkara yang syubhah ini.


sssssssssssss

No comments:

Post a Comment