Gambar rakaman kamera Cik Noor yang paling Cik Noor suka.
Sabtu 8 Jun 2013 lebih kurang jam 9.30 malam bas yang membawa Cik Noor dan rombongan AzZuha Travel mula memasuki kawasan perbandaran Mekah setelah mengharungi kawasan padang pasit yang hanya dihiasi pemandangan bukit-bukit berbatu hitam dan juga gurun pasir yang berbelak-belak pasirnya membentuk bukit pasir berombak-ombak akibat tiupan angin.
Pemandangan ini sebenarnya amat menakjubkan kerana hanya sesekali Cik Noor dapat melihat pokok yang beranting dan berdaun halus berwarna biru.. merah.. kuning.. hijau seperti digantung kad hari raya kerana bergayutan plastik-plastik beg yang tidak reput dan dipuput angin yang agak kuat di padang pasir lalu tersangkut di reranting halus tajam berduri. Cik Noor ingin rakamkan beberapa keping gambar tetapi kerana kamera chomel Cik Noor tidak secanggih mana maka tidaklah dapat Cik Noor merakamkan kerosakan manusia yang tidak disedari...
Kelihatan plastik-plastik yang tidak hancur berserakan di tengah padang pasir dan kebanyakan pepohon di sana akan dicemari dengan plastik bergantungan. Mungkin peandangan ini boleh juga rakan-rakan pembaca lihat jika berkunjung ke sana nanti..
Inilah pemandangan sepanjang menelusuri lebuhraya dari Madinah ke Mekah.. pandang pasir yang tandus
Lebuh raya ini garisan jalannya dicat seperti di Malaysia..
Bas kami melepasi Tana'im lebih kurang jam 10 malam. Ketika itu jalan di Kota Mekah amat sesak sekali. Kebanyakan kereta di kota Mekah (hampir 90%) yang Cik Noor jumpa adalah jenama Toyota. Kalau Camry yang terbaru pun di sana adalah teksi, Cik Noor sempat juga jumpa beberapa buah kereta Hyundai. Kenderaan di mekah semuanya kemek-kemek malah berdebu tebal. Tak ada sebuah pun Cik Noor jumpa yang tak ada kesan bergesel atau kemek. Malah di sana bunyi "hon" sana sini adalah perkara biasa. Wanita di haramkan memandu, yang ni Cik Noor bersyukur sebab dilahirkan di Malaysia dan Cik Noor dapat memandu kereta Honda (bangga sebab di sana tak ada Honda). Kalau nak tahan teksi kat sana pun caranya special sikit isyaratnya.. nak explain kat sini pun susah. Korang tengoklah sendiri kalau dapat ke sana nanti. Nasib baik juga Cik Noor boleh la faham sikit Arabic so faham jugalah tapi nak jawab teragak-agak. Lantaklah tok Arab tu faham ke tidak.
Cik Noor juga sempat tengok tok Arab naik motor. Sempat jumpa dalam 3 buah motor saja. Mereka tidak perlu pakai helmet. Polis pun tak pakai helmet. Apabila nampak saja menara jam Zam-Zam Tower Cik Noor mula berdebar-debar. Jam yang malamnya berwarna hijau itu amat cantik. Siangnya ia berwarna putih. Kami tiba ke hotel 10.30 malam dan dijamu makan malam.
Jam 12.30 kami bergerak ke Masjidil Haram untuk tawaf, sa'ie dan bertahallul. Selesai sahaja umrah pertama azan subuh berkumandang dan kami hanya sempat bersolat di laluan turun dari bukit Safa. Alhamdulillah.... di bawah ini Cik Noor kongsikan sedikit gambar dalam masjidil haram semasa Cik Noor beriktikaf. Bukan niat mengambil gambar tetapi kebetulan di sini tidak diperiksa dengan ketat maka Cik Noor tak tinggalkan kamera di hotel.
Siling ruang solat wanita. logam bulat ditengahnya adalah "speaker" pmbesar suara yang dihias cantik
Kotak empat persegi yang tergantung itu pula adalah jam dan juga digital board waktu solat.
Al-Quran di letakkan di tiang dan dinding bagi kemudahan Jemaah untuk bertadarrus.
Laluan menghala ke laman Kaabah. Kelihatan Kaabah di sebelah kiri.
Ni penunjuk arah ke bilik kami. Nama hotel kat bawah tu. Hotel yang sedang menanti untuk dirobohkan untuk pembinaan besar-besaran kawasan kota Mekah.
Masjidil Haram di waktu subuh.
Lorong di tengah antara menara jam dan Bank Ar-Rajhi adalah lorong menuju hotel jemaah Az-Zuha menginap.
Kelihatan begitu ramai yang tawaf di dataran Kaabah. Ketika Cik Noor berada di sana sememangnya ramai jemaah.
No comments:
Post a Comment