Rebung Madu merupakan anak atau tunas buluh madu yang masih lembut. Rebung boleh dipungut ketika panjangnya mencecah lebih kurang 2 kaki (setengah meter). Jika ruasnya makin panjang ianya akan menjadi buluh yang keras.
Setelah dipotong dari pokoknya, rebung tersebut hendaklah dibuang lapisan luarnya dan dipotong nipis. Kemudiannya direbus sehingga lembut barulah dimasak atau dibuat kerabu. Jika ingin disimpan ianya direndam dalam air dan disimpan dalam peti ais supaya tidak rosak.
Hari ini Cik Noor nak kongsi resepi KARI DAGING DENGAN REBUNG MADU TRADISI.
Bahan-bahannya dan caranya..... malas nak asingkan bahan dengan cara ........ jomlah Cik Noor ajar style nenek Cik Noor peturun ilmu memasak ni...
Semangkuk rebung madu
300 gram daging lembu potong kecil-kecil.
1 batang tulang rusuk (jika suka). Minta penjual daging potong kecik2. Kalau panjang sehasta camner korang nak masuk dalam periuk. Tulang akan membuatkan rasa daging manis dan sedap.
Bahan B (rempah ratus untuk perap dengan daging)
1 peket rempah daging Faiza/Adabi atau apa-apa jenama yang disukai- jika suka pedas dan rasa berempah bolehlah tambah rempah tu yer... ikut citarasa
3 ulas bawang merah ditumbuk
3 ulang bawang putih ditumbuk
2 sudu kerisik (jika suka pekat lebihkan)
1 cawan air
Gaul bahan B dengan daging dan tulang sahaja........ ingat.. daging dan tulang saja yang digaul dengan rempah ratus dan diperap seketika.
Next step.. kita buatler kerja lain pulak... hiris bahan tumisan pulak.... Bahan C
3 ulas bawang merah,
5 ulas bawang putih,
seinci halia dihiris halus,
3 kuntum bunga lawang,
sesudu kecil bunga cengkih,
3 batang kayu manis yang panjangnya lebih kurang 2 inci (ada jugak kedai yang jual panjang.. korang potonglah sendiri ye),
daun kari (jika ada.. tak ada pun ok jer)
Bahan D :
Santan asli semangkuk- kalau kotak kecil tu sekotak campur air secukupnya (boleh la ganti susu kalau yang tak guna santan),
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Tumis bahan C sehingga kekuningan dan wangi... masukkan daging yang diperap dengan rempahnya sekali. gunakan api sederhana, tutup periuk tetapi sesekali kacau daging supaya tidak berkerak @ hangit kata orang Penang.. Air daging akan keluar. didihkan sehingga air kering dan pekat. Pastikan rempah masak dengan sempurna hehehehe yang ni korang main agaklah ye sebab rempah yang masak baunya wangi dan pecah minyak.
Bila dah konfiden atau dah malas tunggu korang masukkan rebung dan juga santan. Sayugia diingatkan pastikan daging masak dan lembut. Masak dengan api sederhana, bila mendidih masukkan garam secukup rasa. Sesudah masak bolehlah dihidangkan.
**petua
- jika masak daging jangan campur garam awal kerana ianya akan membuatkan daging menjadi liat. Pastikan daging sudah lembut baru masuk garam.
-tujuan daging Cik Noor perap supaya bau daging hilang dan ianya sebati dengan rempah. Rempah juga boleh menjadi agen melembutkan daging.
Maaf tak sempat Cik Noor nak ambil gambar yang lebih elok sebab semasa buka puasa semuanya licin dijamah. Nasib baik sempat ambil masa masih dalam periuk. Keh keh keh.. sooooriiiiii... tapi kalau nak try kari sempoi dari Butterworth ni jom.....
Selamat mencuba... insyaAllah..... dan kongsi-kongsilah ilmu yang ada.........
No comments:
Post a Comment