Wednesday 16 May 2018

SOFT TOYS AMIGURUMI - HADIAH TERBAIK HARI GURU



Sempena hari guru baru-baru ini handmade amigurumi item hasil tangan Cik Noor mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Ini adalah di antara item yang memang digilai oleh ramai kawan-kawan cik Noor.

Cik Noor ni, tak reti duduk diam ada sahaja yang Cik Noor akan buat. kalau tak membaking Cik Noor akan menjahit atau berkebun.  Jika dah bosan berkebun Cik Noor akan mengait.  Tapi Cik Noor lebih gemar mengait amigurumi kerana hasilnya akan membawa senyuman kepada ramai kanak-kanak.


LIZZY CAT ini adalah permintaan dari seorang kawan pejabat Cik noor untuk hadiah harijadi anaknya. Memandangkan anaknya memiliki seekor kucing oren, kawan cik noor pun minta Cik Noor kaitkan kucing oren. Si Oyen ni sedand dipeluk. saiz yang besar untuk menemadi siperawan tidur dengan selesa.

Ehhh... bukan oyen saja yer.. banyak lagi pilihan warna yang boleh ditempah. terpulang kepada kehendak pelanggan.  Tapi jika bersaiz besar tempoh nak siapkan mengambil masa seminggu atau lebih tertakluk kepada kesukaran proses kait.

Riang ria happy teddy yang mendapat permintaan tertinggi. Happy teddy ni ada Cik Noor tambahkan keychain ring untuk membolehkan ianya digantung di rubber hook kat cermin kereta atau dibuat keychain dibeg anak-anak.
CHICKEN EGG COZY apa pulak yer? itu pertanyaan seorang kawan. oooo.. Chicken Egg Cozy ni sarang telur. kalau dilihat tak nampak tan kat mana nak letak telur tu tapi sebenarnya telur ayam dimasukkan dari bawah badan ayam dan boleh diikat. Ramai yang menempah untuk dibuat doorgift majlis perkahwinan dan majlis berkhatan. sweet.

 
 Chomel Kitty dan sampai ke Tawau Sabah.

Didi and Friends antara yang paling tinggi permintaan.  Set Didi Nana dan Jojo ni paling ramai peminat. memang unik sebab bukan anak-anak saja yang suka tapi mak dan bapa juga memang berebut2.
 TATAK FROG PRINCE.. ramai gadis tergila-gilakannya.  Itu dalam cerita dongeng ja. Tapi frog prince Cik Noor ni memang rebutan. Sesuatu yang sangat unik dan hasil dari kerja tangan Cik Noor.  Dari selembar benang macam-macam boleh kita hasilkan.

P/S: SELAMAT HARI GURU BUAT AYAH IBU, KAKAK, ADIK, SEMUA GURU CIK NOOR DARI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, SEKOLAH AL-IRSYAD DAN UKM. TAK LUPA SAHABAT KENALAN YANG BAGI APA SAHAJA ILMU BUAT CIK NOOR

SEMOGA ILMU YANG CIK NOOR MANFAATKAN INI MENJADI PAHALA BUAT SEMUA. AMINNNNNNN
 

No comments:

Post a Comment