Bermula sebagai hobi ketika berada dibangku persekolahan. Cik Noor akan mengumpul wang belanja untuk membeli segumpal benang untuk mengait. Bila sudah bekerja Cik Noor jadikan hobi ini sebagai kaedah untuk menghilangkan stress. Cik Noor akan rasa relax setiap kali memulakan aktiviti mengaik. Kekadang tertidur dengan benang dan jarum masih di tangan. Bila bangun pagi Cik Noor akan kembali segar dan dapat memulakan hari baharu dengan lebih selesa. Cik Noor tidak pernah terfikir untuk menjual semua hasil kraf Cik Noor semua dijadikan hadiah kepada saudara mara dan rakan taulan. Namun setelah beberapa ketika, Cik Noor terfikir untuk menjadikan aktiviti ini sebagai pendapatan sampingan untuk diinfaqkan kepada golongan yang memerlukan. Maka Cik Noor pun memulakan aktiviti jualan amal dan mendapat sambuatan yang sangat menggalakkan. Hasil dari jualan ini Cik Noor infaqkan dan niatkan jua kepada insan-insan yang membeli barang kraf Cik Noor. Alhamdulillah sudah ramai yang mendapat manfaat dari jualan amal Cik noor. |
|
|
No comments:
Post a Comment