Friday, 6 September 2013

KRAFTANGAN ROTAN HASIL OKU CACAT PENGLIHATAN

Cik Noor baru berkesempatan membeli beberapa produk hasil buatan tangan Cik Nurul Haida untuk Cik Noor paparkan. Mungkin ada yang berkata hasil ini adalah nampak klasik tetapi untuk menghasilkan produk terkini yang trendy manalah mereka dapat menggambarkan. Malah cermin yang mereka hasilkan pun mereka tak pernah menggunakannya apatah lagi nak menggambarkan keindahan hasil seni mereka.  Cik Noor tak kisah apa pun orang kata, Cik Noor tetap akan membantu mempromosikan produk mereka.

Memang ada yang komen mcm-macam bila Cik Noor promote di facebook. Macam-macam idea juga diberikan.  Tapi tak tahu macamana Cik Noor nak sampaikan kepada orang cacat penglihatan yang tidak pernah melihat bentuk hasil karya mereka.

 
Jika ada yang bertanya tentang harga, nanti akan Cik Noor dapatkan dari mereka untuk di paparkan.
 





 

Wednesday, 4 September 2013

HASIL PEMBELLIAN ANDA DISALURKAN KEPADA INSAN YANG MEMERLUKAN

Ada kenalan yang bertanya kenapa Cik Noor sibukkan diri buat itu ini? Ada yang kata buat penat saja. Ada yang mencebik atas apa yang Cik Noor buat. Ada yang "perli" Cik Noor.  Tapi tahukah wahai rakan sekalian. 
INSAN ISTIMEWA YANG TIDAK PERNAH NAMPAK CAHAYA INI MEMERLUKAN CAHAYA UNTUK BERKONGSI NAFAS DI BUMI ALLAH INI. BELIAU TIDAK PERNAH MEMINTA TETAPI BELIAU BERUSAHA MENGHASILKAN BAKUL DAN HIASAN ROTAN UNTUK MENDAPATKAN SEDIKIT REZEKI DI BUMI ALLAH.  INILAH INSAN YANG MENERIMA HASIL DARI SEDIKIT KEUNTUNGAN CHOMEL2U. TERIMA KASIH SEMUA.

Cik Noor lakukan ini untuk memberikan sedikit cahaya kepada insan yang tidak pernah "nampak" indahnya cahaya.....
Hidupnya tiada warna... keindahan baginya adalah secebis kasih sayang. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan dan menghuni rumah kecil di Kampung Weng, Baling Kedah. Bapanya berkerja kampung dan keluarganya terpinggir dari persekolahan memandangkan kesempitan hidup menutup minda mereka dari mengejar ilmu. 

Namun insan bernama Nurul Haida ini pernah mendengar tentang sekolah untuk insan yang senasib dengannya telah meminta ayahnya menghantar beliau ke sekolah.  Beliau berjaya menamatkan pelajaran sehingga SPM, namun ianya tinggal sebagai sekeping kertas yang tiada makna. Beliau berusaha belajar membuat bakul rotan dan kini beliau akan mendapat komisyen dari hasilnya melalui tempahan yang diterima oleh Sekolah St Nicholas Penang. Namun terlalu sedikit berbanding keperluan sebagai seorang insan. 
Hasil anyaman untuk jualan

Cermin berbingkai rotan.(24"x16"). Antara hasil yang dianyam oleh Cik Nurul Haida yang Cik Noor beli untuk koleksi sendiri. Kemas dan menarik. Membeli dan menyumbang...

 Dengan sedikit keupayaan dan ilmu yang secebis yang ada pada Cik Noor maka Cik Noor usahakan sesuatu supaya pendapatan Cik Noor ada lebihan untuk dihulurkan kepada insan memerlukan seperti ini dan juga pusat-pusat pengajian yang membantu anak-anak yatim atau lain-lainnya.

Cik Noor ingin ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan Cik Noor yang budiman sehinggakan dapat Cik Noor hulurkan hasil pembelian anda semua untuk dikongsikan kepada insan-insan lain yang memerlukan.  Terima kasih tidak terhingga buat anda semua. .



WALAU MATANYA TIDAK DAPAT MELIHAT TETAPI BELIAU RAJIN MEMBANTU DI DAPUR.

SUSAH NAK JUMPA PERTUBUHAN ISLAM YANG MENGUMPULKAN INSAN-INSAN ISTIMEWA SEBEGINI DAN MEMBERIKAN DIDIKAN YANG BENAR-BENAR DARI HATI KE HATI......