bahan2
1. 1/2 ekor ayam- potong sederhana sesuai untuk masak rose. basuh dengan sedikit air tepung gandum bagi hilangkan bau hanyir dan digaul sedikit kunyit dan garam. Goreng separuh masak supaya isinya tidak hancur bila dimasak. Jangan goreng sampai garing kerana ayam akan menjadi keras apabila dimasak dan kuah tidak menyerap dalam isi ayam.
2. bahan kisar
- 15 biji cili merah (cabai hidup) dibuangkan biji
- 1 inci halia
- 2 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih (ikut citarasa)
- sedikit kunyit hidup (jika tiada tak apa) untuk mencantikkan warna masak rose
3. Bahan tumis
- bawang merah dihiris (secukunya)
- halia dihiris memenjang seperti lidi (secukupnya)
- bawag putih (secukupnya)
- 3-4 sudu besar minyak masak
4. bahan perasa
- 2 batang serai diketuk/titik
- 2 helai daun limau purut (jika tak suka tak perlu sebab yang ori tak ada)
- sedikit air asam jawa
- garam secukup rasa
-sedikit gula
Caranya
a) tumis bahan tumisan sampai wangi. Masukkan bahan dikisar. dan serai & daun limau, masak sehingga kering dan pecah minyak sedikit/wangi supaya cili merah yang dikisar betul-betul masak. Jika tidak masak rasanya sedikit pelik dan kurang sedap.
b) masukkan ayam dan tambah sedikit air (1/3 cawan) masukkan garam, gula dan air asam jawa. Masak hingga pekat.
c) hidang dan hiaskan. boleh dimakan begitu sahaja.... selamat mencuba..
Wednesday, 29 May 2013
LOVELY PINKY CROCHET SHORT SLEEVES SWEATER FOR BABY GIRL
BRAND NONA YARN NO.56 AND 54.
CROCHET BABY SWEATER IN THE MAKING
PRICE/HARGA JUALAN : FROM RM30 (DEPEND ON SIZE)
BABY BOOTIES TEMPAHAN HAMIZATUL SYAZWANI
5 pasang baby booties/sarung kaki bayi yang ditempah oleh Hamizatul Syazwani. Yang ini agak lewat dihantar sebab Cik Noor siap ketika Cik Noor sibuk dengan pelbagai urusan. Semoga Hamizatl Syazwani berpuashati.
HARGA JUALAN/ PRICE : RM10/pair
CROCHET BABY BOOTIES (SHOES) FOR INA's BABY
Booties ini ditempah oleh seorang ibu mertua untuk menantu yang baru melahirkan baby girl. Bertuah betul Ina dapat ibu mertua yang prihatin dan penyayang.
BRAND NONA YARN
SOFT PINK NO 56 (BODY)
BRIGHT PINK NO 12 (BASE)
PINK NO 98 (FLOWER)
LIME GREEN NO 5 (FLOWER
Monday, 20 May 2013
EJAAN ARAB YANG PELIK: HANYA DI HYDRO HOTEL (PENANG)
Cuba baca yang ditulis dengan tulisan jawi. Gambar ini Cik Noor snap semasa mengadakan perbincangan untuk projek pembangunan di Hotel Hydro Mejestic Penang. Cik Noor dah letih mengeja maka mari sama-sama kita belajar Bahasa Arab "baru"
Sunday, 19 May 2013
HANDMADE FLOWER CROCHET BROOCES FOR PUAN NURUL HUDA KWSP SEBERANG JAYA
Wednesday, 15 May 2013
HANDMADE CROCHET FLOWER BROOCHES FOR AMIE (KAJANG)
Brooches disusun dengan rapi dalam kotak untuk tujuan penghantaran melalui pos laju. Untuk memastikan bayaran minimun dikenakan maka saiz kotak hendaklah tidak melebihi standard yang ditetapkan. Jika kotak besar maka ianya akan dikirakan mengikut saiz bukannya berat kiriman.
SMS dari pelanggan yang tidak kunjung jemu membuat tempahan
Alhamdulillah, Cik Noor telah cuba untuk menyiapkan pesanan teman- ini adalah beberapa SMS yang baru diterima. Jika Cik Noor tidak sempat menyiapkan pesanan ini harap maaf dan jika masih berminat Cik Noor akan siapkan selepas balik umrah. Sementara masih ada beberapa hari Cik Noor akan usahakan.
Monday, 13 May 2013
Umrah : Ikhtiar Melambatkan Haid Sementara Waktu
Dipetik terus dari suarapesanan.blogspot.com. Jazakallah admin semoga mendapat pahala berkekalan.
Bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah dan dijangka akan haid semasa
berada disana, sebaiknya cubalah amalan yang diajar kepada saya semasa
menghadiri kursus umrah di Andalusia. Sayang sekali sekiranya kita tak
dapat beramal semasa berada di sana.
Pengambilan ubat-ubatan untuk menahan haid yang boleh di ambil dari klinik dan hospital tidak di galakkan kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan. Saya percaya dan amat yakin bahawa apa jua langkah dan ikhtiar yang kita buat, tak akan berjaya jika Allah tak izinkan.
Allah tempat kita meminta, Allah tempat kita mengadu, lalu dengan panduan dari mereka yang berilmu, sebaiknya kita cuba berikhtiar dengan apa yang di cadangkan ini. Semoga kita dapat memaksimumkan masa kita di Tanah Suci dengan beribadat kepada Allah.
Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.
Caranya:
1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.
2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)
3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.
InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.
Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah semasa saya menghadiri kursus yang dianjurkan olehnya.

Thursday, 2 May 2013
HANDMADE CROCHET FLOWER BROOCHES FOR EIRA EMY
In the making |
Beautiful flower crochet brooches are ready for delivery. |
Nice colour combination- flower crochet brooches. |
Flower crochet brooches. |
Kalau berminat boleh hubungi Cik Noor. Panghantaran bagi kawasan sekitar Butterworth dan Kepala Batas boleh dibuat jika masa mengizinkan.
Bagi penghantaran melalui pos boleh diuruskan. Jika jumlah 100 unit ke atas caj pos tidak dikenakan.
HARGA SEUNIT: RM1.00 (maintain sehingga kos bahan meningkat)
Kos penghantaran bagi kurang dari 100 unit RM6 (sekali pos).
Subscribe to:
Posts (Atom)