Wednesday, 29 May 2013

Resepi Ayam Masak Rose Tradisional Style (gerenti jadi)

bahan2

1. 1/2 ekor ayam- potong sederhana sesuai untuk masak rose. basuh dengan sedikit air tepung gandum bagi hilangkan bau hanyir dan digaul sedikit kunyit dan garam. Goreng separuh masak supaya isinya tidak hancur bila dimasak. Jangan goreng sampai garing kerana ayam akan menjadi keras apabila dimasak dan kuah tidak menyerap dalam isi ayam.

2. bahan kisar
- 15 biji cili merah (cabai hidup) dibuangkan biji
- 1 inci halia
- 2 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih (ikut citarasa)
-  sedikit kunyit hidup (jika tiada tak apa) untuk mencantikkan warna masak rose

3. Bahan tumis
- bawang merah dihiris (secukunya)
- halia dihiris memenjang seperti lidi (secukupnya)
- bawag putih (secukupnya)
- 3-4 sudu besar minyak masak

4. bahan perasa
- 2 batang serai diketuk/titik
- 2 helai daun limau purut (jika tak suka tak perlu sebab yang ori tak ada)
- sedikit air asam jawa
- garam secukup rasa
-sedikit gula

Caranya
a) tumis bahan tumisan sampai wangi. Masukkan bahan dikisar. dan serai & daun limau, masak sehingga kering dan pecah minyak sedikit/wangi supaya cili merah yang dikisar betul-betul masak. Jika tidak masak rasanya sedikit pelik dan kurang sedap.
b) masukkan ayam dan tambah sedikit air (1/3 cawan) masukkan garam, gula dan air asam jawa. Masak hingga pekat.
c) hidang dan hiaskan. boleh dimakan begitu sahaja.... selamat mencuba..

1 comment:

  1. terima kasih yang telah mencuba. Resepi ini mungkin berbeza daripada biasa tetapi ini adalah resepi keluarga Cik Noor dan sangat disukai kerana rasanya yang kurang pedas.

    ReplyDelete