Dalam sebuah jiwa seorang ayah
Ada kehalusan yang tersembunyi disebalik kekasaran jemarinya
yang berkerja keras sejak muda
sehingga hujung hayatnya
bukan untuk dirinya
bukan untuk bekalan di sana
Dalam sebuah jiwa seorang ayah
hanya itulah seorang insan lelaki yang pernah menangis kerana diri ini
tika peluru fitnah menderu 24 Julai 2011 (Ahad)
dia menjadi perisai
demi anak yang bersamanya meraut jerih kesusahan
menguak selirat onak untuk keluar dari pintu derita
Sepatah bicara pengubat diri ini selamanya......
"Ayah percaya........"
Dalam sebuah jiwa seorang ayah
yang esak tangisnya dalam diam
yang suara keluhannya dalam sepi
yang deritanya dalam senyuman
yang jiwanya dalam hati ini
yang kenangannya tidak luput dalam ingatan ini
yang tawanya tidak pernah luput
Kini ayah telah pergi
menyahut panggilan Ilahi
yang perginya diiringi saudara, sahabat kenalan jauh dan dekat
Kini tiada lagi seorang yang dekat dengan aku menemani tika aku makan
Kini tiada lagi suaranya yang bangun ditengah malam
Kini tiada lagi insan pertama yang akan kulihat kelibatnya sewaktu bangun subuh
Kini tiada lagi suara kerasnya yang mengalun zikir sepanjang jalan pulang dari surau
Kini aku telah kehilangan
dan ayah tinggalkan jiwanya buat aku....
meneroka alam dunia ini yang penuh dengan fitnah dan tipu daya
sebelum aku juga akan membawa jiwa itu ke alam kekal abadi.........
Thursday, 8 May 2014
Sunday, 27 April 2014
DARI SUDUT HATI PALING DALAM (MH370 dlm doa)
Berpuputnya bayu pagi 8 Mac 2014;
Membawa khabar yang menggoncang dunia;
Sapaan dingin berselang sejuk bayu musim angin Timur yang kian berakhir;
Adalah bukti pada sebuah kehilangan yang tersangat hilang.
Musim angin Timur
Perjalanmu juga ke Timur
Dan penumpangmu juga ramai dari Timur
Seperti sebuah janji yang termatri sekian lama
Sebuah takdir yang telah tertulis
............... mempunyai takdir yang sama pada masa yang sama
Membawa khabar yang menggoncang dunia;
Sapaan dingin berselang sejuk bayu musim angin Timur yang kian berakhir;
Adalah bukti pada sebuah kehilangan yang tersangat hilang.
Musim angin Timur
Perjalanmu juga ke Timur
Dan penumpangmu juga ramai dari Timur
Seperti sebuah janji yang termatri sekian lama
Sebuah takdir yang telah tertulis
............... mempunyai takdir yang sama pada masa yang sama
Thursday, 17 April 2014
KEMBARA DI BUMI VIETNAM-UMUM
11 April 2014 awal pagi lagi Cik Noor sudah bangun dan bergerak menuju ke Bagan seawal 4.30 a.m. Jam 5.00a.m bas yang Cik Noor naiki bergerak menuju KLIA untuk Cik Noor dan kawan-kawan berangkat ke Ho Chi Minh City, Vietnam untuk melancong.
Ho Chi Minh City yag terletak di Vietnam Selatan atau nama asalnya Sai Gon adalah bandar terbesar di Republik Sosialis Vietnam. Dalam peta diatas menunjukkan negeri-negeri atau province di Vietnam. Vietnam adalah negara paling timur di Semenanjung Indochina yang bersempadan dengan China di utara, Cambodia di barat dan Laut China Selatan di timur. Bila Cik Noor meneliti peta Vietnam, rasa sebak kerana di Laut Cina Selatan sempadan Vietnam pesawat MH370 MAS diberitakan hilang dari radar pada 8 Mac 2014 iaitu 2 hari selepas Allahyarham ayahanda Cik Noor dijemput kembali ke rahmatullah.
Ibu negara Vietnam ialah Ha Noi yang terletak di Vietnam Utara. Vietnam merupakan negara 1 parti iaitu Komunis. Motto negara Vietnam ialah "Kemerdekaan, Kebebasan, Kebahagiaan." Iklim Vietnam ialah iklim tropika namun terdapat kepelbagaian iklim kerana topografi dan kedudukannya di latitut yang berbeza. Vietnam selatan lebih kepada iklim monsun sama seperti Malaysia tetapi bahagian utara adalah beriklim 4 musim.
Cik Noor akan tuliskan pengalaman Cik Noor disana dalam entry seterusnya... teruskan klik klik pada topik pilihan kawan-kawan ya untuk dapatkan tips melancong dan mebeli belah di Vietnam..
Wednesday, 26 February 2014
LANGKAWI.. OH LANGKAWI BAJET KEMBARA
Lama Cik Noor tak bercuti... walau pun dah berpuluh kali Cik Noor ke Pulau Langkawi tapi Cik Noor tetap nak ke Langkawi sebab keterasingannya dan produk pelancongan yang semuanya setempat. Tak jauh dari satu tempat ke tempat yang lain dan tidak sibuk seperti di tanah besar.
Cik Noor menaiki feri dari Kuala Perlis. Di Kuala Perlis masuk jer kawasan ke arah jeti akan ada motor-motor mengekori kereta Cik Noor, geng parking la tu. Cik Noor memang dah ada tempat yang sejak dulu Cik Noor parking dan yakin. Disebabkan Cik Noor datang bukan musim cuti maka agak mudah untuk mendapatkan tiket. Selesai membeli tiket seperti biasa melepak menunggu feri yang sangat membosankan. Kali ini perjalanan feri kami agak lama, memakan masa hampir 1jam 30 minit (bertolak dari jeti 11.45 sampai jam 1.15) semasa lalu kat masjid al Hana khatib sedang membacakan khutbah Jumaat kerana Cik Noor datang hari Jumaat.
Tempat pertama Cik Noor tujui ialah Gunung Mat Cincang. Memang ini jer tempat yang belum Cik Noor sampai nak naik kereta kabel/ skycab. Beratur panjang juga sebab orang Kedah cuti kan... Memang teruja tapi sangat gayat terutama bila kat point tukar kabel macam nak terlepas ja.
Sayupppp jer mata memandang.......
Kat point ni jangan terlalu fokus semasa proses pertukaran kabel.. pikir jer benda lain supaya tak lemah jantung heeee...
Tudiaaaa jauh lagi la.. tak nampak lagi walau dah tukar point kabel
Sky walk. Masa ni ditutup sebab penyelenggaraan..
700 meter dari aras laut. tak rasa pun sejuk...kabus pun tak ada pun..
Sapa punya idea la.. engrave atas benda berkilau-kilau manalah boleh nak baca tulisan apa yang ditulis atas ni. (yang ni la di katakan kreatif cara tak cerdik aka bo**h)
Pandangan dari point tertinggi
Pantai Cenang. Air memang sangat jernih dan tenang.
Pantai Cenang
Penguin kat Underwater World
OK Cik Noor nak kira dulu kos list di bawah
Minyak kereta dari Butterworth RM70
Parking berbumbung Kuala Perlis RM25
Tambang feri RM18x2=RM36 (kira pergi balik).
Sewa kereta Viva jer RM60 (tapi kena deposit lagi RM20)
Minyak kereta sewa RM20
Sewa motel kat Pantai Cenang RM85 (yang tak selesa)
Tambang naik Skycab Gunung Mat Chincang RM15
Masuk Underwater world RM30
Shopping sikit jer RM200 max.(dah bajet dah ni)
Semua sekali = RM561
........... owh Langkawi........
........... owh Langkawi........
Tuesday, 25 February 2014
PIE TEE @ SINGAPORE PIE @ SHRIMP KRATONG
NAK ORDER???
50 PCS PIE CUP & SOS SEKALI
RM13.00 SHJ.
TAPI BAGI YANG DEKAT-DEKAT SINI JA LAH YE UTK PENGHANTARAN TERUS. POS X BOLEH SEBAB FRAGILE......
Saturday, 1 February 2014
MENJADI TETAMU SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG (2013)
Hari ini tanggal 2 Disember 2013 merupakan hari penuh bersejarah buat Cik Noor dan inilah antara hadiah buat Ayah Bonda tersayang
Walau pun Cik Noor rasakan Cik Noor tidak layak untuk menerimanya namun Cik Noor bersyukur ke hadrat Allah dan berterima kasih kepada Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar serta Puan Mona yang membukakan lorong agar Cik Noor dicalonkan. Cik Noor menerima surat daripada Bahagian Istiadat ketika Cik Noor bercuti untuk mengerjakan umrah bersama Az-Zuha Travel milik Ust. Hassan Razak & Ust Hadi. Setelah Cik Noor balik dari umrah, tarikh untuk menjawab sama ada menerima atau menolak telah tamat. Maka Cik Noor mengabaikan surat tersebut kerana bersangka bukan rezeki Cik Noor. Cik Noor sangat bersyukur kerana Cik Noor berjaya mencapai cita-cita untuk mengerjakan umrah dengan jayanya.
Setelah lebih 6 bulan berlalu dan Cik Noor sudah melupakan tawaran tersebut kerana Cik Noor sedikit pun tidak terdetik kekecewaan kerana hajat mengerjakan umrah adalah lebih besar dan Cik Noor masih teringat-ingatkan semua pengalaman bersama jemaah Az-Zuha yang sangat indah dan menyeronokkan. Namun sekitar bulan Oktober 2013 Cik Noor diminta mengemukakan surat penerimaan tawaran. Maka Cik Noor pun kemukakan surat tersebut sebagai menghargai usaha pihak pengurusan mencalonkan Cik Noor. Cik Noor tidak menyangka akan dijemput menerima "Bintang"... (macam lagu.. kupetik bintang-bintang.. :-)" pada 2 Disember 2013.
Cik Noor abadikan kisah ini sebagai penghargaan tidak terhingga kepada semua boss, saudara mara, rakan taulan dan seluruh insan yang mendoakan kebaikan kepada Cik Noor. Allah mendengar doa kalian sedangkan Cik Noor sangat tidak layak menerima penghargaan sebesar ini. Syukran jazilan.
Untuk majlis istiadat ini Cik Noor dibenarkan membawa seorang tetamu sahaja. Oleh kerana ayah Cik Noor kurang sihat, Cik Noor hanya membawa bonda bersama adik perempuan Cik Noor ke KL. Berada di KL Cik Noor membawa bonda ke Chow Kit serta membeli belah di kawasan sekitar sahaja.
Pada 02.12.2013, seawal jam 7.30 pagi kami telah bertolak ke Istana Negara. Pagi itu gerimis menyirami perjalanan kami seolah-olah awan-gemawan merenjiskan air mawar menepung tawar perjalanan kami. Terlalu simbolik perjalan hari ini. Suasana cerah disimbahi cahaya suria di celahan awan yang menurunkan gerimis halus. Kelihatan berbalam-balam suluhan suria yang mencuri ruang antara awan kelabu di langit yang biru. Sangat indah kerana ada sedikit calitan pelangi di sebelah barat. Hati Cik Noor sangat berputik bunga-bunga kekaguman. Ya Allah indah sungguh suasana hari ini dan hambaMu yang kerdil ini dapat rasakan perjalanan kami ini mendapat restuMu. Syukur Alhamdulillah. Cik Noor mengerling ke belakang melihat riak wajah ibu yang sangat teruja dan sangat jernih. Sebak tiba-tiba... dan dalam hati Cik Noor bisikan suara halus berbisik "Ibuku, terima kasih kerana melahirkan anakmu ini. Ku ingin dirimu merasa bahagia setelah membawa beban kandungan 9 bulan ketika mengandungkan anakmu ini. Kejayaan ini sebenarnya adalah milik ayah dan ibu." Mata Cik Noor tetiba berkaca dengan air mata dan cepat-cepat Cik Noor alihkan pandangan ke jalan raya menuju Istana Negara.
Perjalanan kami disirami gerimis namun langit kelihatan cerah, tidak memberat dengan awan hujan. Ketika ini jam 7.30 pagi.
Telah menghanpiri Pintu 2 Istana Negara Jalan Duta
Pintu Gerbang pertama yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.
Menuju ke pintu pagar lapisan kedua. Nun di hujung sana tersergam Istana Negara yang sangat cantik. Berwarna kuning keemasan simbol sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia.
Melepasi pintu pagar kedua dan menuju bangunan Istana Negara.
Ruang menurunkan penumpang di hadapan ruang legar utama.
Ruang legar di bahagian bawah. Tangga di hadapan menuju ke ruang legar utama.
Pintu utama di bahagian atas.
Dari sudut pandangan atas tangga ke bahagian bawah.
Ruang di luar Balairung Seri, di mana akan berlangsung istiadat rasmi Istana Negara.
Skrin yang memaparkan upacara yang akan berlangsung sebentar lagi.
Jangan tak percaya... ini tombol pintu tandas (individu). Tudiaaa.. cantik sangat-sangat.
Dalam tandas pun ada tempat duduk yang sangat empuk.
Dalam tandas awam Istana Negara.
Bukti kaki Cik Noor dah memijak Balairung Seri Istana Negara Jalan Duta.
Suasana sebelum istiadat bermula. Kelihatan Singgahsana diRaja yang berkubah kuning emas. Semua yang menerima anugerah pada hari ini bagi yang mendapat pakaian istiadat no.1 seperti yang berada di hadapan Cik Noor perlu memakai pakaian istiadat masing-masing. Bagi anggota pasukan keselamatan beruniform diwajibkan memakai uniform istiadat masing-masing. Manakala bagi lain-lain pula sama ada penerima dan tetamu lelaki hendaklah memakai baju Melayu cekak musang berbutang 5 warna hitam dan bersamping songket hitan bersulam benang emas. Bagi bukan Melayu dibolehkan memakai longsuit hitam yang lengkap. Bagi perempuan pula bebas memakai pakaian mengikut kaum masing-masing tetapi tidak dibenarkan pakaian berwarna kuning dan tidak mencolok mata. Bagi yang memakai sari, pakaian anak baju hendaklah menutup bahagian tubuh dan bagi yang memakai cheongsam belahan tepi tidak dibenarkan melebihi atas lutut. Bagi yang memakai baju kurung atau kebaya pula jika tidak bertudung diwajibkan meletakkan selendang di bahu kanan. Bagi yang bertudung pula tidak perlu mengenakan selendang tepi. Semua diwajibkan memakai kasut bertutup.
Cik Noor membawa ibu duduk di kerusi yang paling dekat dengan laluan DYMM dan paling jelas pandangan ke Balairung Seri supaya ibu dapat melihat upacara majlis dengan lebih jelas dan dekat. Bila lagi peluang macam ni nak dapat kan? Cik Noor juga berpesan dengan petugas sekiranya ada ruang kosong mohon dibenarkan adik Cik Noor juga dapat masuk menyaksikan upacara dalam sejarah keluarga ini.
Buku aturcara yang menyenaraikan nama semua penerima pada hari tersebut. Kami dimaklumkan untuk tahun 2013 seramai 1,040 penerima dan majlis dibuat secara berperingkat. DYMM ingin majlis tahun 2013 diselesaikan dalam tahun ini juga. Sedangkan ada juga sebelum ini majlis bersambung hingga tahun seterusnya kerana jadual DYMM yang padat. Pada hari ini Tuanku Permaisuri tidak bersama kerana baginda mempunyai acara yang lain. Upacara pada hari ini adalah kumpulan yang terakhir bagi tahun 2013 dan selesai sudah semua penerima dianugerahkan darjah masing-masing.
Majlis pada hari ini sangat berbeza dengan majlis-majlis yang lain yang berlangsung dengan penuh tertib dan tersusun. Majlis yang penuh beristiadat dan sangat hening. Nama-nama penerima dipanggil satu persatu. Cik Noor duduk di barisan ke3 dari hadapan dan di belakang Cik Noor ada lagi 5 barisan penerima yang lain. Secara kasar Cik Noor anggarkan lebih kurang 160 penerima yang hadir. Ada juga nama-nama penerima yang tidak dapat hadir.
Debaran jantung Cik Noor terasa aneh kerana debaran yang agak kencang tadi tiba-tiba normal ketika nama disebut. Langkah menaiki anak tangga setapak demi setapak sebagaimana diajar semasa raptai semalam masih kukuh diingatan. Dan ketika bersalaman dengan DYMM penerima akan menyebut "Menjunjung Kasih Tuanku" atau "Menjunjung Titah Tuanku" sebagai menggantikan ucapan terima kasih. Setelah pingat disematkan Cik Noor berundur setapak ke belakang dan terus berpusing ke sisi kanan untuk turun ke tempat duduk Cik Noor. Menuruni tangga juga setapak demi setapak. Syukur... selesai upacara Cik Noor. Di belakang Cik Noor seramai lebih 60 penerima lagi menunggu giliran dengan debaran seperti Cik Noor rasakan. Sekali lagi Cik Noor mengerling ke arah ibu yang sedang mengukirkan senyuman dan matanya tidak lekang dari memandang ke arah Singgahsana menyaksikan penerima-penerima lain meneruskan acara. "Untuk mu ibu..."
Majlis pada hari ini sangat berbeza dengan majlis-majlis yang lain yang berlangsung dengan penuh tertib dan tersusun. Majlis yang penuh beristiadat dan sangat hening. Nama-nama penerima dipanggil satu persatu. Cik Noor duduk di barisan ke3 dari hadapan dan di belakang Cik Noor ada lagi 5 barisan penerima yang lain. Secara kasar Cik Noor anggarkan lebih kurang 160 penerima yang hadir. Ada juga nama-nama penerima yang tidak dapat hadir.
Debaran jantung Cik Noor terasa aneh kerana debaran yang agak kencang tadi tiba-tiba normal ketika nama disebut. Langkah menaiki anak tangga setapak demi setapak sebagaimana diajar semasa raptai semalam masih kukuh diingatan. Dan ketika bersalaman dengan DYMM penerima akan menyebut "Menjunjung Kasih Tuanku" atau "Menjunjung Titah Tuanku" sebagai menggantikan ucapan terima kasih. Setelah pingat disematkan Cik Noor berundur setapak ke belakang dan terus berpusing ke sisi kanan untuk turun ke tempat duduk Cik Noor. Menuruni tangga juga setapak demi setapak. Syukur... selesai upacara Cik Noor. Di belakang Cik Noor seramai lebih 60 penerima lagi menunggu giliran dengan debaran seperti Cik Noor rasakan. Sekali lagi Cik Noor mengerling ke arah ibu yang sedang mengukirkan senyuman dan matanya tidak lekang dari memandang ke arah Singgahsana menyaksikan penerima-penerima lain meneruskan acara. "Untuk mu ibu..."
Inilah rupa Bintang Kebesaran yang dianugerahkan.
Sekian entry kali ini. Sekadar berkongsi pengalaman.
Selepas upacara istiadat tamat semua tetamu kehormat serta ahli keluarga diraikan dalam majlis jamuan makan. bagi Tetamu yang mendapat darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri mereka diraikan di Dewan Santapan diRaja bersama DYMM manakala bagi yang lain-lain diraikan di Dewan Santapan untuk jemputan. Kendatipun begitu kami dijamukan dengan pelbagai hidangan yang enak. Semua peralatan Istana Negara ditandakan dengan cop kebesaran Istana Negara.
Sekian entry kali ini. Sekadar berkongsi pengalaman.
Hayatilah gurindam ini sebagai pemanis bahasa pemudah bicara. Terima kasih
Raja muafakat dengan menteri,
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh inayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.
seperti kebun berpagarkan duri.
Betul hati kepada raja,
tanda jadi sebarang kerja.
Hukum adil atas rakyat,
tanda raja beroleh inayat.
Kasihan orang yang berilmu,
tanda rahmat atas dirimu.
Hormat akan orang yang pandai,
tanda mengenal kasa dan cindai.
Ingatkan dirinya mati,
itulah asal berbuat bakti.
Akhirat itu terlalu nyata,
kepada hati yang tidak buta.
Subscribe to:
Posts (Atom)