Thursday, 9 July 2020

Tuesday, 29 May 2018

RESEPI KETUPAT PULUT (JAGUNG DAN KACANG) UTARA

Orang Utara ni memang terkenal dengan makanan yang dibuat daripada beras pulut. Sempena sambutan hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi sudah menjadi menu wajib bagi setiap rumah menyediakan ketupat pulut atau lemang.

Jika ada yang teringin nak buat sendiri ketupat pulut di sini Cik Noor kongsi resepi ketupat sedap nyum-nyum.

KETUPAT JAGUNG

1 kg beras pulut
1/2 kg pati santan. (setengah kg santan bersamaan 2 cawan air)
2 cawan air
 (Jika kelapa yang diparut sendiri 1 1/2 biji kelapa dijadikan 4 cawan santan)

1 sudu teh garam halus
4 helai daun pandan
(2 tongkol jagung yang di ambil isinya sahaja atau 250 gram kacang ketupat jika suka)
**hanya untuk ketupat kacang sahaja tambahkan setengah cawan air lagi dalam santan)

1. Basuh beras pulut sehingga air basuhan menjadi jernih.
2. Campurkan santan, air, daun pandan dan garam dalam  periuk dan masak sehingga santan mendidih barulah masukkan beras pulut (bersama jagung atau kacang)
3. Kecilkan api biar sederhana sahaja dan kerap kacau pulut supaya tidak berkerak. Pulut akan mudah berkerak kerana ianya mendap ke dasar periuk.
4. Apabila pulut separuh masak. Angkat dan masukkan dalam besen plastik supaya ianya tidak melekat dan senang dicuci dan sejukkan. Pulut ini akan kelihatan berminyak.
5. gunakan sarung tangan plastik bagi mudah dan licin. Dibalut dengan daun pala.
** boleh disimpan sejuk beku jika masih belum nak makan.
6. Kukus selama 45 minit atau lebih atau boleh juga direbus sehingga air rebusan kering agar lemak santan diserap dalam pulut dengan sempurna.


Ketupat sedap dimakan dicicah kari atau rendang atau serunding atau susu pekat.



SEDAP BAQ HANG.... :-)
SELAMAT MENCUBA
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.


Thursday, 17 May 2018

AMIGURUMI TOYS dari hobi kecil membawa senyuman.

Bermula sebagai hobi ketika berada dibangku persekolahan. Cik Noor akan mengumpul wang belanja untuk membeli segumpal benang untuk mengait.  Bila sudah bekerja Cik Noor jadikan hobi ini sebagai kaedah untuk menghilangkan stress.  Cik Noor akan rasa relax setiap kali memulakan aktiviti mengaik. Kekadang tertidur dengan benang dan jarum masih di tangan.  Bila bangun pagi Cik Noor akan kembali segar dan dapat memulakan hari baharu dengan lebih selesa. Cik Noor tidak pernah terfikir untuk menjual semua hasil kraf Cik Noor semua dijadikan hadiah kepada saudara mara dan rakan taulan.  Namun setelah beberapa ketika, Cik Noor terfikir untuk menjadikan aktiviti ini sebagai pendapatan sampingan untuk diinfaqkan kepada golongan yang memerlukan.  Maka Cik Noor pun memulakan aktiviti jualan amal dan mendapat sambuatan yang sangat menggalakkan. Hasil dari jualan ini Cik Noor infaqkan dan niatkan jua kepada insan-insan yang membeli barang kraf Cik Noor. Alhamdulillah sudah ramai yang mendapat manfaat dari jualan amal Cik noor.


hasil seni buatan tangan adalah sesuatu yang unik kerana ianya ada gaya dan bentuk tersendiri walaupun dihasilkan ole jemari yang sama. Kelainan itulah yang menjadikan ianya suatu keistimewaan.

kotak untuk mengisi amigurumi ini dihasilkan dari plastik binding yang telah digunakan. (kitar semula).

Wednesday, 16 May 2018

FREE PATTERN TURTLE AMIGURUMI- a gift from Cik Noor

Hi.. Hari ni cik Noor nak share diagram turtle amigurumi yang medapat permintaan tinggi hari guru tahun ni. Cik Noor harap semua dapat manfaat dari diagram ini. tinggalkan komen jika ada untuk penambahbaikan. Sayang semua.


TURTLE AMIGURUMI

R=Row
I =single crochet
V=increase sc
/\=decrease sc

BODY 
(UPPER SHELL)
R1-magic ring 6sc
R2-V 6 times = 12
R3-IV 6 time = 18
R4-IIV 6 times =24
R5-IIIV 6 times =30
R6-IIIIV 6 times = 36
R7-R9-IIIIII till end row= 36
if you need difference continue with different colour
BOTTOM SHELL
R10- IIII/\ 6 times =30
R11-III/\ 6 times=24
R12-II/\ 6 times =18
R13-I/\ 6 times =12- fill stuff with polyester fiber
R14 - /\ 6 times =6
st and sew to close.


HEAD
R1-magic ring 6sc

R2-V 6 times = 12
R3-IV 6 time = 18
R4-IIV 6 times =24
R5-R8 -IIIIII till end row= 24
R9-I/\ 8 times=16
R10-II/\ 4 times =12
R11-12- IIIIII till end row= 12 fill stuff with polyester fiber
R13- 6 sc join to close
 st leaving tail for sewing join to body

LEG (make 4)
R1-magic ring 6sc
R2-V 6 times = 12
R3-IV 6 time = 18
R4-IIV 6 times =24
R5- fold to half and 12 sc join to close
 st leaving tail for sewing join to body

Join all to body. Stick eyes and join keychain ring.
Cik Noor share this diagram as a gift to all crocheters out there. Wish the best for all. Leave your comment for further improvement. Sincerely from Cik Noor/ chomel2u.blogspot

SOFT TOYS AMIGURUMI - HADIAH TERBAIK HARI GURU



Sempena hari guru baru-baru ini handmade amigurumi item hasil tangan Cik Noor mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Ini adalah di antara item yang memang digilai oleh ramai kawan-kawan cik Noor.

Cik Noor ni, tak reti duduk diam ada sahaja yang Cik Noor akan buat. kalau tak membaking Cik Noor akan menjahit atau berkebun.  Jika dah bosan berkebun Cik Noor akan mengait.  Tapi Cik Noor lebih gemar mengait amigurumi kerana hasilnya akan membawa senyuman kepada ramai kanak-kanak.


LIZZY CAT ini adalah permintaan dari seorang kawan pejabat Cik noor untuk hadiah harijadi anaknya. Memandangkan anaknya memiliki seekor kucing oren, kawan cik noor pun minta Cik Noor kaitkan kucing oren. Si Oyen ni sedand dipeluk. saiz yang besar untuk menemadi siperawan tidur dengan selesa.

Ehhh... bukan oyen saja yer.. banyak lagi pilihan warna yang boleh ditempah. terpulang kepada kehendak pelanggan.  Tapi jika bersaiz besar tempoh nak siapkan mengambil masa seminggu atau lebih tertakluk kepada kesukaran proses kait.

Riang ria happy teddy yang mendapat permintaan tertinggi. Happy teddy ni ada Cik Noor tambahkan keychain ring untuk membolehkan ianya digantung di rubber hook kat cermin kereta atau dibuat keychain dibeg anak-anak.
CHICKEN EGG COZY apa pulak yer? itu pertanyaan seorang kawan. oooo.. Chicken Egg Cozy ni sarang telur. kalau dilihat tak nampak tan kat mana nak letak telur tu tapi sebenarnya telur ayam dimasukkan dari bawah badan ayam dan boleh diikat. Ramai yang menempah untuk dibuat doorgift majlis perkahwinan dan majlis berkhatan. sweet.

 
 Chomel Kitty dan sampai ke Tawau Sabah.

Didi and Friends antara yang paling tinggi permintaan.  Set Didi Nana dan Jojo ni paling ramai peminat. memang unik sebab bukan anak-anak saja yang suka tapi mak dan bapa juga memang berebut2.
 TATAK FROG PRINCE.. ramai gadis tergila-gilakannya.  Itu dalam cerita dongeng ja. Tapi frog prince Cik Noor ni memang rebutan. Sesuatu yang sangat unik dan hasil dari kerja tangan Cik Noor.  Dari selembar benang macam-macam boleh kita hasilkan.

P/S: SELAMAT HARI GURU BUAT AYAH IBU, KAKAK, ADIK, SEMUA GURU CIK NOOR DARI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SUNGAI DUA, SEKOLAH AL-IRSYAD DAN UKM. TAK LUPA SAHABAT KENALAN YANG BAGI APA SAHAJA ILMU BUAT CIK NOOR

SEMOGA ILMU YANG CIK NOOR MANFAATKAN INI MENJADI PAHALA BUAT SEMUA. AMINNNNNNN
 

Tuesday, 4 July 2017

Tempahan ketupat pulut daun palas.

KETUPAT PULUT BIASA RM25 SEKILO
KETUPAT PULUT CAMPUR KACANG ATAU JAGUNG RM30 SEKILO.
WHATSAPP 011 10055352
LOKASI KEPALA BATAS SPU. BOLEH COD KAWASAN BERDEKATAN.