Sunday, 23 December 2012

Baa Baa Black Sheep Lyric

Baa baa black sheep,
have you any wool?

Yes sir, Yes Sir,
Three bags full.

One for my master,
One for my dame,
And one for the little boy,
Who lives down the lane.

Baa baa black sheep,
have you any wool?

Yes sir, Yes Sir,
Three bags full.

One for my master,
One for my dame,
And one for the little boy,
Who lives down the lane.

Thursday, 13 December 2012

Sunday, 2 December 2012

HANDMADE CROCHET BROOCHES: GREY/BROWN/GREEN/ORANGE


Harga borong : RM1.00/unit
Harga biasa : RM2.00/unit @ RM3.00 sepasang
email :ciknoor71@yahoo.com /ciknoor71@gmail.com
sms 019-5717600


Grey

Grey

A bag full.........

Grey

Grey

Grey

Brown

Brown

Brown

Green

Green

Green

Green

Green

Orange

Light Brown

Light Brown
Terima kasih kepada pelanggan yang telah membeli dan membuat tempahan hand made brooch dari Cik Noor.

Ramai yang memberi komen positif bahawa brooch hasil kerja tangan Cik Noor berbeza dari yang lain dengan harga yang amat berpatutan.  Terima kasih kepada pelajar-pelajar PERDATECH, pelajar ILP, Pelajar USM, Guru-guru pelbagai sekolah, Pelajar Matrikulasi dan pelanggan individu yang memberi sokongan kepada hasil kerja tangan Cik Noor.

Jika berminat untuk belajar bolehlah Cik Noor ajar secara hands-on juga.
 
Boleh buat pesanan dalam jumlah minima 10 unit sahaja untuk menikmati tawaran harga lebih istimewa(tidak termasuk kos penghantaran).

Harga borong : RM1.00/unit
Harga biasa : RM2.00/unit @ RM3.00 sepasang
email :ciknoor71@yahoo.com /ciknoor71@gmail.com
sms 019-5717600

InsyaAllah harga masih boleh dirundingkan.

Friday, 23 November 2012

RESEPI MASAK ASAM IKAN MASIN RINGKAS

Jika Cik Noor demam pastinya resepi ini akan Cik Noor sediakan untuk dimakan dengan nasi panas atau bubur.

Dari dapur Chomel Cik Noor ............ tadaaaaaa..........

MASAK ASAM IKAN MASIN

Bahan :

100 gram isi ikan talang masin dipotong dadu (Ikan duri masin pun boleh -dipotong-potong anggaran 1 inci)
2 biji bawang besar di hiris
4 ulas kecil bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris memanjang
3 biji cili kering dipotong-potong anggaran 1 cm (boleh juga guna cili padi jika suka pedas)
1 cawan air asam jawa
minyak untuk menggoreng ikan dan menumis

Cara-caranya:
1. Goreng ikan sehingga kekuningan. Jangan terlalu garing. Angkat dan dimasukkan ke dalam piring.
2. Gunakan kuali yang sama tetapi kurangkan minyak sebingga cukup untuk menumis.
3. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering. kacau hingga layu dan naik bau.
4. Masukkan ikan yang digoreng dan air asam jawa. Reneh sebentar dengan api yang sederhana. Apabila rasa ikan masin telah bercampur dengan air asam bolehlah dipadamkan api. Resepi ini tak perlu garam sebab air garam dari ikan masin mencukupi.
5. Hidangkan dengan kreativiti anda.
Selamat mencuba resepi yang ringkas dan sebagai pembangkit selera.  :-)

Tuesday, 20 November 2012

RESEPI NASI GORENG SARDIN RINGKAS

Bagi Cik Noor masa adalah sesuatu yang paling berharga. Kekadang Cik Noor tak sempat nak memasak dengan sempurna tetapi Cik Noor lebih suka makan masakan sendiri. Ini antara resepi tangkap muat yang Cik Noor akan buat jika masa memang tinggal nyawa-nyawa ikan. Tempoh menyediakan masakan ini hanya 10 minit sahaja dengan syarat bila balik kerja singgah siap-siap beli barang dan pastikan nasi sejuk dah ready kat rumah.  Kalau tak de nasik sejuk huhuhu.... 30 minit lum tentu siap.

DARI DAPUR SI CHOMEL CIK NOOR...................... tadaaaaa...........

NASI GORENG SARDIN RINGKAS

Hidangan untuk 4 orang

2 mangkuk (sederhana) nasi
8 biji cili padi dihiris halus (lebihkan jika nak pedas)
1 ulas bawang merah dihiris untuk tumis
3 ulas bawang putih (ulas kecil)
1 biji limau kasturi/ 1 sudu besar air asam jawa yang cair - tujuan untuk hilangkan bau hanyir sardin dan menambah rasa
1 tin kecil sardin Adabi atau Pertima (biasanya ada 3 ketul ikan sardin)
2 batang kacang panjang dipotong kecil 1/2 cm (atau lain-lain sayuran yang digemari dan sesuai antaranya kacang buncin/kacang kelisa/sawi/mix vegi)
2 sudu besar minyak masak
garam secukup rasa

Cara-caranya:

1.Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu sedikit dan naik bau.
2. Masukkan hirisan cili padi kacau sebentar hingga layu sedikit dan masukkan isi ikan sardin ke dalam tumisan tadi dan hancurkan dengan sudip. Perah liamu kasturi/masukkan air asam.
3. masukkan nasi dan kacau hingga semuanya sebati.
4. Masukkan kacang panjang /sayur dan kacau lagi.
5. masukkan garam secukup rasa dan kacau.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan penuh kebanggaan.

SELAMAT MENCUBA.............. RINGKAS TETAPI ENAK.......

Monday, 5 November 2012

Sunday, 28 October 2012

Handmade Brooches : Pilih Warna Kegemaran Anda

Terima kasih kepada pelanggan yang telah membeli dan membuat tempahan hand made brooch. Kepada keluarga
Boleh buat pesanan dalam jumlah minima 10 unit sahaja untuk menikmati tawaran harga lebih istimewa(tidak termasuk kos penghantaran).


Harga borong : RM1.00/unit
Harga biasa : RM2.00/unit @ RM3.00 sepasang
email :ciknoor71@yahoo.com /ciknoor71@gmail.com
sms 019-5717600


InsyaAllah harga masih boleh dirundingkan.