Thursday 27 September 2012

Berniaga Biar Ikhlas

Sekadar berkongsi pengalaman Cik Noor dalam perniagaan. Pernah ada pelanggan yang order dan buat tawar menawar dengan Cik Noor sampaikan harga yang diminta tidak munasabah. Kos nak siapkan produk pun lebih dari harga yang ditawar. Bila Cik Noor kata "Kak.. harga modal pun lebih dari itu. Kesianlah kat kami jugak, kos barang pun tak lepas kak." Terus pelanggan tersebut mengomel "Orang nak beli pun berkira. Macamana orang kita nak maju....".

Cik Noor cuma tersenyum bila selepas beberapa lama pelanggan tersebut datang semula untuk membeli dengan harga yang Cik Noor setuju. Dalam hati "Tau pun... kat tempat lain mungkin murah tapi kualiti???"

Cik Noor bersyukur kerana Allah sentiasa membuka pintu rezeki ke atas Cik Noor dan rakan-rakan lain yang mengusahakan bisnes (apa-apa saja lah).

Cik Noor sentiasa boleh berkompromi (sekadar yang boleh ye) jika rakan-rakan ingin berbincang. BERNIAGA BIAR IKHLAS

No comments:

Post a Comment