Wednesday 26 September 2012

Jualan Hand Made Brooch

Cik Noor berpeluang ke Alamanda Purtajaya bulan lepas. Terdapat kiosk-kiosk kecil menjual pelbagai barangan. Cik Noor memang suka melihat benda-benda yang comel dan ekslusif terutama barang hand made eksesori.

Wahhh!!! terkejut sangat sebab hand made brooch dari bahan-bahan plastik dan getah yang digunting-gunting sahaja dijual dengan harga RM3 ke atas. Sedangkan harga hand made brooch yang Cik Noor jual jauh lebih murah.

Patutlah ramai yang mula buat tempahan mengikut cita rasa warna yang dikehendaki. Buat masa ini Cik Noor rasakan lebih baik Cik Noor kekalkan dengan harga tersebut walau keuntungan yang Cik Noor dapat tidak seberapa tetapi Cik Noor inginkan supaya pelanggan-pelanggan Cik Noor mampu memiliki. 

Bagi yang berniaga pula, terutama pelajar-pelajar sekolah yang menjual pada hari kantin sekolah, Cik Noor lebih suka memberi ruang kepada mereka untuk menerapkan minat keusahawanan.  Cik Noor pernah melihat satu kisah bagaimana suatu bangsa yang maju dalam ekonominya menerapkan semangat saling membantu sesama bangsa mereka. Konsep berkongsi kek yang sama supaya semua dapat merasa.

Selamat maju jaya kepada semua yang mengunjungi blog Cik Noor.

1 comment: