Tuesday 12 February 2013

KUFIAH / KOPIAH ISMI UNTUK MUSLIM ABQARI

 Harga bagi kufiah ISMI ini Cik Noor akan caj harga untuk setiap huruf. Walau bagaimana pun pelanggan akan mendapat harga yang amat berpatutan.  Sesuai untuk anak-anak yang sedang belajar di tadika Islam kerana memudahkan guru mengenali nama mereka.... :) Cik Noor memerlukan sedikit masa untuk crochet nama iaitu paling minimum 3 hari tertakluk kepada prinsip YANG DAHULU DIDAHULUKAN (FIRST COME FIRST SERVE).....pilihan warna boleh dibuat oleh pelanggan tetapi kemungkinan warna yang dipilih tiada dalam pasaran/stock pelanggan akan dibantu oleh Cik Noor untuk membuat pilihan warna. Jika berminat boleh sms atau emel Ck Noor ye...
Cik Noor lebih suka pelanggan memberikan ukuran yang sepadan kerana setiap ukuran memerlukan formular yang berbeza untuk dikait. Bagi pelanggan dewasa, ukuran boleh juga menggunakan saiz kufiah/ kopiah yang biasa dibeli.. Nyatakan jenama kufiah dan saiz, ini adalah kerana setiap jenama kadang2 berbeza ukuran.

Kufiah ISMI bertulisan nama untuk Muslim Abqari.. Yang ini ukur lilit kufiah ialah 18 inci, Alphabet untuk nama Muslim agak panjang maka ianya melebihi separuh bahagian kufiah.

No comments:

Post a Comment