Wednesday, 6 February 2013

Paprik Ayam Yummy Menu Gojes Chomel2u

Salam, Jom kita masak Paprik Ayam Yummy Menu Gojes Chomel2u..( Cara Cik Noor)

Mula-mula check dulu mende2 kat dapoq hangpa nooo.... Cik Noor tak hadkan apa2 bahan sayoq yang hangpa nak bubuh tapi kena agak padan la dengan Paprik.. jgn komen pulak tak jadi kalau hangpa masukkan segala macam sayoq dari segala hutan belantara hulu banat ... hehehehe Ok jom kita buat Paprik:

Bahan2 (resepi untuk semangkuk saiz 8 inci ukur jejari)

1.isi ayam bahagian dada (sebelah sahaja jika nak makan 3 orang) di potong kecil2 mcm nak buat paprik la ye (potong dadu pun ok) diperap dengan bawang 4 ulas bawang putih yang ditumbuk halus dan 2 sudu sos tiram dan 1 sudu sos sotong (sos sotong adalah pilihan jika nak tambah) selama 10 minit cukup ler.. Cik Noor akan buat yang ini dulu sebelum sibuk sediakan bahan lain supaya bahan2 yg diperap sebati.

2. Bahan untuk tumis
a.setengah ulas bawang besar dihiris halus untuk menumis
b.6 ulas bawang putih diketuk untuk menumis
c.5 biji cili padi diketuk atau dibelah 2 (lebihkan jika anda suka pedas)
d. 1 inci halia dihiris memanjang halus

3. Bahan sos
a.2 sudu cili kisar
b.1/2 sudu sos tiram
c.1/2 sudu kicap lemak manis
d.3 sudu sos cili
f.1/2 sudu sos tomato (boleh juga guna tomato pes)
g. secawan air

4. Bahan rempah
a. 2 batang serai
b. 2 helai daun limau purut

5. Sayur-sayuran dipotong
a. lobak merah
b. jagung kecil (baby corn)
c.bunga kubis
d. capsicum
e.brokoli
f.kacang peas

6. Bahan Last
a.Bawang besar dipotong bulat dan daun saderi/ketumbar dan daun bawang dipotong kasar
b.air limau nipis secukup rasa
c.garam secukup rasa
d. gula (jika perlu) tetapi Cik Noor tak pernah guna gula atau msg dlm masakan ye..

CARA

1.goreng kesemua ayam perap dalam minyak yang sederhana di atas api sederhana separuh masak sahaja supaya isi ayam menjadi keras sedikit dan wangi.
2. minyak yang sama (pastikan bawang perapan ayam tidak hangus/hangit) Jika terlalu byak kurangkan- tumis bahan no 2(bahan untuk tumis)
3. bila naik bau (tak perlu sampai garing) masukkan bahan no 3 (bahan sos) dan tambah bahan no 4 (rempah) reneh sebentar supaya semua sos sebati dan mendidih dan agak pekat sedikit.
4. masukkan ayam dan sayur. Masak sampai pekat sos.
5. last sekali masukkan garam, air limau, gula (jika suka) secukup rasa dan taburkan bawang , daun saderi/ketumbar dan daun bawang.

OK sedia dihidang........ Selamat mencuba



No comments:

Post a Comment