Assalamualaikum.
Pada 24 Oktober 2012, Cik Noor berkesempatan untuk singgah solat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau dikenali juga dengan nama Masjid Besi di Putrajaya.
Konsep senibina masjid ini adalah berbeza dengan masjid-masjid lain yang ada di Malaysia kerana ianya berkonsepkan terbuka.
Ianya dibina tanpa dinding konkrit di mana ruang solat utama dikelilingi dengam kolam buatan yang dipenuhi air yang berfungsi sebagai pemisah antara ruang solat dengan koridor bagi menggantikan dinding. Selain itu juga air berfungsi sebagai agen penyejuk di mana masjid ini tidak dipasangkan pendingin hawa kecuali kipas angin dan penyejuk yang dipasang di tiang-tiang sahaja sahaja.
Di ruang solat utama pula, tiada dinding pemisah ruang solat wanita dengan lelaki. Hanya ditandakan dengan tali pemisah. Tetapi jemaah wanita boleh memilih untuk solat diruang tambahan untuk wanita sahaja di aras atas. Cik Noor memilih untuk solat di ruang solat bahagian atas. Cik Noor terpegun dengan senibina dalaman siling masjid. Memandangkan waktu solat telah masuk dan Cik Noor tidak mempunyai masa yang banyak, Cik Noor hanya sempat snap 3 keping gambar ini. InsyaAllah Cik Noor akan datang lagi ke masjid ini kerana ianya lebih selesa daripada Masjid Putrajaya kerana bukan menjadi tumpuan pelancong. Lebih selesa untuk beriktikaf.
|
Tiang-tiang yang menyokong siling seperti bahagian dalam payung. |
|
Di bahagian tengan siling kubah diukirkan nama ALLAH.. |